CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label SEMBANG MAK-MAK. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG MAK-MAK. Show all posts

Monday, June 8, 2015

GIFT DARI KELAB DRYPERS DAN DUMEX MAMA CLUB~

ASSALAMUALAIKUM...

4/6/2015 - KHAMIS : tetiba bangun tido nampak posmen singgah umah, kebetulan sangat tau! dah boleh agak benda heee.tadaaa, beg dari kelab drypers. comeyyy sangat beg ladybird ni wehhhhh!



umarfaiq pulak nampak je beg tu terus bunyi WOWWW! ewahhh! pastuuu terus galas, pi kat pintu

"mi, bukak pintu ni, umar nak pi skolah ni..."

"mi, ambek kasut umar, umar nak pi skolah ni..."

pastu lari mai kat umi pulak 

"mi, peluk...umar nak pi skolah sat"


ewahhhhhhhhhhhhhhhhh! teruja sungguh dia. dah tu hari2 la mengamuk nak pi skolah. jenuh! dah malam pon suruh umi bukak pintu nak pi skolah. nangesssssssss~


umi pon sukaaa sangat dgn beg ni. even umarfaiq ada beg lain, tapi beg ni simple dan cute. cukup utk isi brg basic pampers/baju/sabun in case nak 'pos' umarfaiq ke mana2 hikhik

5/6/2015 - JUMAAT : mak call ada parcel sampai. aku syak susu sample la sbb hari tu depa call tanya alamat betul ke tak. aku suruh tukaq ke alamat mak, kot2 la lambat lagi nak sampai kan kang beranak duduk umah mak. tup2 dah sampai.


aku ingat susu sample kecik2 mcm slalu tu. rupanya sekotak weyhhh! melompat gembira. tapi kan dah hujung pregnancy, rasa mcm rugi la kan. bila baca balik info, susu ni sesuai utk ibu mengandung dan menyusu. terus teruja! perasa coklat pulak tu. alhamdulillah. utk lepas beranak nanti dah ada susu :))

7/6/2015 - AHAD : tengah sibuk bersiap nak pi kenduri nampak posmen datang lagi. bila posmen selit 'surat' celah tembok mmg aku tau dah itu bukan surat biasa, tapi ada 'isi' kat dalam sbb tu depa tak letak dlm peti surat, sbb tak muat heee


rupa2nya sample pampers drypers pulak. wahaaa suka suka suka! mmg request sample ni sbb nak try tgk elok ke tak. kalau ok, tak bocor, dan tahan lama/lasak nak proceed utk penggunaan malam umarfaiq. 

so dalam tempoh beberapa hari ni asyik dapat gift, tentulah gembira. terhibur hati seorang ibu mengandung yg sedang menghitung hari. kahkahkah bahagia 


alhamdulillah


Thursday, May 21, 2015

IBU BEKERJA~

ASSALAMUALAIKUM...

Bila berhenti kerja, aku rasa sangat lega dari segi masa. maksudnya bab mengandung / anak ni la. kalau bekerja, nak mintak cuti pegi check perut pon rasa meluat kan? itu belum lagi bab morning sickness / sakit sana sini / warded dll, mesti laaagi rasa serabut. dah la sakit pastu sakit kepala pikir hal keja / bos kan? 

bila ada anak pulak, emergency anak demam nak cuti pon serba salah. itu belum bab pengasuh mintak cuti, kita pon serabut sekali kena cuti. lepas tu cuti rutin check up anak lagi.

bila jadi mak ni kalau bekerja memang itu jela alasan yg sering guna pon. kalau org yg tak faham mesti akan cakap sikit2 guna alasan anak. mcm dia sorang ada anak. anak org lain tak de masalah pon? or what ever la kan. tapi dah tu hakikatnya, nak buat mcmana kan???

kadang2 kalau kita sakit pon sanggup tahan / gagahkan diri pi keja semata2 sayang cuti atau lebih tepat tak nak org pandang serong sebab kerap bercuti, lebih rela simpan cuti utk kes emergency anak. 


bila berhenti kerja ni, aku rasa bersyukur sangat dan aku rasa tindakan aku sangat tepat. sebab, tengoklah sendiri apa dah jadi kan. tahun ni saja dah 2x umarfaiq warded. kau rasa kalau aku masih bekerja, mcmana aku nak hadap bos nak mintak cuti? nak terangkan pasal anak aku? kau rasa berapa hari cuti aku kena korbankan? kau rasa bos / rakan sekerja tak muak dgn alasan kau?

dulu aku selalu pikir, aku keja sektor swasta, so bab cuti ni memang payah sikit la. nak nak pulak bidang architcture ni kan. bukan senang2 kau boleh cuti ikut suka. kena tgh kejar dateline / meeting / submission / presention ke apa ke, kau pulak cuti mengejut, itu sangat menyusahkan org. tak semua org boleh ganti / buat keja kau. nak apply cuti pon tergagap2 inikan pulak nak EL.

pernah dulu aku operate gusi, MC 2minggu. aku ingat bila dpt MC dari spital ni takdela isu, yela dah sah2 aku sakit kan. bukan aku 'beli' MC. tapi rupanya itupon kena perli. peghhh pedas jugak telinga ni. ( tapi aku dapat tau, lepas aku berhenti, org yg perli aku tu pulak sakit dan kena operate. MC lama la jugak. see? lain kali jangan mengata org sobsss )


rupanya aku silap. rupanya dalam sektor kerajaan ni pon bukan senang nak cuti. aku ingat kalau keja kerajaan best la nak cuti. dah la cuti tahunan banyak, kalau MC pon sapa kisah kan? hak masing2, keja masing2. rupanya tak jugak.

aku ambek contoh dari kak long ( kak ipaq aku ) sendiri yg keja dlm bidang kesihatan. dia baru ni kena operate, dapat MC 6minggu. wahhh dengar mcm best kan? tapiii ingat senang ke cuti lama mcm tu? rupanya depa pon ada bos masing2 yg perangai masing2 tak semua sama. even keja under kementerian kesihatan sekalipon, masih ada 'bos' yg pertikai bab cuti / kesihatan pekerja. perghhh kejam kan?

rupanya kakitangan kerajaan yg lain pon sama. even dpt MC dari kerajaan pon tetap ada masalah. pendek kata, tak semua org suka kalau kita bercuti kehkehkeh! even MC dari kerajaan, even sah2 kita sakit, tetap ada masalah dari persekitaran kerja.

sbb tu aku bersyukur sangat bila tak bekerja ni. sekurang2nya anak aku sakit di saat aku takdak komitmen kerja. masa aku lapang, anytime ja aku boleh 'guna' utk anak dgn AMAN tanpa pikir hal keja / org lain. anytime kena checkup / cuci luka / emergency, abi boleh harapkan aku. 


tapi itu tak bermakna abi lepas tangan. kesian abi. anak warded time dia banyak keja. tapi dia tak pernah 'tinggal' kami walau sesaat. dia tetap temankan kami. dia tetap ambek cuti (tapi tak aman sbb masih risaukan keja) bila perlu dan sedaya upaya guna masa yg ada utk kami. even esoknya dia keja, dia tetap temankan kami tido kat spital. balik keja penat2 terus pegi spital, tido atas kerusi ( tak selesa ) esoknya terus pegi keja semula. memanglah aku ada utk jaga anak, aku kan tak keja, tapi abi tetap nak sama2 pikul tanggungjawab ni. mujoq jugak bos abi masih boleh memahami. kalau abi cuti pon, abi akan pastikan lepas tu abi akan siapkan semua keja.

alhamdulillah. 


kepada ibu2 yg bekerja, bertabahlah. demi anak kita, demi keluarga kita, kadang2 kena pekakkan telinga tabahkan hati. mulut org memang takkan berhenti mengata. sebab depa tak ada di tempat kita. depa belum sampai masa merasa apa yg kita rasa. ada ketika, kita perlu lupakan hal sekeliling dan tumpukan pada keutamaan kita, iaitu keluarga kita. :)

moga apa yg kita korbankan mendapat tempat di sisi NYA


Friday, March 20, 2015

IDEA GIFT UNTUK BABY~

ASSALAMUALAIKUM...

biasanya kenduri kawen ni bermusim. contohnya, time cuti sekolah la kan pakat ramai2 nak kawen. korang perasan takkk 9 bulan lepas tu mula la pulakkk musim org beranak? perasan takkk??? hahaha

aku perasan. sebab tetiba ja kawan2 aku pakat beranak. haaa jenuh nak siap duit la kan bagi gift untuk baby. aku ni jenis kalau org mai melawat anak aku, inshaallah aku akan melawat anak diorang pulak. bila mai beranak serentak ni, siap laaa haha.

selalu kalau pegi ziarah baby korang bagi apa? nak senang, bagi duit la kan? mai aku share apa yg boleh dijadikan gift bila ziarah org bersalin. sebenarnya ni gift2 yg aku dapat masa bersalinkan umarfaiq dulu. saja share kat sini, kot2 boleh bagi idea kan? :)


HAMPER : yang ni dari mummieh erin, maklong ina dan maklong paklong :)
umi sukaaa hamper sbb cantik pastu sayang nak buka huahuahua. mujoq anak umi ni pesen saiz kecik, so dah habes pantang baru bukak hamper pon masih boleh pakai la baju2 dalam tu.baju mummieh bagi tu setahun lebihhh baru boleh pakai dan masih dipakai sampai sekarang. yg best semua hamper ni jenama lain2, so bestla boleh try set sabun yg berlainan. mujoq jugak anak umi jenis kulit elok pakai brand apa pon boleh. setahun lebih jugak baru umi start beli barang mandian umarfaiq sbb dok pakai yg org bagi ja :)


GIFT SET : dari kawan2 umi belaka. gift set berupa set pakaian baby. yg last tu romper set beserta stokin. romper2 tu saiz 6m dan sampai sekarang masih boleh pakai. tapi stokin tuuu lepas pantang dah tak boleh pakai sbb umar faiq ni jenis kaki panjang hoho. 


BAJU : dari kawan2 umi dan jiran2. yg set hijau tu katanya sebab tahuuu umi suka hijau sbb dok baca blog umi. auwww tak sangka kawan sekolah baca blog. maluuu iols. set purple tu sah2 laaa dari bonda lina. gigih jugak cari purple haa, dah la tak byk choice utk baby boy huhu.


romper dari mommy hajar, LITTLE BRO tu refers to umarfaiq. kengkonon from big bro Raees, anak mommy hehe. palinggg best, kemeja tu haa dari makngah ila. kata makngah stylo macho habes. choiii makngah! tapi mmg best kemeja ni sbb material elok, saiz kecikkk comel elok pakai raya haha!


KASUT : yg hijau tu kasut yg jenis benang kait tu, dari kawan umi jugak ibu si kakak amni. ibu amni kait sendiri tau! pon kengkonon sbb umi suka hijau, nahhh hijau kuning dia bagi. boleh pakai pi stadium kehkehkeh! yg atas tu bukan kasut tapi stokin dgn romper yg super cute, dari kawan umi (mama lufya) 


PLAYGYM : yang ni dari kinah. teruja melompat umi dapat benda ni hahahahahaha! selain baju, sesuai sangat bagi benda ni. kalau tak mampu bagi sorang, boleh share dgn kawan2 kan? sbb baby mcm wajib jeee kena ada benda ni hehehe


STORAGE BOTTLE : ok, selain gift utk baby kita jugak boleh bagi gift utk si emak yg penat melahirkan tau. kesiannn umi beranak teruk2 tapi anak yg dapat mcm2, jeles okkayyy hahaha! mcm naimah ni dia bagi storage bottles kat umi sbb susu umi banyak. ok la kan sangat berguna utk umi tu. yg satu lagi tu set sapu tangan yg sangat lembut kainnya. mmg lepas ni kalau beli saputangan utk anak umi akan beli brand ni. unik jugak kan bagi sapu tangan? sbb mmg sangat berguna pon :)


BEG : lagi keperluan sang umi, beg baby. sangat teruja dapat beg ni, dah la cantik berbalut. yg ni dari fahida si ibu haziq. memang berguna sampai sangat2, senang asingkan beg dia.


BAKUL : yang ni pulak dari ani, ibu hakimi. lain dari yg lain kan? best sangattt dapat bakul ni. function sama mcm beg baby jugak tapi umi lebih suka letak barang2 besar seperti selimut, napkin, pampers, botol2. perasan tak kaler hijau tu? hehehe



PAMPERS : kalau pening sangat nak bagi apa, haaa nah bagi pampers senang! kompom berguna hehehe. kalau takut nak bagi saiz newborn, bagi je saiz S or takpon M pon takpe. sbb baby kan cepat besaq. tapi mcm umar faiq saiz newborn ni berbulan jugak la guna. semua ni dari makcik si mama uwais tu. terung tu dari cameron, comellll sangat. agak besar utk umarfaiq peluk tapi dia suka tengok mata terung tu haha. dan jugak ada sepasang baju di situ. duit pon makcik bagi. haaa kalau dah nama mak menakan memang gitu laaa semua benda nak bagi heee

itu yang org bagi kat umi la. ni sebahagian je, ada lagi yg tak sempat nak snap. ada yg bagi duit, ada yg bagi hadiah pon bagi duit lagi. alhamdulillah. pendek kata umi dapat hadiah yg PELBAGAI. yg kadang umi tak terpikir pon org akan bagi. selalu umi pi tengok baby bagi duit/baju/hamper je hehe. dan yg paaaling best rezeki umarfaiq bukan setakat masa dalam pantang. lepas pantang, dan sampai sekarang masih org bagi hadiah macam2 walaupun bukan besday. syukur alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. maklum laaa apa2 yg org bagi kat anak, umi yg syok lebih selalunya :)


so bila dah ada pengalaman org bagi kat kita, kita pon mula la pandai nak pelbagaikan hadiah kat org pulak hehe. yg ni antara yg umi bagi kat org. set toys tu umi paling berkenan sbb cantik dok dlm kotak, umi tambah reben je acah2 comel haha. kenapa bagi toys? sbb kadang2 umi ni nawaitu nak pegi melawat tu ada, tapi peluang tu takda. kadang dah berbulan2 tak melawat lagi. kalau beli baju, kang tak muat la kan? so paling selamat bagi toys. lagipon baby kalau dan lebih 3m kan dah mula nak pegang2, ok apa bagi toys ni huhu. lagipon toys ada banyak takpeee baby tak boring, sama mcm baju. lagipon toys sesuai utk baby boy or gurl, takde diskriminasi jantina :)


kalau yg utk baby dekat2, boleh la umi bagi baju. tambah2 kalau baby girl, lagi suka bagi baju. baju baby girl kan comel2 belaka. tapiiii kawan2 umi tak ramai yg baby girl huhu. kurang koleksi awek umarfaiq hewhewhew


Friday, January 23, 2015

REZEKI - SUSU FREE LAGI LAGI

ASSALAMUALAIKUM...

rabu lepas, saja la umi nak mop lantai. alang2 dah nak mop tu baik la mop satu umah kan. bagi anak main dalam bilik ayaq sbb dia berry banyak. so lepas cuci berry dia bagi dia main mainan dalam bilik ayaq. dan umi pon mop la satu umah laju2 sebelum dia keluaq.

elok sudah mop, tetiba posmen hon. ehhh kenal dah posmen tu. tapiiiiii takkan gift lagi kot??? dah la lantai licin, umi kelam kabut sarung jubah (sbb masih pakai baju tidur) cari tudung bagai, cari kunci umah. pastu ambek towel anak cecepat dukung dia. jalan pelan2 prgi bukak pintu. yela lantai licin kan. dah tu kalau tinggal anak dalam bilik ayaq kang dia keluaq cari umi terlentang pulak. lama abg posmen tu tunggu wuuu sory.



kelam kabut umi jadinya haa. bukan apa, kalau anak terlentang pon sakit, kalau umi terlentang, hospital la jawabnya. nauzubillah...

dah dapat parcel, nebes la kan apebena lagi la depa nak bagi ni. bila bukak terkejut ya amat, sekotak susu DUMEX MAMIL LEARNING 600g uolls! besaq tu oi! dah la susu ni antara fevret umarfaiq (sbb penah try sample). 


dan memang ptg tu niat nak ajak abi pi kedai beli susu umarfaiq sbb sample friso tu dah nak abes pon. tup tup Allah kirim susu ni, bukan ke rezeki namanya tu? stok sebulan cukup kot inshaallah. yg penting jimat dah duit abi. 

see, sapa kata surirumah tak boleh bantu suami??? macam2 cara boleh buat, mcm2 bentuk bantuan kita boleh bagi sebenarnya tau :))

tq DUMEX!

Wednesday, January 21, 2015

SUSU FREE LAGI!

ASSALAMUALAIKUM...

hari tu dah cerita pasal dapat gift dari dumex mama club kan? Act hari sebelum tu masa pi umah mak ada parcel utk umi. Ntah bila sampai mak tak kabo la pulak.

Rupanya sample susu friso mum, susu utk ibu mengandung. Hewhewhew. Ada 3 paket semuanya. Suka laaa umi dapat susu baru.


Pastu ptg kemarin masa blk umah tgk abi dah balik. Dan ada parcel mcm gift atas moto abi. Ingatkan ole2 dari bos abi ke apa sbb dia baru balik oversea. Bila pi dekat tengok ada logo dumex. Yeayyy ada gift lagi ke?

tak sabaq haaa masuk bukak. Padahal dok kalut nak masak nasi kat abi hewhew. Rupa2nya sample susu dari dumex pulak. Pon sama, susu utk ibu mengandung jugak. Ada 5 paket haaa. Gila tak happy.


So umi cakap kat abi untung tau dia dapat bini mcm umi yg suka benda free. Preknen kali ni mcm tak payah beli susu dah. Cukup la tu sample2 yg ada. Umi bkn minum susu setiap hari pon hahaha :p

Bestnya lahaiii kalau hari2 posmen mai hantaq hadiah mcm ni kan? Ini tak, bukak peti ja surat bank la bil itu ini la. Stresss mak nox!

Wednesday, January 14, 2015

GIFT DARI DUMEX MAMA CLUB~

ASSALAMUALAIKUM...

tengahari kemarin masa tgh dok suapkan anak makan, tetiba dgr org hon. aku cam brader tu, dia org courier. tapiii yg peliknya aku takde shopping on9 pon. di tangan dia ada bungkusan, sah ada parcel utk aku ni.

tapi aku tak memerlukan masa yg lama utk berfikir sbb aku dah blh agak sapa pengirim yg sweet mweet ni. dulu masa susu friso gold free pon brader ni la yg hantaq. so aku syak ni mesti ada gift lagi ni! cuma aku tak bolh agak lah benda apa. dah la takde notification apa pon.

lepas sign semua lelaju aku masuk umah, tak sabaq nak tgk menatang apa laaa yg aku dapat ni haa. pegang rasa lembut2 gebu2 gituuu. anak pon kalut je diaaa tgk umi eksaited.

bila bukak, tadaaaaa! tau tak ape benda ni?


foldable pillow blanket :)

maksudnya selimut, tapi boleh lipat jadi bantal


kemainlahhh teruja umi dapat benda ni! si anak pon sebok la nak jugak. dok gaduh 2 org, "umi punya!" dia pun jawab "nyaaa...nyaaa" sambil peluk blanket tu. maksudnya dia punya. coihhh


ya ampunnn gebu oke selimut ni. jadi bantal pon sodap. abg umarfaiq jgn nak berebut dgn umi sangat. awak tu bukan suka selimut pon. kita simpan utk adik ye? biasanya umi buat lapik kalau blanket gebus mcm ni, samada lapik tilam or lapik stroller or car seat :)


tengkiuuu dumex mama club! jangan tanya mcmana aku boleh dapat. aku pon tak tau. mcmana aku jadi ahli club pon tak tau. bahahaha!

tapi yg pasti iols suka barang free!




Thursday, December 11, 2014

SUSU FREE~

ASSALAMUALAIKUM...

utk susu formula umarfaiq, setakat ni takde susu official lagi. Sebab umi start bagi fm guna susu2 sampel je wakakaka. Umi ni kalau bab sampel cukup suka haaa.

Dulu penah shopping kat manjaku ada susu sampel, semua umi ambek termasuk susu utk ibu mengandung padahal tak mengandung pon. Dah kata suka sampel gitu la. Pastu dapat susu sampel dari s26. Masa org s26 call tu sebenarnya umarfaiq masih fully bf. Dia cakap nti bila dah ready nak bg fm call depa utk dapatkan sampel. Umi cakap takpe bagi je sekarang huahuahua. Dapat 3-4 paket ntah. Then masa besday umarfaiq dapat lagi gift dari s26 beserta sampel susu.


Baru2 ni dapat sms dari friso gold pulak soh tebus hadiah besday berupa susu friso 2x350g. vahvahvah. Sms dpt dah lama tapi on closing date baru umi terhegeh2 redeem. Mujoq sempat. Berbunga2 hati bila abg posmen call cakap nak hantaq barang. Nah sekotak susu haaa.

Kelebihan rajin collect susu2 sampel ni, kita boleh tengok susu mana yg anak kita suka. Umi ada anmum, s26, dugro & friso so dlm byk2 ni boleh nilai mana yg umarfaiq lebih suka. Setakat ni memang umi tak pernah lagi beli sendiri susu formula hehe save dah bajet abi. Gitulahhh isteri cerdik yg solehah hikhikhik *panggggg*


selain susu anak, susu umi pon tak kurang hebatnyaaa. Masa kutip susu2 anak tu umi buat2 tanya susu utk ibu mengandung takde ke. Budak cashier tu pon bagi la haa sampel anmum materna mango. Mmg dah lama teringin nak rasa yg mango ni haaa. Tanya dgn penuh yakin padahal tak preknen pon. Gitu emosi tu penting utk membentuk keyakinan.

Dan baru2 ni redeem lagi anmum materna mango via internet. Nah berpaket2 anmum hantar. Suka suka suka!

:)

Tuesday, December 9, 2014

SUSU IBU vs SUSU FORMULA

ASSALAMUALAIKUM...

isu ni memang femes sesangat. Aku sebagai umi, kadang bosan dgn gelagat sahabat2 yg suka timbulkan isu ni. Come on lah, kita sama2 kaum ibu sama2 ada anak. Mesti kita tau perasaan masing2 ye dak.

Pada aku, takde beza pon bf or fm. Yesss memang susu ibu adalah susu terbaik kat dunia ni. Tapi tak bermakna anak kau minum susu ibu confirm bijak pandai boleh jadi profesor, anak dia minum fm nanti jadi kuli. Kau faham dak maksud aku?

Kebanyakan yg menjengkelkan aku ni (sorry to say) mak2 yg berjaya bagi susu ibu la. Tak salah nak berkongsi (kalau benda tu bermanfaat) kat satu dunia pasal hang punya bf tu. Tapi kalau dah KERAP sangat hang dok post, lama2 org pon raya annoyed. Aku pon PERNAH post pasal susu ibu ni tapi bukan KERAP. so sila faham beza dua benda tu naaa.

Kalau hg rasa benda tu tak membantu org lain pon, rasanya baik hg tak payah post kerap2. faham tak kerap2? Hg ingat org nak sangat baca pasal hg punya journey yg tak berfaedah tu? I mean, hari ni dpt brapa oz, hari ni nanges susu drop, esok susu meriah, lusa bengkak susu, tulat stress susu tak keluar. Kalau post tu berfaedah, contoh susu hg meriah so hg kongsi makan supplemen apa. Aku boleh consider lagi la. Ni setakat buat status dok cerita pasal susu hg, better hg simpan. Sebab fb tu TERLALU umum bagi aku. Lainlah kalau friendlist hg cuma 25org dan semua PEREMPUAN, aku tak kesah sangat la hg nak cerita pasal susu.

Bagi aku, blog dgn instagram agak privacy utk berkongsi. Sbb ig aku dah tapis followers. Blog, memang tempat org cari info so tak salah nak berkongsi di situ selagi tak melampaui batas la kan. Ni kalau dok pos kat fb cerita pasal susu kita, ishhh malu lah! pada kita mungkin rasa biasa, tapi bayangkan yg baca tu mungkin sepupu kita yg berusia 10tahun or sahabat lelaki kita yg belum berkahwin or cikgu/pensyarah lelaki yg dah berusia. Apa rasanya?

Yes memang kita bangga dapat bagi susu ibu kat anak kita tapi biarlah kena dgn caranya. Jangan mendabik dada, itu rezeki dari Allah buat anak kita. Bersyukurlah kita terpilih utk dapat. Bukan syarat utk kita berlagak dgn kawan2 lain.

Umarfaiq sampai sekarang masih ada susu utk dia. Tapi rasanya ramai kawan2 aku yg TAK TAHU akan hal itu. Sebab pada aku tak perlu berbangga pon. Melainkan kalau ada yg mintak tips, ok aku share. Dan kdg2 aku pm/wassap je sbb pada aku benda2 melibatkan payudara ni tak perlu nak open sangat. Haaa ambek keluaq dah bahasa aku.

Sorry, ni pendapat PERIBADI aku.

Dan utk yg terpaksa bagi fm pulak, tak payah buat teruk nak stress bagai. I mean, stress mmg la stress. Tapi tak payah nak emo nak bebai sampai gaduh2. Kita sebagai ibu, kita tahu kita dah usaha yg terbaik kan. Makan supplemen, makan benda yg blh banyakkan susu, power pumping, tapi kalau dah takdak nak buat mcmana kan? Bukan berdosa pon bagi susu formula.

Kalau 'terasa' dgn mak2 yg berjaya bf ni, istighfar bebanyak. Ingat yg bagi fm tu tak berdosa pon. Bukan susu tu yg menjamin akhlak anak2 kita. Kita sama2 mahu yg terbaik buat anak, tapi kalau kita sendiri 'terlibat' dgn isu remeh mcm ni, berbaloi ke?

Wednesday, June 18, 2014

CERITA GAJI

ASSALAMUALAIKUM...

koranggg kalo dapat gaji apa perkara PERTAMA yg korang akan buat? Sesetengah org akan makan 'besar', bayar bil, bayar hutang, shopping, dan mcm2 la setahu aku.

Aku sebagai wanita, yes memang shopping la benda pertama yg aku akan buat! Dulu masa belum kawen, dapat je gaji terus serbu mall. Kadang2 kalo xde org nak temankan pon sanggup pegi shopping sorang2. Bila dah bertunang, mula berubah sikit. Shopping tetap shopping, tapi kali ni lebih kpd barang nak kawen la.

Bila dah kawen, xdan nak enjoy berlebih2an dah mengandung pulak. So bila dapat gaji ja terujaaa sgt beli brg baby!!! kiranya sejak mengandung lagi, perkara pertama yg aku akan buat bila dpt gaji adalah SERBU KEDAI BABY!


Bila dah dpt anak, rupa2nya keterujaan tu makin menjadi2. Sebelum gaji lagi dah belek2 gugel, cari apa yg nak kena beli bulan ni. Takdak benda nak beli pon, kena jugak cari bagi ada bahaha! Nak pulak aku baru 'berkenalan' dgn Apple Baby House, mmg lagi sakan la keterujaan tu. Dapat ja gaji hari tu, mesti terus msg abi kata balik lambat. Sbb nak terjah ABH dulu. Duduk situ mau berjam blh habes. Setiap kali pi mesti pusing sampai habes. Capai ja apa benda yg ada. Kdg2 xtau nak beli apa pon tetap pusing2 cari apa yg blh dibeli. Sampai tak sedar kdg dah malam masih dok terpacak kat kedai tu wuuu.


Kalo hari dpt gaji mmg lps isyak la baru sampai umah. Kesian anak umi balik lambat. Tapi xpe kan nak sbb umi bawak hadiah utk awak hekhekhek. Kdg tu 2-3 hari jugak la dok pi ABH tu, selagi gaji tak luak. Gitu perangai mak2. sejak ada anak ni mmg tak peduli langsung nak shopping brg umi. Sampai tak perasan kasut & handbag umi dah mcm belacan -_-

Gaji aku mmg takde guna utk bayar pape. Gaji aku mmg 100% utk kegunaan aku. Duit mengasuh anak pon abi yg bayaq. Siap bagi lagi duit belanja utk aku. Sbb tu masa nak berhenti keja dulu abi tak ragu2 sgt. Yela aku keja ke tak keja sama je, dia yg tanggung semuanya haha. Dan sbb tu la aku blh berhenti keja sesuka hati ja. Cumaaa yg aku perlu risaukan hal shopping la. No gaji no shopping.



Shopping utk aku tak perlu la nak risau sgt. Shopping utk si kacak junior tu ja la yg aku perlu risaukan. Risau bkn sbb apa, tapi sbb dah hilang nikmat membeli utk anak. Percayalah wey shopping brg anak ni 10x nikmat dari shopping brg sendiri tau!

Tapi syukur alhamdulillah. Even aku dah tak keja, setiap bulan masih boleh shopping brg anak. Abi pon mcm paham ja, bila dpt gaji ja mmg bawak umi pi manjaku. Dah duduk sp, nak shopping brg anak kat manjaku la best. Masih blh beli something utk anak. Cuma bezanya, xdela aku suka2 nak capai itu ini. Apa yg aku nak ambek aku akan tanya abi dulu ok ke tak. Dan aku pon beringat sama la, takdela nak boros sesuka hati. Kata isteri mithali kannn!

Terima kasih abi sebab masih meneruskan legasi umi sampai sekarang. Bahagia sgt setiap kali abi bagi shopping barang anak wahahaha!


Dan aku pon pantang ada duit ja mesti nak beli something utk anak. Selalunya beli baju la sbb dia dah makin membesar. Kadang duit belanja yg abi bagi utk aku pon aku guna utk beli baju anak. Pantang keluaq mesti nak beli utk dia, tambah2 kalo dating dgn dia. Suka sgt bg 'hadiah' kat dia sbb dia baik sgt. Gituuu kesanggupan seorang umi. Taktaulah kenapa mmg asyik rasa nak beli untuk anak ja, padahal diri sendiri pon rasa mcm ada keperluan tapi ketepikan dulu keperluan sendiri.

Anak, umi abi sayang awak bukanlah diukur melalui material. Kecik2 mungkin kami mampu manjakan awak dgn cara mcm ni. Nanti dah besaq lain pulak caranya. Cuma awak kena faham, kasih sayang bukan diukur dgn material. Gituuuuuuuu

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...