sebenarnya aku sendiri taktau nak describe sakit umarfaiq tu nama apa. benda tu sebenarnya bermula masa umarfaiq berumur 8bulan lagi. ya, 8bulan, lama kan? cuma masa tu timbul 'mata' mcm jerawat tu. bila picit keluaq nanah yg busuk.
kenapa dah lama baru bertindak? sebab dah beberapa doktor kami tanya pasal tu, doktor cakap "takde pape tu..."
jadi kami pon dah doktor cakap mcm tu, nak kata apa lagi ye dok?
benda tu menten je ada kat dada umarfaiq, tak besaq2 pon. cuma bila usia dia meningkat, dah pandai cakap, umi nak picit dia tak bagi la, sakit katanya. masa dia warded dulu pon umi ada tanya PAKAR masa pakar paeds tu round ward. dia pon cakap takdak apa. dah pakar pon kata mcm tu, kami nak kata apa lagi kan?
cuma lepas keluaq wad tu, umi perasan ada ketulan timbul kat dada umarfaiq kat area 'mata' nanah tu. dan ketulan tu mmg obvious. umi tanya beberapa kawan, ramai yg cakap suruh refer klinik dgn segera. benda tu mmg nampak gaya kena buang. kena warded masuk OT bagai kalau didapati ada nanah. omaiii aku dah stress masa ni. dok cari waktu yg sesuai nak bawak pi klinik. memang takmau pi swasta sbb dah tau nak kena operate baik berurusan dgn klinik kesihatan sesiap. akhirnya aku pilih utk pi sama2 dgn tarikh check up adik.
28/4/2015 ( selasa ) - pergi checkup adik sebenarnya, tapi alang2 bawak umarfaiq utk check sekali. masa tgh tunggu turn tu tetiba aku perasan kat dada umar faiq tu MERAH! tunjuk kat mak, mak pon terkejut. ntah bila jadi merah (tapi merah sikit je) mcm tu. mcm tau2 je nak jumpa doktor kan. tapi masa jumpa nurse, bagitau pasal dada umarfaiq tu nurse suruh mai ptg nanti or esok hari je sbb dah lewat.
setelah berbincang dgn mak (memang bawak mak utk teman sbb takut aku tak larat kawal umarfaiq sorang2, tq mak!) kami decide nak pi ptg tu jgk. bukan apa, alang2 dah mai kan, biaq setel cepat. kami pon pi lunch dulu sementara tunggu pukul2. lepas ambek najwa kat sekolah, kami ke klinik semula. tidak la lama sgt menunggu nak jumpa doktor.
umarfaiq nampak je doktor (pakai mask) muka cuak la haha! doktor mintak baringkan dia utk check, baik je dia tak menggelupur ke apa, takut punya pasal kan. lama jugak berbincang dgn doktor, mujoq la ada maksu dia masuk jugak utk teman, takdela dia mengamuk kebosanan.
doktor bagi surat refer ke pakar terus. katanya kalau nak scan apa bagai nanti result lambat, aku dah la sarat mengandung kan. so doktor bagi surat refer ke PAKAR PEMBEDAHAN terus. biaq pakar tgk sendiri. utk sementara waktu doktor bagi antibiotik dulu utk 'hilangkan' kesan merah tu. kata doktor, merah tu sbb jangkitan kuman dah merebak. wahwahwah elok sgt tau nak jumpa doktor dan dan la naik merah jangkitan kuman.
29/4/2015 ( rabu ) - walaupon doktor tak bagi tarikh spesifik, esoknya aku terus ke HSAH. memang kalau boleh aku nak setelkan benda ni dgn segera. taknak tangguh2. sekali lagi, bawak mak sebagai peneman. kami mai dah dekat pukul11, nampak mcm org ramai gilaaaa tapi kejap je tunggu turn. mungkin dah lewat kan, kami ni kira patient stok2 akhir la kan wahahaha.
tunggu dlm sejam gitu je, dah sampai turn kami. masa jumpa doktor ni umarfaiq relax jeee sbb dia tak tau tu doktor. doktor pakar kan, mana pakai white coat / mask hewhew. doktor tak bagi ubat pape sbb kemarin doktor KK dah bagi antibiotik. so continue makan antibiotik tu, tengok kesan merah tu hilang ke tak. lagi 2minggu (12/5/2015) datang jumpa pakar semula utk tengok bengkak tu surut ke tak. lepas tu baru boleh decide nak operate (masuk OT) or just minor surgery which is boleh buat kat ward je, hiris sikit utk buang 'mata' nanah tu. so maksudnya apa pon jadi tetap lah kena buang benda tu. cuma bergantung pada keadaan laaa. tak boleh nak buang time dia tengah bengkak mcm tu.
TAPI if bengkak tu MAKIN BESAR / MAKIN MERAH, umarfaiq DEMAM, or nanah tu PECAH, kena pegi kecemasan terus utk rawatan lanjut. maksudnya tak payah tunggu 2minggu baru jumpa doktor, terus ja bawak pi kecemasan.
kalau diikutkan, memang keesokan harinya bengkak tu memang makin obvious pon. taktau nak kata makin besar ke makin merah, tapi yg pasti mmg makin jelas kelihatan. aku dalam dilema sebenarnya nak pegi spital terus or mcmana. sebabnya abi cuti direct 4 hari masa tu ( hari buruh bersambung sampai ke wesak ).
pilihan 1 : jumaat abi start cuti terus pegi kecemasan. in case kalau kena warded or kena operate or apa2, abi ada dan tak perlu apply cuti.
tapiii aku takut tindakan aku tu terburu2. yela baru je makan antibiotik kan, baru je jumpa doktor takut nanti depa 'reject' pulak or kena warded semata2 nak continue ubat. baik tak payah, baik makan ubat kat umah je. nampak mcm berlagak pandai kan pikir sendiri, tapi kebimbangan aku berasas. ingat syok ka dok ward? dgn keadaan aku ni, mmg aku tak larat dan aku pon takmau menyusahkan sapa2 kalau boleh.
| ~ jumaat : perhatikan dada. nampak kan? ~ |
abi pulak ikut je apa2 keputusan aku. katanya aku yg jaga umarfaiq, dia tau aku tentu nak yg terbaik utk umarfaiq. sungguh aku dalam dilema. satu lagi dilema aku ialah, cuti panjang ni patutnya kami balik bermalam di merbok. sbb dah lama sgt tak bermalam di merbok. selalu balik hari je. kalau pegi spital nanti kena admit bagai, bila lagi kami nak bermalam kat sana? lepas ni aku sibuk nak uruskan hal adik, dan sebenarnya memang mcm2 benda yg berserabut dlm kepala aku. nampak mcm hek elehhhh je kan, tapi sbg menantu mithali mmg benda tu mmg antara yg aku risaukan. bkn tak sayang anak, tapi aku cuba nak buat yg terbaik utk semua. kesian la mak metua dah lama main dgn cucu dia puas2. nanti kalau operate ntah mcmana pulak kan.
akhirnya aku memilih utk tangguh. demi kebaikan semua. demi cuti yg jarang2 sekali nak dapat, bagi aku biarlah kami nikmati cuti ini puas2 sebelum umarfaiq dioperate. naluri aku mengatakan yg bengkak tu memng takkan surut. bkn aku putus harapan, tapi memang nampak gaya mcm tu. aku redha andai umarfaiq kena operate. demi kebaikan dia. biarlah sakit sekali ni asalkan lepas ni benda ni 'habis'. lagipon umarfaiq tak demam, cergas mcm biasa. cuma bengkak tu jela nampak makin jelas. aku decide samada ahad/isnin kami akan ke hospital jua.
takat ni dulu lah cerita. adik ni haaa tak henti2 menendang, umi is sakittt duduk lama2. nanti umi sambung lagi. utk kenang kenangan umi :)






































