CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 3, 2013

B2B - HUNTING FOR BAJU PENGANTIN

ASSALAMUALAIKUM...

5 MEI 2012
Bab cari butik, mmg aku x dan sesangat nk survey bagai. Sempat pegi 2-3 butik je, tu pon mahal2. Aku ni walaupon nak kawen sekali je seumur hidup, tetap kedekut nak bazir2 duit utk butik kahkahkah. Maksudnya tetap nak cari yg murah. At last jumpa jugak butik yg murah dan BERBALOI. Pegi sana sekali je utk survey, pastu terus booking x pikir panjang dah. So kali ni nak pi pilih baju la. Abg tunang xde, bz. So aku pegi sorang je, dia serah 100% utk aku buat pilihan J


Dan mujoq aku ada BFF yg sentiasa bersama aku, bg kekuatan utk aku. Even abg tunang xdak, aku still ada fana yg sudi nak teman aku sama2 pegi try baju. Tengkiuuuuuuu syg! At least ada semangat sikit nak pilih baju. Sebenarnya dia yg beriya nk tgk baju kawen so alang2 free tu yg bawak dia pegi sesiap. Blh try sesiap. Kami keluaq dah lewat, dh dkt pukul 1. Kekonon nak hunting for ikan bakar la kan. 


Kebetulan dkt dgn butik aku pilih tu mmg ada ikan bakaq sedap. Tp kat situ, pkl10 pg org dh serbu. Kami pi pkl1, tinggal ikan pari dan ikan temenung jeee. Tu pon naseb kami je, last dh yg tinggal tu. So makan seadanya jela. Tp x kesah la, sedap sgt makan berteman.


Lps dah kenyang baru pi try baju. Inilah pilihan aku. Sekali tgk terusss berkenan tau! Dah la hijau, org kata emerald green la konon. Design dia bg aku simple tp menarik. Yg tak tahan dia punya ekor tu blh menjala ikan, panjang gilos! Tapi ekor ni blh pakai buang. So senang la. Pakai masa awal2 je, pastu kalo rasa rimas blh buang. Veil dia labuh, tutup punggung. So terus proceed. 


Aku tak tau la apa kena dgn si fana ni, dia berkenan sungguh baju laki aku ni. Sebok dia nak try. Masa ni aku dah mula detect aura pondan dia kahkahkah!


yg best nyaaa butik ni, dia punya pekerja dan owner saaaangat sporting tau! si fana tu siap try macam2 baju, kalah aku hoiii kalah! aku pon x sempat nk try2 bagai. dah la try pastu dok posing2 pulakkk melampau kau senah. xpa, ambek feel kannn aku pahammm haha


Baju untuk majlis bertandang, ambek yg simple2 ja. Kekonon nak ala2 jubah yg sopan. Mmg letih nak try satu2, so aku gamble ja ambek yg mana rasa sesuai. Cantik ke x blakang kira. Memula aku pilih yg oren hitam ni. Tu je yg aku rasa sesuai for the time being. Tpaksa pilih jgk, nanti kalo nak tukar baru pilih lg.


Lps try baju tu, fana hantaq aku balik. tp sebelum tu singgah pekena aiskacang dan teh ais dulu beb. Basah2 tekak la katakan. Lagipon nak fefeeling detik2 akhir membujang kahkahkah. Fana order laksa tp x sampai pulak. Cian dieee. Lps fana hantaq aku blk, aku pulak keluaq sorang2 pegi giant jumpa abg tunang. Dia tggl moto kt giant pastu kami sama2 pegi tikam batu, umah tailor yg nak buat baju nikah kami utk ambek ukuran. Lps siap semua, patah blk ke giant. Terbeli set perfume utk hantaran. Sbb apa beli, mestila sbb murah ahaha! Dan yg penting, dpt beg hijau tu kehkehkeh.


9 JUN 2012
Bawak abg tunang mai try baju pulak. Dia ni kan bkn jenis menyemart (smart) so bila pakai baju pengantin tu dia rasa gabai je, dia rasa malu. Grrrrrr betoi! Ni kawen oiii bkn nak pegi dinner! Haha. So far baju hijau tu dia ok je. 


Tp yg oren tu dia mmg x berkenan. Katanya x sanggup dia nak pakai kaler oren macam tu! So pilih punya pilih, tadaaaaaa jumpa la baju pepel ni. To be honest aku pilih baju pepel ni semata2 sbb baju lelaki yg terlalu kacak bg aku. Baju perempuan, biasa2 aje. So suami sila hargai yeee pengorbanan saya ini haha. 


Sebenarnya baju laki ada 2 choice. Samada nak kemeja or baju melayu. Memandangkan yg hijau aku dh ambek kemeja so yg pepel ni aku pilih baju melayu la. Lagipon mcm aku ckp la, aku berkenan sgt baju laki ni, nampak sgt perkasa. Tetiba terbayang laksamana sunan! Kahkahkah


Overall, sesi pemilihan baju pengantin bg kami tidak sukar krn abg tunang saya sangatla mudah dibawa berbincang, easygoing. kuasa memilih di tangan saya, tp dia masih diberi peluang menilai haha. Yg penting selera sama, except for that orange ok! hahaha


alhamdulillah kami x susah sgt nk pilih baju pengantin sbb mcm aku ckp aku malas nak survey2. cuti kami dah la x sama, nak harap cuti 2 hari je masa mana nak survey. lagipon baju2 ni semua x penting sgt, yg paling penting bg aku, MAKANAN. sbb tetamu mai nak makan dulu haha! aku pon x cerewet nak kaler itu kaler ini, nak tema itu tema ini. asal aku tgk, berkenan, sudah. xdak masa laaa nak design2 bagai!


babai my orange!

3 comments:

cik Anggur said...

lawa gilossssssss oren tuuuuuuuuu

Zai Zamree said...

Dan jugak menghunting bj.k.zai ritu sbb x bajet nk kwen main aci redah ja.xdan nk p pilih 2 3 tmpt dh

Kira Sakura said...

kalau tidak baju sebelah kenduri suami kami kaler sama dgn ampa tue la. emerald green. memang cantik. tapi sebab tak jadi maka tak wujud la baju tue.

kami pun berkenan baju laki yang style kemeja, nadh pun tapi dia tak suka yg ada corak atas bahu tue.

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...