ASSALAMUALAIKUM...
31 Mac 2013 - Ahad
Pagi2 buta dh keluaq, nak
check up baby. Sanggup ke loqstaq, sbb nk pi klinik pakar putri jugak2. situ kan semua pompuan…risau
pulak kt baby. Bila doctor kjaan kata x payah jmpa dktr dh, jz tggu bersalin /
due date, rsa mcm risau plk. Naluri seorang ibu, anak dlm rahim kita, bila
still xbranak setiap masa risaukan dia, tak tau dia sehat ke dia selesa ke x.
even due date blm sampai lg sebenarnya…huhuhu
Dah lama sgt tringin nk mkn
roti canai gurun. Slalu pi loqstaq sdiri drive, ikut heway sbb xlarat mk ikut
jln lama. Tp kali ni pakai driver kan,
terus merap nak makan roti canai gurun tu. Sedaaap sgt tau! Memula nek heway
jgk, sbb takut xlarat dok dlm keta lama2. then turun exit gurun. Mujoq laaa
kedai tu bukak, xdela aku kempunan. Nikmat sgt dpt makan kt situ!
Then teruskan perjalanan ikut
jln lama. Sampai2 terus ke klinik. Dpt mc. Pastu terus ke umah pakdin, lawat
eryna. Lama gilaaa lepak situ. Pastu terus ke umah sewa. Angkut semua brg2 umah
sewa utk dibawa blk. Sementara aku siap2 brg, suami ke masjid utk solat. Lps
kemas tu dh mula rasa letih amat. Perut sakit memulas. Sbb lapaq, then perut
masuk angin. Bila suami mai cpt2 angkut brg. Terasa mcm lapaq nasi ayam, mujoq
la ada kedai yg bukak. Sejujurnya, nasi ayam tu xdela sedap sgt, tp disebabkan
aku lapaq, habes licin aku makan. Haa tu la tandanya selesa aku dh kembali
seperti biasa =p
Pkl4.30 baru gerak blk sp. Tu
pon dh rasa letih gila. Awl tu layan jgk suami sembang, lama2 suami ckp
sorang2, wahaha! Sampai je umah, semua org xdak. Elok sgt kannn. Mak blk
kampung, abg blk penaga dah. Kami beli nasi lemak je mkn berdua. Bila mak blk,
bwk bihun sup plk. Dan la merasa semangkuk. Mlm tu marathon basuh baju &
cadar.
1 April 2013 – Isnin
Pagi2 buta buatkan nasi grg
utk suami, tp utk aku, ajak suami beli nasi lemak. Wahahaha! Kemain ambek lauk
ayam + sotong kering. Sedap!. Lps tu baby buat april fool. Bangun tido, solat
zohor, terus suruh suami beli eskrem yg nak sgt tu. Konon takut branak nti x
sempat makan. Waaaahahaha~ nasi hari ni
mak buat lauk fevret aku. Ayam masak kicap + sambal belacan. Tp mkn x byk la
sbb masih x brapa lalu.
Malam, merap suami nk mkn kfc.
Xtau la apa yg sedapnya kfc tu. Tp rasa nk makan sbb dh lama x makan. Pkl10++
baru keluaq ke kfc jam besaq. Mkn dinner plate share dgn suami, then try cheesy
wedges yg cheese byk tu.
2 April 2013 – Selasa
Selera mcm x brapa best je.
Brekpes biskut hup seng cicah milo jew. Then pi klinik utk check up. Blk tu
beli nasi ayam, mkn 3 sudu je. Wuuu~ ptg tu kja tido je, sampai lemau. Memandangkan
aku mcm xdak tenaga sbb kurang mkn, mak offer nak buat cucoq ikan bilis, haaa
nak2!!! Hohoho~ mlm, order nasi kukus kt suami. Alhmdulillah, mkn byk la jgk.
Sukaaa sgt! Waktu2 akhir ni risau sgt kalo x makan. Yela, buatnya nak
terberanak tetiba kang susah kalo xmakan, xdak tenaga nk push =p
3 April 2013 – Rabu
Mcm besa, buatkan nasi grg utk
suami sarapan. Suami aku ni bab makan ‘susah’ sket. Dia xmakan ringan2, mcm
sanwic ke roti ke. Kalo nasi grg xpe. Hohhh~ Aku, mkn hup seng cicah teh. Wuuu~
tghari, mak masak tomyam. Mkn nasi dgn kuah tomyam + telur grg. Not bad. Hari
ni misi mengemas brg baby. Sukaaa sgt tgk brg2 baby. (baby keluaqla, tgk umi
abi beli mcm2 utk baby)
Bila maghrib je, terus rasa
lapaq sgt2. mcm xtahan dh nk tggu suami blk. Mkn jugak nasi sket lg dgn kuah
tomyam utk alas perut. Bila suami blk, order berger daging plus daging + teloq
lebih lg. dlm masa yg sama kak ila mai hantaq koteow grg. Omaiiii terharu sgt!
Hr tu saja habaq kt kak ila yg aku nak koteow grg ayah dia. Lama x makan. So
mlm ni dia bawak mai. Mmg grg khas utk aku. Semangkuk besaq lg! fyi ni bkn
koteow grg besa tau! Ayah kak ila ni dlu ada gerai koteow. Tp dah ‘pencen’ ats
factor ttentu. Tp tym open house ayah dia slalu buat koteow grg la. Goreng pon
sket2 ala kedai, even utk tetamu. So sama la mcm dia grg utk aku ni. Utk depa
grg asing, utk aku grg asing. Siap aku request taugeh lebih. Depa ni mmg best,
suka layan aku. Hari tu mai hantaq cekelat dr langkawi, takut aku tringin
katanya =p
Dah bedal koteow grg, tpaksa la
mkn beger plk. Yela, suami dh beli kan…wuuu…
pastu tetiba dlm pkl10.30 gitu, terasa mcm tringin sgt teh ais. Ohhh rasa mcm
nikmat je kalo dpt pekena teh ais tym tu. Baru je sebut ‘mcm lapaq teh ais la
mak…” terus suami ambek wallet then pi beli. Naik beskal plk tu! =p










2 comments:
dup dap dup dap
merap sakan aih...naseb la ada org nk lyn...hik3
Post a Comment