CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 7, 2014

MALAM RAYA

ASSALAMUALAIKUM...

Malam terakhir puasa, tetiba aku pitam. Mula2 rasa pening sikit2. Makin lama makin teruk. Keja rumah banyak nak kena setel. Dok golek2 atas tilam tetiba perasan abi hilang. Lama. Mula la rasa sedih. Sampai hati abi tinggal aku tym aku sakit :(

So gagahkan diri utk bangkit cari abi. Sungguh nak bangun pon seksa. Rupa2nya abi tgh kemas umah. Dari a-z semua abi buat. Cepat dan sangat kemas! ya Allah, syukur sangat ada abi yg mabelesss mcm ni. Bayangkan sebelum tido tadi dok serabut pikir keja umah banyak tapi tak mampu buat, tetiba bangun tido tgk semua setel. Awesome sgt feeling tu!

abi suruh aku tido sementara dia sudahkan keja. Tapi aku sakit sampai x boleh lena. Sampai la tiba waktu sahur, aku makan bihun sup ja. Itupon pesan kat bangpit soh tapau semalam. Rasa mcm nak makan sup ja, x lalu nasi. Abi pulak, dah setel kemas umah dia keluaq pi tapau makanan. Konon utk hari terakhir ni nak sahur hebat2 la kan. Sekali banyak kedai tutup. Nasi kandaq pon jenuh beratoq. Naseb laaaa. Abi balik pon ngam2 ja dan makan nasi sebelum masuk subuh.

Lepas subuh kat masjid abi terus tido. Tapi aku tak. Aku mandi solat dan tolong sidai baju berbakul2 yg abi dah basuh. Gagahkan diri sidai awal2, satg bangun tido dah kering. Lagipon kalo aku x sidai nanti abi yg sidai. Kesian la dia...

Dalam pkl9++ baru aku join hero2 tido. Bangun tido tengahari dah mula start basuh umah. Pening aku dah kurang so gagahkan diri tolong abi sikit2. Tapi itulah, aku buat keja sikit, baring. Sbb btl2 x larat. Last skali basuh SEMUA barang2 dapur. Fuhhh!

memang kelam kabut. Telefon abi berdering berpuluh kali. Semua family pakat call tanya bila nak balik. Agal stress kami dibuatnya huuuuu. Hampir pukul5 baru setel semua termasuk kemas barang nak balik beraya. Balik raya merbok ja pon tapi beg macam nak pi pahang abi kata haha.



Singgah umah mak abah dulu utk beraya. Solat asar pon kat sana sbb kalut. Singgah sat ja. Sebelum bertolak salam2 dgn family makngah ila dia dulu. Sambil2 odw balik tu singgah umah maktam, yati & fahida utk cod cookies pulak. Memang bizi dan penat sgt rasa. Benda kecik ja tapi rasa mcm kalut. Huhu

Sampai merbok lbh krg pkl7++ gitu. Yg ada dikdam & kak ana. Yg lain gilir umah metua msg2. Buka puasa terakhir tahun ni di merbok. Di merbok mcm besa la berbuka makan kuih dulu. Lps solat baru mkn nasi. Tapi aku rasa mcm lapaq sgt2 dah, trs ja mkn nasi.

Rasa sayu mengenangkan ramadhan dah berakhir...cepat sungguh masa berlalu...sedih sgt rasa bila ramadhan berakhir...ya Allah temukanlah kami dgn ramadhan lagi........

Lepas berbuka solat maghrib berjemaah dgn ahli keluarga. Lps solat kami bertakbir raya. Masa ni sekali lagi aku sebak. Ngaderrr kau jusiza! kawen dgn org dekat pon nak sebak bagai bahahaha! takdela, alunan takbir raya tu benar2 buat hati aku sayu. Teringat yg aku kini dah besar, dah kawen dah ada keluarga sendiri. Betapa cepat masa berlalu. Dulu sentiasa bersama mak, sekarang raya dah ada giliran utk kampung suami. Haih mujoqla kawen dgn org dekat. Kalo kawen dgn org johor ke pahang ke mau banjir sepanjang highway tu dgn airmata aku!

malam raya takde aktiviti apa sgt di rumah metua. Takde nak pasang2 langsir ke apa. Semua pakat layan karenah robot kecik sorang tu jela. Semua benda dia nk mkn. Satu2 balang kuih raya dia angkut suruh buka. Aku cuma iron baju. Selebihnya pakat sembang/tgk tv ja. Tapi tgh mlm aku lapaq pulak. Besalaaa perut manja jusiza tuuu. Lapaq burger. Mana nak cari raya2 ni khennnnn! last2 beli megi grg balik masak. Nikmattt mkn megi tgh2 mlm bahaha.

No comments:

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...