kemarin ada 2 kuliah maghrib. Abi bagi pilihan nak pi ustaz kassim or ustaz shamsuri. Aku pilih ustaz shamsuri sbb ustaz kassim biasa 2 kali seminggu, kat masjid pon dia ada lagi, kat merbok pon ada.
So sebelum maghrib dah sesiap, lepas solat terus keluaq. Hujan, jalan pon agak sesak. Sampai masjid padang temusu, ustaz tak mai pulak. Patah balik ke surau taman sri wang pulak, ustaz kassim. Rugi minyak tu takpela, rugi masa tu yg rugi. Dah ketinggalan separuh kuliah ustaz kassim huuu
Ustaz baca bab solat duduk pulak kali ni. Ringkasannya :
duduk macamana gaya pon SAH.
Cuma duduk yg tak sepatutnya mcm melunjur kaki ka, angkat lutut ka, tak kira apa gaya pon, SAH cuma MAKRUH. yg tak makruh bila kita memang uzur, maksudnya memang kaki tak boleh gerak ke tak boleh bengkok ke apa.
Duduk paling AFDHAL, duduk iftiraj (sungguh tak ingat sebutan betoi ka dak ni) iaitu duduk mcm tahiyat awal/duduk antara dua sujud - kaki kanan dipacakkan, kaki kiri dilipat.
Tu je utk kali ni hekhek. Nama pon pi lewat. Ustaz ada tunjuk demo dan terangkan setiap nama bagi duduk2 tertentu. Amazing ok. Tapi aku tak ingat semua la. Aku ada ambek gambar tapi guna fon ja so tak berapa cun so takmau upload heee.






1 comment:
Oo baru tau duduk yg paling afdal tu. tenkiuuuu
Post a Comment