ASSALAMUALAIKUM...
30 November 2012
Khamis aku blk merbok. Saja la tido bilik bawah sbb malas nak naik atas dah. Esoknya bila aku bangun tido, tetiba perut aku saket sgt. Aku syak sbb aku salah posisi tido. Sbb masa aku bangun tu kdaan aku megiring ke kiri dgn separuh perut tertindih. Lps bngun tido aku duduk kejap, rehatkan perut. Nak bangun solat pon xblh. Beberapa minit kemudian baru gagah bangun semula.
Lps tu aku blk sp, suami mcm besa pi keja. Masa tu aku dh lupa sekejap apa yg dh jadi, lagipon masa tu dh x sakit dah. Ptg tu baru aku perasan yg hari ni aku belum rasa baby bergerak. Sebelum tu aku tido, pastu ptg tu plk mcm x teringat nak rasa gerakan baby (masa ni blm rasa gerakan yg kuat, just blh ‘rasa’ gerakan baby). Kebetulan ptg tu fana call, bergayut dgn dia punya laaaa lama! Masa sembang tu baru tringat nk habaq kat dia. Then dia pesan soh p klinik ASAP. Aku dah cuak masa tu. Aku nak tunggu suami blk, tp fana soh pi segera. Aku dh mcm gabra semacam kan, lagi la x blh nk drive. At last tunggu suami blk jgk. Asalnya mmg xmau bagitau suami pon.. tp mcm besala suami mcm tau2 je, lps ckp dgn fana tu dia msg “baby ada tending x hari ni?”. Haishhh aku yg inesen x pandai tipu ni pn tpaksa la ceritakan apa yg jadi. Terus suami ckp get ready, blk nanti pi klinik. Sbb masa tu dah nak abes opis hour dah.
Bila suami blk, aku tgk muka suami dh lain. Aku pulak slamber je dok sembang. Aku tau suami mesti geram kat aku. yela dia punya laa cuak bila aku gitau baby x gerak, dy expect mcm hal serius la kan skali bila dia blk aku rilek ja dok nyembang dgn mak. Sbnarnya aku buat mcm tu pon sbb xmau bg dy tambah2 risau la. dkt mak aku pon aku x bagitau, kami dua je tau sbb aku xmau org sekeliling bimbang. Lps maghrib, kami terus keluaq. Sebenarnya hari tu jumaat, mmg susah gilaaa nak cari klinik yg bukak. B4 tu suami dh gugel senarai klinik area sp then print depa punya contact number. Sblm pi kami call semua klinik yg ada, tp kebanyakannya tutup. Klinik azhar pulak, doctor yg ada tu x buat scan puiiiiiii la aku urgent mcm ni masa ni la doctor tu nak duty pon!
So kami ambek keputusan utk ronda sp dan cari ja mana klinik yg buka. Fisrt kami pi klinik dr.zainol kt taman patani jaya, TUTUP. Lps tu masuk pecan sp, pegi klinik bersatu (24jam), tp syg doctor t upon x buat scan mengandung. Lps tu pi klinik cinta saying, yg selang beberapa buah kedai je dr klinik bersatu tu. Mujoq laaa doctor tu mau scan. Tp kat situ semua doctor hindu. Doctor yg rawat aku pon lelaki, singh. Terpaksa la jugak pi situ sbb aku rasa kes ni darurat.
Masa scan tu, doctor tu kerut muka sambil urut dagu. Dia kata kedudukan baby kami a bit weird. Lama gilaaaa dy scan, sekejap soh aku ke kiri, kejap soh aku pusing kanan, sbb nak tgk kedudukan baby berubah ke x. masa memula tu dia kata pelik tu aku dah cuak. Tp dia kata baby ok, malah bergerak dgn sgt aktif, dan takde masalah langsung. Cuma kedudukan baby yg agak pelik (bukan songsang), tp tak membahayakan. Dia scan lama gila sbb dia kata dia x penah jumpa situasi mcm ni. Aku nak habaq kedudukan pelik tu macamana pon xtau, tp aku faham (tgk) la apa yg doctor tu maksudkan. Senang cita, kalo baby lain selalunya duduk melengkung punggung kat bawah, tp baby kami seolah2 buat kuak lentang (tp melengkung) giteww. So disebabkan kedudukan baby yg begitulah yg membuatkan aku xdpt merasa gerakan baby, sedangkan baby kuat je tendang.
Byk kali aku Tanya sure ke baby kami sihat xdak pape, sampai doctor tu pn rimas kena Tanya byk kali hahaha! Pastu dok Tanya “macamana ni doctor???” byk kali, sampai doctor tu ckp “saya nak buat mcmana, bknnya sy blh suruh dia ubah position”. Hohoho. Doctor nasihatkan aku supaya byk berehat. Kalau dlm masa 24jam baby masih x bergerak, better ‘berehat’ kt spital jela. dia suruh pi klinik tu semula then dia akan buat surat refer ke hospital.fuhhhh! disebabkan kelam-kabut tu kami lupa nak mintak print gambaq baby!!!! grrrrrrrrrrrrrrr
Tp mujoqla, lps blk umah mlm tu baby kembali bergerak. Syukur Alhamdulillah…baby saja latewww nak test umi abi kannn :)






1 comment:
betul2 teruji ..
Post a Comment