ASSALAMUALAIKUM...
umi ni kan bajet mcm nak buat birthday party ala2 anak victoria beckham kannn nak ber-booth2 bagai. Kemahennn. Ikut hati nak je ambek set candy booth kat ija, yg ada choc fountain bagai tu. Tp memandangkn nk buat candy table dlm umah, x jadi la ambek. Yelaaa kang terpercik segala cekelat2 tu kat dinding iolsss yg baru cat tu tak ke nangesss airmata cat nanti!
so umi buat candy table simple je. Bkn candy booth sbb kecik je. Kalo candy booth kena ada mcm2 choice & deco kan. Ni just buat meja utk letak kek & poyo2 je, muahaha! planning punya lama tp semua buat last minit je. Pg tu baru susun meja letak alas semua. Susun2 marshmellow & lolipop bg nmpk mcm bouquet. Poyo sgt. Siap pesan lg kt kak long jgn bg budak2 ambek, itu utk hiasan semata. Nk marshmellow ambek kt dapoq muahaha.
Ada frame gambaq anak masa beberapa jam lps dilahirkn & setahun. Simbolik la konon. anak mmg sgt suka frame tu. B4 ni letak kt bilik, dia bgun je tido trus tunjuk2 gambaq tu sambil mulut riuh bercerita. Nak habaq tu gambaq dia la kot. Masa umi letak frame tu ats candy table dia sebok nak ambek frame tu, jenun jgk nk kepung dia. Syok tgk gambaq sendiri muahaha!
mujoq la masa deco2 table tu umi x letak mcm2 utk penuhkan meja. Sbb deddieh bawak kek kan, mujoq la ada ruang lagi utk letak kek tu. So dgn kehadiran dua bijik kek tu buat candy table umi nampak purrrfek! kalo ikut kepala otak umi yg genius ni mcm2 lg diy yg umi nk buat. Tp paham2 la kekangan masa buat niat umi terhalang. Uwaaaa
Tak cukup dgn tu, kemahennn nak buat photobooth plk! mcm besa la jgk angan2 nak buat itu nak buat ini last2 dpt idea mcm lain. Buat yg simple je. Kebetulan mmg tgh gila nak try buat bunga crepe tu haaa. Alang2 try, guna jela. Dah la buat besaq gedabak, tu yg dpt idea nak guna utk buat photobooth. Kebetulan jumpa kain jns longgok tu, dpt plk kain elok warna pn elok.terus sambar ja.
Ptg jumaat tu umi paku sendiri tirai kengkonon pelamin tu. Bunga2 crepe yg dh siap dipintal tu, mlm sblm kenduri tu baru umi sangkut kat dawai. Sangkut ikut dan ja. Pagi tu abi kalut xdan nak mintak tlg dia sangkut la apa la. At last pkl2.30 baru umi gantung bunga tu sendiri. Belon pon abang yg tlg tiupkan wakakaka! hentam je gantung belon pon. Mmg buat cincai2 je semua but still nice hokayhhh! utk khemah sempat gantung selonggok je belon. Kalo ikut umi nak gantung byk2, tp masa tak mengizinkan.
Tapi mujoq la umi tak beriya sgt buat pelamin ni. Props pon buat ala kadar je, pakai bhn terbuang. Sbb photobooth ni letak kat luaq so org segan gamaknya nak berposing kat situ. Sempat snap gambaq dgn fasihah je huuu mujoq ada jgk! Itupon pakai kamera dia. Yg btl2 gunakan kemudahan pon geng bff la. Tu pon sbb depa mai round kedua wakaka. Masa tu xdak org mmg sakan la depa posing dgn props.
![]() |
| ~ mohon kaki ~ |
Tak cukup kat pelamin luaq, posing dkt dinding2 plk. Umah iols kan dinding kaler2, sakan laaa posing tukaq2 background. So puas ati la jgk sbb ada jgk gambaq dgn pelamin dan props2 yg umi buat. Masa ni ja umi blh posing byk sikit pon sbb majlis dah tamat dan anak dh tido. Tp muka umi mmg selebet wahaha tp tetap segak la dah dok 'mention' segak.
Oh dan act ada guest book jgk tau. Diy hokayhhh guna teknik quilt ka apa jadah ntah. Yg ni mmg saja2 nk buat. Sama la mcm photobooth td tu. Saja nak belajaq buat bunga crepe end up dpt photobooth. Yg ni saja nak belajaq buat quilt end up dpt la guest book ni. Yg ni pn org x brapa prasan. Yelaaa letak kt luaq kan. blh kat budak2 letak merata, pen ke mana buku ke mana. Tp buku tu umi simpan. Buat mcm diari utk umarfaiq kehkehkeh!
overall umi puas hati la dgn airtangan umi kehkeh. At least 1st trial mcm tu ok la kan. Lagipon buat utk seronok2 ja, utk testing, habuan instagram & blog muahahaha! kot2 lps ni ada event lg blh try gaya lain pulak. Ewahhh!











4 comments:
Sonok plak tgk gmbq2 ampa smua...iskh...awat hr tu x bgmbq xtau
cntik la kak jue booth dgn guest book tue..quilt tu nama bunga2 tue ke kak jue?blh amek idea utk ajar ank mrd nie..ehehe..
sebenarnya kami xsedar pun kehadiran photo booth tue. buku tue pun sedar lepas beberapa minit nak balik nguuuu. xbergambar pasal segan orang ramai. maluuu lah konon hahahaha
lawa eh....boleh buka utk tempahan dah tu hehe..sori xdan nak p aritu sibuk di umah..adik beradik pakat balik
Post a Comment