Lupakan seketika entry majlis, sbb takdan nak edit gambaq lagi hehehe. so kita buat part by part ye. mulakan dgn bab doorgift.
umi ni kalau bab DIY memang semangat. dari awal lagi memang dah plan nak bagi doorgift utk tetamu. tapi tetamu kanak2 jela. sebab majlis ni untuk anak umi, so 'kawan2' anak adalah tetamu KHAS. memangla kebanyakan 'rakan sebaya' umarfaiq tu kecik lagi tak tau pape pon, tapi niat di hati umi utk meraikan mereka jugak. even doorgift tak seberapa, tapi tidak lah nampak kosong sangat kan depa mai jauh2? elehhhh kita yg mak2 ni pon kalau pi kenduri sebok nak ambek doorgift, inikan pulak bebudak ye dok?
pening jugak mikir nak bagi ape. 1st benda yg umi beli adalah set pensel dan pemadam ni. sebab SALE dan sof course sbb corak bola2 tu. anak umi kan fanatik dgn bola, kemainnn dia suka tengok benda ni. sampaikan umi kena sembunyi lah dalam almari, kalau tidakkk habes dia korek!
apollo ni saja beli. kot2 nak bubuh dlm doorgift. kalau tak bubuh pon boleh je hidang masa kenduri. ada 24pcs semuanya.
memula niat nak beli air kotak je. pastu ikat pensel + apollo kat air kotak tu guna reben. bagi gitu je tak payah letak bag dah. jimat kan?
tapi bila terjumpa cawan dok tersengih comel kiut gila ni terusss jatuh hati! terus sambaq. dgn warna striking plus colourful dan comel, rasa mcm sesuai sangat utk bebudak! kalau air kotak, sekali sedut dah habes. kalau cawan ni, sangat la berguna kan?
dah bagi cawan ni mula pikir kena letak dalam bag sbb nanti takut pensel, pemadam dan apollo tercicir. last minit buat label utk bag. buat dlm masa 5min je! memang sungguh2 last minit haaa.
bajet nak print atas kertas pastu tempek pakai gam je atas paper bag. tapi bila pi print saja tanya samada kedai tu ada kertas sticker ke tak, sekali dia jawab ada daaa. terus proceed sbb harga kertas tu cuma rm1, tambah kos printing rm1.50 (dulu rm1 ja huhhh!) jadilah rm2.50 utk label. cucukp2 pulak 25pcs dapat dlm sekeping a4 tu.
masa pi kedai barang plastik utk beli pinggan cawan bagai, tetiba ada lampu menyala atas kepala, tinggg! dapat idea apa kata goorgift tak payah bagi dalam paper bag. why not guna plastik je. cawan2 comel2 camtu, letak dalam plastik baru nampak daya tarikan sebenar. tetiba umi rasa umi bijak gila sbb mampu pikir mcm tu secara tetiba kahhh. mujoq jugak dah print sticker, so senang jela nak tempek atas plastik. umi guna plastik saiz 12x5 inci kalau tak silap. memang la agak membazir sbb plastik tu jual paket, ada berapa ratus keping ntahhh tapi plastik tu kan boleh guna semula nanti. kot2 nak packing makanan ke. see, umi bijak kan? wakakakakaka :D
so, inilah benda2 dalam goodies bag. pensel 2 + pemadam 2 + apollo + cawan
boleh ja nak tambah gula2 or jajan bagi nampak full. tapi umi pikir, umi pon kurang berkenan anak umi makan jajan/sweets, takkan umi nak bagi kat anak org pulak ye dok? so kita bagi benda yg nampak mcm berfaedah sikit haha
masukkan semua ke dalam plastik dan ikat reben
tadaaaaaaaaa
inilah hasilnya. comel ke tidakkkkkkk? bahaha. syok sendiri umi ni ye dok? geram jer tengok benda2 ni dok tersusun berwarna warni. mcm ni punya kiut bukan takat bebudak je geram tengok, mak2 budak pon mesti jeling2 je kannn nak jugak. sorry makcik2/tokcik2, ini khas utk kawan2 umarfaiq je tau! kalau nak jugak, sila lah bawa kanak2 hewhewhew~
umi sangat puas hati dgn doorgift ni. asalnya umi ingat nak bagi set stationary, takpon air kotak, tapi bila dapat ilham mcm ni umi puas hati. cawan tu bebudak boleh guna, tak kira usia. mak2 pon boleh tumpang guna. kalau tengah marah kat anak or stress anak meragam ke apa, tengok cawan ni dan senyumlahhhh kehkehkeh
cawan ni pon cukup2 24pcs, sesuai lah dgn apollo. tapi pensel + pemadam dapat 18 set ja, sbb mmg dah habes stok pon. bermakna tak cukup lagi 6 la kan?
kebetulan sangattt, umi memang beli bubbles ni 6pcs. asalnya saja ja beli habuan bagi anak2 menakan tiup bosan2. tapi dah alang2 tak cukup ni, umi gantikan bubbles ni ke dalam doorgift. setel, cukup 24pcs doorgift semuanya :)
yg ada bubbles ni umi priority kan kat bebudak yg sebaya umarfaiq yg tak pandai guna pensel lagi huhu. tapi kalau tak cukup or kalut2 main sambaq ja la bagi yg mana pon huuu. takpa la, janji tak balik dgn tangan kosong ye anak2?
belon ni pon memang niat nak bagi kat bebudak. umarfaiq sendiri pantang tengok belon, apatah lagi nanti time majlis ada banyak belon mesti bebudak lain pon geram kan. so saja la buat 12pcs belon ni habuan tarik je bagi bebudak. sapa cepat dia dapat la kan.
bila dah tiup cecantik mcm ni rasa sayang pulak nak tarik. ingat nak letak buat props, tapi risau pulak kanggg bebudak langgar pasu tu. pasu tu dari russia oi!
so simpan dalam bilik jela. dan seperti yg diduga, memang bebudak geram pon tengok belon. memang permintaan tinggi belon ni. tak sia2 umi tiup sampai semput hahaha!
alhamdulillah puas hati sangat bila tengok bebudak happy dan enjoy dgn apa yg dah umi sediakan. moga semua anak2 bergembira lah ye :)
umarfaiq pon kemain geram tengok doorgift yg dah siap. mulut tak henti dok sebut "anteknya mi...anteknyaaa"
pantang lepa dia sambaq. tapi mujoq laaa anak umi ni boleh kompromi. umi cakap "yg ni tak boleh main...yg ni utk kawan2 umar, nanti umar bagi kat kawan2 tau..."
dia pon paham dan letak balik. mulut dok sebut "kawan umar...kawan umar..."
sama la belon pon, sabaq ja dia bila umi tak bagi dgn alasan nanti umar main dgn kawan2. heee
alhamdulillah hajat umi nak menggembirakan anak dan kawan2 dia tercapai :)













4 comments:
aloh...rugi Aqil x p.klau x leh dpt cawan senyum tu...hihihihi
dan belon tu dapat dekat uwais takdan berapa minit dah meletup hewhewhew
ekceli kan kami memang duk kata nak beli nak beli satu cawan plastik dekat uwais tapi tak terbeli2 lagi. rezeki la tu dapat dekat besday umar. tenkiuuuuuuu
Assalam jus,
haaaaa
ni yang buat akak tak sabor nunggu januari tahun depan
nak buat door gift birthday boboboy akak lagi
he3
dasar sangat kan3
he3
subhanallah....kenapa kreatif sgt ju oiiii....sorry tak sempat nk p sbb bw bussaina p brsunat :( mula nya bw p sehari sebelum tu dh doc yg nk buat tu tk dak...buat appoiment hari esk nya...sedih tak leh join....
Post a Comment