CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 3, 2014

ANAK IKAN DILANGGAR JERUNG~

ASSALAMUALAIKUM...

haha ini bkn tajuk cerita dongeng mcm 'singapura dipanggar todak' tu tau! ini kisah benarrr!
Anak ikan kesayangan yg kami bela tuuu dilanggar bas tahu???uwaaaa remuk hatiku seremuk keretaku! ahhh blh bikin tajuk novel dh ni.

Alkisahnya keta tu bangteh yg pinjam nak pegi keja kat perak. Masa odw blk yg eksidennya, hari jumaat. Kesian bgteh. Minggu sebelum tu, esok nak nikah mlm ni keta rosak. Kali ni esok nak kenduri mlm tu eksiden. Dah la bawak bini skali. Apa pon syukur alhamdulillah depa xdak cedera apa2.

Tapi......mangsanya anak ikan kami la. Alahaiii sedihnya tgk kemek2 tu! kena langgar bas kau tau, bkn calang2 tu. bgteh kata claim atas insurance bas tu. Mcamana eksiden kat mana apa semua tu aku xtau sgt. Ntah, x rasa eksaited pon nak tau.  nak kata sedih tu, xtau la. Aku pon x pasti apa yg aku rasa sebenarnya. Tp yg pasti rasa tu x best langsung!

keta hantaq ke workshop kt penang. Kami pon x tgk lg kdaan keta mcmana, hrp gmbaq ja. Masa mlm hri jumaat tu tgh dok kalut2 nak kenduri, bgteh hantaq gmbaq keta remuk ke wasap family. Terussss rasa nak gugur jantung! Terus serbu abi yg kebetulan baru sudah solat. Serba salah nak gitau ke abin rupa2nya abi dh tau, tp dia serba salah nak gitau kat aku. Takut aku sedih katanya. Dia dok pk cara dan masa yg sesuai utk gitau aku. Hahaha elok la, sama2 takut nak habaq. Kakak2 ipaq plk x abes2 nasihat aku supaya sabar dan jgn sedih2. huhu...

Keta kemek tu xpela, blh repair. Masalahnya sementara nak repair.tu yg menyusahkan. Means kami TAKDAK KERETA laaaaa uwaaa!

Byk plan yg tergendala. Hari cuti pon terperap kt umah, sumpah rasa nk nanges! Kalo dlu masa waja hilang kami masih lg blh keluaq mana2 yg kami nak. Dating naik moto ilekkk je. Tp skrg dh ada anak mana mungkin naik moto. Sedih! nak p mana2 pon tergendala.

Memula aku ingt kemek belakang tu sikit je. Tp abi ckp dpn pon kena. Pengsan! cannot imagine laaa mcmana rupa anak ikan tu haish! after a week keta tu masih x buat apa2. ntah bila laaa nak siap. Ntah bila laaa nak patah kaki gini.  agak sedih skrg ni. Hmmmm....

Sunday, December 29, 2013

MELANCONG KE PULAU PINANG~

ASSALAMUALAIKUM...

Cuti deepavali, kitorang merancang nak pegi penang. Kekonon nak pegi moms care. Umi dpt baucer hari jadi, nak pegi tebus la. Umi dh suruh abi je yg tlg tebus, tp abi beriya nak bawak umi pegi penang jgk. Ok laaa mari kita jalan2. Setelah dibelek jadual, minggu ni je free utk kami bertiga. So mmg dh eksaited nak p. tetiba baru abi ingt, “eh minggu ni deeapavali la, jem. Kita pegi lain kali la”. Umi pon terpikir benda yg sama sbb thn lps masa deepavali pn umi pegi penang dgn myteam, gilaaa jem! Tp dah sbb umi dah eksaited, umi x kira umi nk pegi jugak! Abi mcm “alaa nak pegi jgk ke…” haha. Tp abi pesan siap dh kalo jem nanti jgn nak bebai2 kehkehkeh.


Hr jumaat tu lps abi blk keja baru kami pi umah abg kt penaga. Pkl7 lbh jgk baru bertolak. Sampai sana makan nasi kt sana. Mlm tu kebetulan final super spontan yg buat kt sp tu, sakan laaa kami dok gelak. Anak pon kemain la pak long mak long melayan dia. Suka la dia main kat tempat baru.



 Mlm tu umi tido lewat, mcm besa la xblh tido. Suka jee tenung anak dan abi tido. Sambil tgk tv sambil tampaq nyamuk utk kesayangan2 umi. Pkl4 ++ baru umi tido. Pg tu anak bgn dulu dr umi. Siap babai paklong dia pi keja, umi dok terbungkang lg. kemain diaaa blh plk pi ronda lg kan.


Umi pon konon nak keluaq awal pg ke penang, last2 pkl12 lbh baru keluaq. Yelaaa dok ralit lyn tv dulu. Anak pon siap tertido semula, bgn awal kan td. Elok kami nak keluaq elok anak pon bangun. Alhamdulillah perjalanan nak ke penang melalui jambatan idok leee jem pon. Sampai queensbay mall tu terus ke moms care. Belek punya belek x rasa nak beli apa pon lg. so abi soh survey dulu, nti dtg beli lg. yeayyyy!



 Umi Cuma beli food container yg super comellls je. Pastu pegi daiso. Umi ni dah kemaruk sgt nk pegi daiso kahkah kesian! Xde beli apa sgt pon, just survey brg2 umah. Byk sgt brg umah yg comel2, tp x beli lg sbb nak masuk umah nti baru beli.


Then abi pi surau, umi tunggu kt luaq. Anak lena. Hai laaa anak. Pastu xtau nak pi mana dah. Alaaa qbay tu apa je yg adaaa. Utk shoping blh la. So berhenti camwhore jap sambil bincang nak mkn apa LOL. Umi rasa better makan kat kapitan. Setakat kedai dlm qbay tu kat mall2 sp pon ade. Kata mai penang kannn mesti la pekena nasik kandaq baq hang!



 Sebelum mai lg umi dah survey nasi kandaq line clear or beratur. Tp memandangkan umi dah lapaq sgt, dan nak mudah, better pi kapitan je. Pkl3 dah oi mestila lapaq. Sebelum keluaq dr qbay tu sempat beratoq panjang semata2 nak dapatkan belon dr clown. Bila ada yg mai sembang kami ckp ni haa anak x pdn dgn kecik nak belon. Padahal kami yg eksaited kahkah!


Mcm besa, claypot briyani chicken laaa pilihan kami. Hai dah mcm xde menu lain kan hahaha! Kemain dedua lapaq, tinggal anak dlm stroller sambil kami dedua makan xnak gili2 dah. Tp anak pon dengki kan xnak bg kerjasama, kejap je dok dlm stroller pastu nanges. So abi jaga anak umi terus makan dgn lahapnya. Tiba giliran abi makan, dia siap tambah2 lg. coihhh!


Pastu, ingatkan nak blk terus. Odw balik tu abi ckp dia nak tunjuk satu tempat best, dah lama dia teringin nak bawak umi. Umi pon xtau apa nama tempat ni tp layan jgk la, best! Duduk sembang tepi pantai tu mmg layan habes. Dpn tu mcm ada mall baru nak bukak. Tgk banner tulis maritim plaza. Xpe nanti dh launched kite dtg lg tgk tempat ni utk org kaya mcm paragon mall x haha.



Sebelum meneruskan perjalanan abi bawak pusing2 tgk design2 umah kat situ sambil sembang2. Kami laki bini mmg mcm ni, suka bersembang mcm2. Perjalanan diteruskan ke padang kota lama. Masa ni agak jem sikit mungkin sbb dh ptg kan.



Kat pdg kota alhamdulillah rezeki kami senang dpt parking even org ramai. Yg best xdak mangkok ayon yg mai dok mintak duit parking, sbb ada penguatkuasa dok jaga. Sementara abi pi surau umi suapkan anak makan kt tepi2 pantai tu. Layaaan! Abi beli milo ais pon lama gila, org ramai katanya. Yg lawaknya abi ckp kedai yg mr. arrogant berlakon tu penuhhhh manusia! Hahaha spesis terpengaruh dgn tv heeee. Umi pon mujoq org ramai ja, kalo tidak ntah serbu jgk kahkah!



 X blh nak lama2 kt pdg kota tu sbb nak blk awal takut jem dkt feri. Kami duduk santai2 je sambil tgk gelagat manusia. Padahal org ramai yg tgk gelagat anak kami. Dah la pakai baju rimau pastu dok buat happy terlebih dok jerit2. Org semua pakat tgk dia. Masa kami tolak dia dlm stroller pon org tgk dok senyum2, sampai abi malu. Coihhh


Masa naik feri kemainnn anak feeling2. Mcm besa la sebenarnya umi abi yg over eksaited. Anak rilek jeee menghayati keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah. Masa kt feri pon org dok tegur2 baby tigger ni, pandai dia buat muka bg org geram kt dia. jenuh umi abi bwk ‘lari’ takut org mintak nak dukung dia haha!


Alhamdulillah perjalanan kami hari tu dipermudahkan. masa berharga bersama kesayangan tak ternilai harganya. semoga Allah terus memelihara ikatan ini. semoga kita semua kekal berbahagia.



umi, mmg jenis x kesah dibawak berjalan ke mana pon. even sekadar lepak2 makan cendol, asalkan bersama kesayangan dah cukup bahagia buat umi. melihat senyuman anak gelak tawa anak, hilang segala masalah dunia.



dan entah kenapa umi suka penang. mungkin sebab dekat, dan byk tempat blh explore. yg penting ada pantai. blh hirup2 angin pantai. haaa gituuu. ni pon kami sekadar jalan saja2 je, blm explore penang betol2 lg. apa pon tq abi. even penat, sanggup korbankan hari cuti utk bawa anak jalan2.


Thursday, December 26, 2013

HECTIC MONTH~

ASSALAMUALAIKUM...

bulan ni sgt mencabar
semua serba kalut
unplanned
musim kenduri tu satu hal lah kan
musim cuti sekolah ni la pakat berebut nak kawen
setiap minggu dok atoq jadual pi kenduri
pi kenduri pon letih tau
bln ni la jugak bang pit & anak2 blk dr sabah
pastu pakat kena blk kampung ramai2
pastu tetiba nak buat kenduri
tetiba la plk abg2 ipaq pakat nak nikah
dan tetiba ayah nak buat kenduri bln ni jgk
ina & kak ila tetiba blk kali ni nak pi jalan2
bang pit tetiba bawak pi makan kat kuala perlis
anak pon kebetulan x sihat

haih la
rasa mcm robot
setiap detik berlalu rasa mcm feeling apa ntah
haha
penat bila pikir kena buat itu kena pi situ
harap disember cepat berlalu
agar dpt tutup buku secepat mungkin
agar kita dpt berehat dan bertenang sebelum 2013 melabuhkan tirai
atau mungkin kita 'sambut' 2014 dgn ketenangan

i need peace

and i love peoples around me

Tuesday, December 24, 2013

MELANCONG KE ALOR SETAR~

ASSALAMUALAIKUM...

4/10/2013 - blk merbok hari jumaat. Lps abi blk keja, lps maghrib trs gerak. Sampai sana, kakcik sekeluarga dah sampai. Stgh jam kemudian bangmet plk sampai. Wahhh meriahla! masa kami sampai depa tgh bbincang ttg xtvt nk meronda esoknya. Demmm! umi mana bwk baju nak jalan2!!! :(
masa sampai tu terus bg umarfaiq mkn. Kemainnn suka sgt dia sampai terjerit2! lastu baru tkr baju dia. Mlm tu umarfaiq tido lewat lg. Nak main dgn umi, nk sembang dgn umi. Ntah bila kami terlelap pn xtaula, tp yg pasti pkl2++

~ pemandangan MASJID BUKHARI ~
5/10/2013 - esok tu konon nK keluaq pkl10.30, at last pkl12++ baru keluaq dr umah. Umarfaiq pn x bawak baju jalan2, pakai jela seadanya. Sampai loqstaq, mkn kat tat nasi ayam. Dh lama x mkn kt sini,sjk dgr khabar angin psl kedai ni dulu. Pastu singgah solat kt masjid bukhari. 3thn lbh ddk loqstaq, x penah mai masjid ni huhu...kesian! dlm pkl3.30 jgk baru blh gerak ke muzium padi. 


Memandangkan masa dh suntuk, kami pusing2 kt tgkt atas je. Rugiii sgt byq tiket rm5 tp x pusing habes! dulu masa kmi mai tiket cuma rm2 ja, skrg dh mahal wuuuu. Pastu skrg ada khidmat photoG kt atas ni. Kalo nak ambek gmbaq byr rm10 dpt gambar & kalendar. memula photoG tanya kami nk ambek gmbaq ke x, kemain blagak ckp xnak. Dia tnya kt kakcik, pon ckp xnak. Tetiba bangteh yg nak! Katanya bkn senang kmi nk kluaq ramai2 mcm ni. 


PhotoG ni agak pro bg kami sbb dia pandai tarik perhatian umarfaiq bg senyum. Kami dia suruh menten senyum, biaq dy yg agah umarfaiq. Dan hasilnya mmg anak umi senyum sakan. Good job! dah tu dy bkn main print sebarangan ja, dia snap byk2 bg kami pilih, kalo x puas hati dy snap lg. Bila tgk gambaq tu cantik, kakcik plk tringin nk ada 1 letak kt umah dia. Pastu abi tengok umi dgn umarfaiq senyum cantek abi plk tringin nk letak kt umah kami. Hasilnyaaa, 3keping la kami beli!


Tapi syg laaa kmi x round abes pn muzium padi ni sbb masa dh suntuk nk ke pusat sains plk. Pusat sains ni masuk percuma ok. Yg ni pon umi dh besa mai hehehe. Umi mmg suka tempat2 mcm ni. Anak bg ke bgmet la bgteh la, umi abi gila dok melayan benda2 sains dlm tu. Kt sini pon xdan main habes sbb kmi rushing. Lgpon tutup pkl5, kmi masuk pn dh pkl4.30++ huhu.

~ testing kanta ok, bkn selfie depan cermin LOL ~
Lps tu singgah solat kt masjid sultanah. Umi pn xtau masjid tu katna,nama jaaa dok loqstaq 3thn lbh huhu. Ingatkan nak blk trs, tp pakteh ajak minum2 dulu. Org lain mkn kuih ATAU nasi lemak je, umi makan kuih DAN nasi lemak LOL! sampai umah pn dh maghrib. 

~ masuk adalah PERCUMA ~
Planning mlm tu nk keluaq makan ramai2, tp memandangkan mak sakit kaki & uwais pon demam so bgmet tapau jela mkn ramai2 kt umah wuuuu. Umarfaiq mlm tu acah2 je lena. Umi baru nk dating2 dgn abi, teman abi buat keja, dia pon jaga la. Haishhh! Last2, mcm besa tido lewat jgk!

~ simple OOTD ~
Alhamdulillah walaupon cuma pegi alor setar tapi tetap terasa nikmat sbb bkn senang nak kumpul ramai2 mcm ni. asalnya bangmet ajak ke cameron, tp aku rasa x baloi nak pegi sehari je. hazuan cadang ke perlis, tp aku rasa mcm jauh je. even mak pon rasa mcm x larat nak jln jejauh. at last suami cadang ke alor setar saja. jenis aku, mmg x kesah pegi muzium ke zoo ke hatta library sekalipon aku enjoy je asalkan masa tu dihabiskan bersama keluarga. masa yg sgt berharga bg aku! 

so, kau org KEDAH, dah pegi keeee tempat ni? =p


Wednesday, December 18, 2013

MUF - 8 BULAN

ASSALAMUALAIKUM...

15/12/13 - Genap la umur mujahid kami 8bulan. subhanallah cepatnya masa berlalu. x sedaq yg anak umi ni dh besaq. dah 8bln jgk umarfaiq minum susu umi. alhamdulillah masih diberi rezeki utk bg susu yg terbaik buat anak.


perkembangan anak, masih sama. blh merayap ke sana ke mari. meniarap kemain cepat. tp sampai skrg x blh merangkak lg. x blh duduk lg. xde gigi lg. its ok sayang. umi x kesah pon. umi terlalu sibuk melayan karenah comel awak, sibuk menikmati gelak tawa awak. sbb tu umi xde masa nak pikir kenapa awak masih x blh itu x blh ini.


buat apa la umi nak serabut pikir benda yg awak x blh buat sedangkan hakikatnya macam2 benda lain yg awak blh buat yg sgt2 membahagiakan umi. umi just enjoy apa yg awak 'bagi', x jemu menghabiskan masa dgn awak sbb setiap masa ada saja kelaku awak yg buat umi bahagia.


kalo ada mak-mak yg jenis suka banding2, kau persyaitonkan aja. eh anak kau x blh itu lg? anak aku dh pandai ini ini. pergi M je kalo ada mak-mak jns ni. kalo tnya sekadar bertanya x salah, tp x perlu nak banding2. sbb perkembangan anak ni berbeza. atau kalo perlu jawab je "lantak lerrr itu anak ngko. bkn aku yg kena jaga anak ngko hewhewhew"

~ cubaan memasukkan password ke netbook maksu ~
di usia ini, umarfaiq tersangatla aktif. penat umi dibuatnya. dia dh mula nak explore lebih2 haha. byk dah tempat yg jd fevret dia utk selongkaq. dan yg plg best dh pandai ligan umi. kalo umi bgn pegi dapoq, kejap je dia dh ligan separuh jln. sebabnya, dia punya speed merayap tu dh upgrade umi tgk, laju sgt. sama taraf dgn merangkak dah. pastu kdg2 kejap je tgk dia dh kt pintu umah. haishh! fasa ni, baju cepat sgt kotoq. wuuu~


dulu pandai belek2 je muka umi tp skrg dah explore muka umi habis2an. dia korek mata, tarik mulut umi, kdg2 jari halus tu sedap jeee masuk dlm lobang idong umi. amboiii! bila dia blh kelebek muka umi kemain teruja lg dia sampai terjerit2. sebenarnya semua org dia suka kelebek tp umi jeee rela diperlakukan demikian. abi pon xmau anak belek muka dia. penah suatu mlm abi terpaksa lari sbb anak ligan abi sambil jerit2 sbb nak belek muka abi haha

~ gedik ~
kalo dulu umarfaiq pandai geleng kepala saja2 je, tp skrg dia btl2 maksudkannya. cth kalo kita bg apa2 yg dia x mau, dia akan geleng laju2. kalo dia dah xmau makan pon akan geleng. or kalo dia tgh xde mood xmau kat sapa2, dia akan geleng kepala lelaju. omeyyy! pastu dah pandai 'mengadu' kat umi kalau ada org 'marah' dia. dah pandai 'rabat' umi, nak manja2. alahaiiii anak camno nak bg adik niiii ehhhh


semakin hari anak semakin aktif. semakin byk akai. semakin byk karenah. semakin kuat membebel. semakin manja. semakin menghiburkan. semakin membahagiakan. semoga Allah terus memelihara awak.

Monday, December 16, 2013

BABIES KBU

ASSALAMUALAIKUM...

berikut adalah senarai baby kbu mengikut umur berdasarkan pemerhatian umi

1. wildan hakimi
2. syabil iman
3. MUHAMMAD UMAR FAIQ (kenapa mesti capslock?)
4. fateh uwais
5. annur khalisa
6. aqil najmi


coming soon, baby of :

ezmaliza
tatia
syahada fouzi
fadil penyu


ada lg x yg tertinggal? betul x susunan tu? btw anak kak shida anwar umi x kira yeee sbb dh out of kategori BABY kehkehkeh! *larikkklelaju*

dan baru2 ni walimah naqiah umarfaiq sempat le bertemu dgn wildan hakimi & fateh uwais. hakimi dh jumpa beberapa kali b4 ni.


umi dr dulu lg gewwam sgt dgn hakimi ni sbb badan dia mmg bersemangat. sumpah rasa nak geget! bila kecik bulat kemain comel. skrg bila dh 'besar' sikit makin tampan plk umi tgk. sasa ala2 aaron aziz. makin putih plk tu. eeeee comel! paha & tangan dia berketul2. dh la hensem! tp yg x best nya bila dh besaq ni dh x mau kt org. hakak juicy nak dukung pn dia dh xmau skrg. amboiii dia eksyen nooo! yg best masa nak ambek gmbaq dgn umarfaiq, hakimi mcm takut2 je dgn anak umi ni. dia dok ushaaa je, kekonon "kau pehal?" haha. yela umarfaiq ni kan mcm umi dia agresif semacam je. sampai hakimi 'takut' dgn dia. so gambar mmg out hahahaha!


si fateh uwais ni umi tgk dlm gambaq mcm bulat debab je. tp bila jumpa depan2 x la 'sebesar' yg umi sangka. masih di porpotion yg btl huhu. cuma pipi dia mmg pau (ummi dia yg ckp), kena tambah inti je baru lazat nak geget2 hiiii. masa nk ambek gambaq sesama si fateh uwais ni ilekkk cool je, yg umarfaiq dh mula kelupoq sbb ngantuk. haishhh pon sama mcm hakimi, gambaq x berapa nk cantek, byk gegaq ja haha.
kesimpulannya, setakat ni baby kbu mmg majoriti besaq adalah boboi. blh geng ni hoi! hopefully dpt la jumpa semua babies ni nanti. syabil iman hakak juicy jumpa masa dlm perut jewww dulu!

Wednesday, December 11, 2013

B2B - EDISI SHOPPING

ASSALAMUALAIKUM

2 JUN 2012 – antara hari yg mendebarkan jugak. Debar jadahnya padahal nak pi shopping ja pon coihhh! Hahaha. Tapi kali ni nak pi shopping betul2, mcm2 nak kena beli, haaa gitu. Memula skali makan kat medan taman ria. Kmi keluaq pn dh lewat sbnrnya tu yg pi mkn dulu. Pastu pi fitting baju utk walimah belah laki. Rasanya semua ok, xdak apa dah nak ubah sbb baju tu pon mmg saiz kami. Dan jgk nak bayaq deposit. Hari tu booking harga murah bayaq rm50 sajo, kali ni mai bayaq rm200 plk.


Dlm pkl3 ++ pegi hasani cari Al-quran utk hantaran. Dah alang2 masuk kedai buku, kata ulat buku, sempat la pau abg tunang iteww beberapa buah novel hakhakhak. Apa aku pegang semua dia ckp ambek je. Last2 bayaq rm100 lebih wuuu.


Pastu dlm pkl4 pi WS Handicraft beli brg2 utk hantaran. Act brg2 utk hantaran ni 10x pegi pon x sudah2 jgk beli. Bila masuk kedai tu ada jeee yg nak dibelinya hoho. Pastu ke CS utk beli cincin. Kisah cincin nanti kalo rajin aku cerita. Utk kenangan masa hadapan la katakawww.



Masa jln2 kt cs u ternampak kedai langsir ni ada jual cadar murah! Kalo cadar yg mcm dlm gmbr ni mmg murah tp ada bunga seketoi plk atas tu so mcm x sesuai nak pakai tido hari2. Aku kalo blh cadar pengantin ni nk yg blh pakai hari2, xdela membazir beli semata2 nk nikah hekhekhek.



So aku plh cadar yg haraga RM188, TAPI ada free karpet bulu2 idaman aku tu dan free plk brg yg bernilai rm20. Ambekla brg apa pn asalkan rm20, so aku plh kotak yg blh buat kerusi tu. Satu rm10, so aku ambek 2, bg ke mak metua 1 hehehe. Karpet aku pilih kaler hijau. Mmg aku berkenan saaaangat sbb nampak mcm padang bola uols! Cadar aku pilih kaler maroon, tp sayangnya xde stok. So tpaksa mai ambek semula di lain hari. Dah alang2 di kedai tu so aku pilih plk langsir utk kenduri sebelah suami. Kan bakal mak itew dh suruh iteww beli langsir. Mak bg duit tp bakal menantu ni kan tgh semangat so bakal menantu belanje hewhewhew.


Lps tu ke bank utk keluarkan duit. Sambil2 tu singgah beli sarung kaki. Kemain nak nikah ni sarung kaki pon nak baru huhuhu. Lps tu kan dah lewat, singgah solat asar kt masjid taman patani jaya, masa tu asar pon dh di hujung2 waktu. Family aku semua xde sebenarnya, depa blk kampung. Entah dr mana kekuatan, kami buat keputusan DRASTIK utk blk kampung jgk. Maka abg tunang pon hantar laa itew blk kampung kt pendang nun. Jauh jgk la sbb masing2 dh penat so terasa la jgk perjalanan tu. Masa kami sampai tu semua tgh bersembang kt luaq tp abg tunang x join pn. Just kenal2 dgn sedara gitu2 ja, lps tu dia pi umah lan. Makan nasi kat sana. Teruja mak lan dpt tetamu malam2 siap request suruh masak sambal ikan bilis amboiii! Lps tu dia blk ke sp semula, kesiaaaaan sgt kt abg tunang itew tau! Mmg penat la hari tu. Dah la penat duit plk byk habes berganda2la penat tu hahaha! Aku plk, tido kt kampung dgn family.


So walaupon hari ni kekonon shopping gila2 tak bermakna semua dh setel tau. Sbb lps tu baru prasan itu xde ini xde. Bila nak kawen ni, shopping ni adalah AKTIVITI HARIAN tahu! Hari2 ada je benda kau kena beli. sobbbsss

Tuesday, December 10, 2013

MUF - KELUAQ RUMAH

ASSALAMUALAIKUM...

anak umi ni sangat suka keluaq rumah. maktok & maksu la ni dok ajaq huuu. masa umi pi keja dlu kalo pkl3 camtu anak bangun tido maktok akan dukung duduk kt luaq kt bwh pokok tu. kalo ptg2 dukung ronda2 or x pon lepak dpn umah. ambek angin katanya. so dh dr kecik terbiasa mcm tu, dgn umi pn anak merap benda yg sama. bila sampai 'waktu'dia akan nanges minta didukung ke luaq. bila bwk keluaq ok la dia.

mlm2 kalo maksu keluaq dia nanges2 nk ikut. dpt duduk luaq, ok la mood dia. ngantuk pn xpa asalkan dok luaq. kalo dia dok main2 kt ruang tamu, tetiba org lalu keluaq, mesti dia toleh lelaju pastu minta didukung. kdg2 kalo org x ambek mmg dia nanges. sampai umi larang org dlm umah ni lalu pi mai pi mai dlm umah dpn dia hahaha! lagi 1 dia suka org berdiri. kalo org berdiri, sua tgn nak ambek dia mmg dia kelupoq nak pi, sbb dia igt org nk bwk keluaq. kalo org duduk, mmg dia xkan mau, termasuk umi -.-

kalo x keluaq pon, dia suka tgk luaq. masa umur 4-5bln dulu kalo tym lepak2 tghari kt ruang tamu, ada ketika dia akan baring sambil tenung je ke luaq umah. mcm dok berkhayal pn ada hehehe. pastu dia suka sgt dok tepi tingkap dan perhati ke luaq. x dpt keluaq dpt tgk pn jd agaknya ye anak.

Sunday, December 8, 2013

MC UNTUK MAK-MAK

ASSALAMUALAIKUM...

kalau aku doktor kan...aku rasa aku akan bg mc utk mak-mak yg anak demam. hahaha! bkn apa, anak kalau demam mmg manja sgt. mmg nak perhatian kita. nak menempek dkt mak dia. nak berdakap berpeluk dgn mak. mak aku pon ckp, sepanjang mak aku mengasuh, mmg mak2 akan ambek cuti kalau anak depa demam.

so kalau aku doktor, mmg aku akan bg mc utk mak2. xtau la menyalahi undang2 ke x. aku just berangan je nih haha. berangan bg kebajikan mak2 hehe. kesian la dh la anak demam nk kena ambek cuti plk. itu kalo dpt bos yg paham. kalo bos x paham??? bg mc senang. adil. mak adalah 'nyawa'anak. anak sakit, bg la mc bg pihak kehkehkeh.

just saying! :)

MUSIM DEMAM

ASSALAMUALAIKUM...

hari tu anak demam. elok anak lega, umi plk yg demam. wuuuu. seksanya bila kita yg demam, sbb x larat nak layan anak huuu. khamis mlm tu tpaksa keluaq sbb nak jumpa lan. sblm tu singgah courts memot usha2 brg umah. pastu singgah mkn kt kedai pakdin, lan belanja. lps lunch siang tu anak langsung x tido. mlm keluaq plk. maka masa dlm keta dia blh lena sambil duduk sambil pegang bola atas riba lan!

mlm tu sblm tido abi belikan 100+ sbb umi blm rasa perlu mkn ubat. alhamdulillah mlm tu anak baik je dia. dia main2 semboq ayaqlioq sorang2 dia, x kacau umi pn. dia main sorang2 sampai letih, bg susu terus.lena. thank u anak! pg esoknya bangun, umi mmg lemah. x blh angkat kepala. anak jaga pn umi x blh buat apa2. maktok dgn abi yg gilir2 jaga. abi pn p keja lewat hari ni. memula abi bwk anak ikut pi beli  sarapan utk umi, sbb xnak bg anak kacau umi rehat. pastu abi basuh poo poo anak sesiap, tukaq pampers. pastu teman umi sarapan, mkn ubat. pkl9.30 baru abi sampai opis. to be honest, lps abi teman umi terus rasa better dr sebelum tu.

tp lps tu umi lbh byk baring. anak pon maksu yg tlg jaga, tlg masak bubur dan suap anak. umi x larat nak angkat kepala. mlm tu abi blk lewat plk. hmmm. tp abi bawak balik bakso utk umi yeayyy! dan baju baru utk anak serta jam spiderman dr uncle pali. yeayyy kuasa dua! thank you uncle yg nak kawen tuuu. mlm tu umi langsung xdpt tido so umi basuh baju 3 round. yelaa demam2 pn umi tetap kena buat keja. ptg tu sempat curi2 lipat baju. sbb kalo umi xbuat nt abi yg akan buat dulu. cuma pg tu lps subuh umi tido abi yg jemur baju, jaga anak. siap bg makan anak lg, cuma bubur maksu yg tlg buat. mmg umi blh tido dgn aman. pkl11.30 abi bwk anak masuk bilik sbb anak dh ngantuk sesangat. at last 3 beranak tido kahkah

pkl12.30 arini call ckp dia tggu dpn 7e. omaiiii umi x larat sesangat. tpaksa ckp x jd pegi. x sempat bgtau depa sbb tertido trus lps subuh. rasa bersalah sgt! kami janji nk roadtour pegi walimah sama2. sbb ada 3 kenduri smkab hr tu. umi x brani p sbb kenduri sampai ke baling nu haa, so umi takut umi flat nt abi xde. abi pn x 'lepas' umi p jauh2 kalo x sihat. hmmm... umi dh siap kek batik dlm bekas nk bg kt depa. sory guysss! :(

umi cuma pegi kenduri umah makngah. yela dh la sedara, lgpn dkt je so gagah jgk la pegi. mlm tu abi pegi kuliah ustaz harun din. umi mmg x larat mujoq la anak baik jee x kacau umi. pkl10.30 kami sama2 ttido dpn tv. pkl11 abi blk bwk makanan utk umi. dan umi request milo panas air tgn abi. hr ni plk abi blk merbok. umi plk pening2 ala2 pitam gitu. anak ok je tp batuk2. hmmm... xbestnyaaa abi xdak. kejap lg kalo larat nak lipat baju -.-

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...