CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 9, 2014

KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA~

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah... Akhirnya dah ada rumah sendiri, bermakna kami dah ada rumahtangga sendiri. Sebelum ni pjj, pastu stay kt umah mak. Even ddk sekali, itu blm dikira kehidupan berumahtangga ye anak2, sbb tumpang umah mak kehkehkeh.

Aku bangga sgt dgn suami aku, sbb dia bijak berfikir. Dia xmau sewa rumah, sbb rugi. contoh, Sebulan rm250 x 12 bulan, cuba kau convert utk bayaq rumah sendiri see, untung kan? Sbb tu kami xmau bazir duit byr sewa rmh, baik byr rmh sdri ja. Masa aku dlm pantang, kami beli rmh sesiap. Sbb mmg dh merancang lps ni nk resign, nak duduk dgn suami. Jadi perlu ada rmh, xkan nak menumpang rmh mak lg. sbb dh x keja kan, bkn mak kena mengasuh lg... Apa pn semua ni sbb rezeki jgk, dgn izin Allah yg maha mengetahui segala perancangan.


Cadangnya plg awal lps resign nk msk umh, or plg lewat hjg thn. Tp nk dijadikn crita, lawyer buat kja hampeh. So dh lari target kmi nk pindah. Dr hjg thn bwk ke awl thn, pon x siap lg. Puas ligan. Sbb umi mmg dok berangan nk buat 1st bday anak kt rmh sdri. Alhamdulillah, sempat jgk even belated sikit.

Sejujurnya, aku ada rasa terkilan sikit sbb x sempat merasai nikmat hidup berumahtangga sbg pengantin baru. I mean, lps sah akad nikah sama2 hdp berdua dlm rmhtangga sdri. Melalui fasa2 'perkenalan awal' berdua, fasa bln madu dlm perkahwinan. Bohong la kalau aku kata, aku x jeles dgn pasangan yg baru kawen dpt hdp bersama. Tp aku akur, ini takdir kami. Awal2 perkahwinan perlu pjj. Melalui fasa2 pengantin baru dr jauh, mengandung jauh dr suami.


Cukup takat tu, kami x betah berjauhan lg. Memandangkn kmi pn bli rmh di sini, elokla aku resign dan bina kehidupan kmi d sini. Kehidupan sbg sebuah keluarga selayaknya. Dulu masa pjj xpela tumpang mak abah, mak ayah. sbb sorang arah lain sorang lg arah lain hehehe.

Aku kagum dgn abah bila mak bgtau satu cerita yg aku tak penah tau. Rupa2nya, lps mak abah kawen dulu, abah buat rmh sendiri dlm kampung yg sama dgn wan tp di tanah yg berlainan. Mula buat umah kecik2, sikit2. cukup2 utk berteduh. Aku tanya, "dah sekampung, kenapa x ddk je dgn wan?" mak kata, kalo ddk dgn wan, tak aci la. Tak merasa la mcmana jerit perih asam garam rumahtangga yg sebenarnya. Abah dh jd ketua keluarga, dia nak dia yg tanggung sendiri keluarga dia biarpun susah masa tu. Aku jd kagum. Bg aku, itu satu pelajaran yg sgt penting yg ptt aku ambek pengajaran. Tq abah!


dan kini benda tu benar2 terjadi pd kami. Aku tak penah cerita benda ni kt suami, tp suami punya fikiran yg sama mcm abah! Mesti org heran kan, mesti ada yg kata, "setakat pindah tmn sri wang jgk, baik duduk jaa dgn mak abah!" haaa itula yg hg xtau. Suami aku berfikiran mcm abah. Berfikiran bahawa dia adalah ketua keluarga, kami adalah tanggungjawab dia. Cukup2 la mak abah bela aku dr kecik, xkan skrg dah kawen pn nak bergantung harap pd mak abah lg? Dan aku jgk kagum dgn suami aku yg mmg punyai rasa tanggungjawab even kami menumpang umah mak abah. Kami bkn ddk sesaja. Tetiap bln suami akan byaq bil & beli brg dapur. Hari2 biasa kdg2 suami beli brg basah. Dia akan sumbang apa yg terdaya. Masa aku keja dulu pn, duit mengasuh anak pn suami yg bayar kt mak. Katanya, itu tanggungjawab dia. Alhamdulillah aku bangga dgn suami yg tahu apa yg ptt dia buat.


Dan kini, Allah dah izinkan kami hdp bersama dlm sebuah keluarga. Even bkn lah hdp berdua mcm pasangan pengantin baru yg lain, kami bersyukur diberi peluang ini. Buat masa skrg, suami ada projek besar yg perlu diselesaikan. Jadi dia akan blk lewat setiap hari. Dan rmh kami pn msh dlm proses warming up, masih krg itu ini jd belum la merasai 100% hdp berkeluarga tu. Masih dok berulang umah mak, blh masak basuh baju je. Brg2 lain pn blm angkut pindah lg. Pelan2. lps ni barulah kami akan nikmati keindahan hdp bersama keluarga kecil kami. Ssh senang kami bersama.


Kalau dulu kt umah mak, nak masak senang je, capai je dlm peti ais. Semua dah beli, mak dh siang siap2, tggl nak masak je. Itu pn malas lg! nak makan apa, order je kt mak. Setiap hr x payah pening nk pk menu apa, semua mak tentukan. Bila ddk rmh sendiri ni merasa laaa. Nak apa kena beli, proses sendiri masak sendiri, pikir sendiri hari2 nak masak apa. kalo kt umah mak, nak mandi solat berak semua dgn senang hati sbb ramai assistant yg blh tlg jaga anak. Skrg kau merasalah mcmana nak handle anak sendiri ye! kalo kat umah mak sukahati laa nak tido pkl brapa bangun pkl brapa. Bangun awal dpt la tlg mak. bangun lambat, tlg makan terus je. Tp bila di rmh sendiri, kalau bangun lambat, meranalahhh! aku mungkin blh tahan lapaq, tp anak aku nak makan apa?



Kesimpulannya, bila di rmh kita suami lah ketua keluargA yg berhak dlm segala hal dan aku sbg isteri kena tentukan sendiri disiplin diri. Dan in sha allah bila btl2 tggl umah sdri nt aku nak ajar anak aku tido awal. Kalo kt umah mak ramai org, semua pesen tido lambat. Itu yg anak aku ln tido lambat. Tgh2 mlm dok main lg.

lepas ni apa2 masalah dan keputusan semua di bahu sendiri. dan akan merasa yg kehidupan tak selalunya indah. bukan selamanya nak manis belaka. semua bergantung pada kita nak handle. utk mereka yg masih belum dikurniakan rezeki utk hidup bersama or ada rmh sendiri or apa2 je kesulitan, teruskan berdoa and just enjoy ur marriage. apa pon situasi kita kena positif dan berbahagia dgn cara kita tersendiri. kalo kita rasa kita susah sedih ingat la ada pasangan lain yg lbh hebat diuji dari kita. 

Alhamdulillah diberi peluang ini secepat ini. Moga kami dpt bentuk keluarga kami dlm rahmahMu ya Allah.


3 comments:

Zai Zamree said...

Alhamdulillah...tahniah...pelan2 mjalani hidup rumahtangga.

k.zai 2 minggu lps kwen dh dok sndiri.smua nk handle sndiri.bl ada ank mmg kena pndai manage time.tdo siang tu mmg x penah sjk ada ank sbb byk bnda nk kena buat bl anak tdo

cik Anggur said...

tak pa pregnant ank no 2 da boleh duduk dgn suami kan....rezeki Allah bg ada kat mana pn doa usaha tawakal ja....d sebalik pengorbanan ampa Allah da gnti ari nie hepy blh duduk dgn suami & ank d rumah seniri

Kira Sakura said...

Alhamdulilah nasib ampa lebih baik dari kami. kami masih berpjj dengan anak. dan belum ada tanda nak hidup sekali lagi. tapi kita kena bersyukur dengan nikmat hidup kita yang Allah bagi. Allah bukan bagi sesuatu tue saja2 ye dak.

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...