ASSALAMUALAIKUM...
Saja nak kongsi, tentang amalan membaca surah al-mulk dan al-mathurat
mulakan dgn al-mulk, secara ringkasnya diketahui dgn mengamalkan membaca surah al-mulk sebelum tidur dapat menghindarkan kita dari seksa kubur. subhanallah.
tahu kan macamana azabnya seksaan di alam barzakh sana? sapa yg boleh tolong kita? suami/isteri tercinta? ibu bapa yg kasihkan anaknya? kawan karib yg setia? TIDAK! hanya amalan kita yg dapat menolong kita di sana nanti.
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
satu lagi amalan yg sering kita terlepas pandang adalah al-mathurat. tapiii jika kita tahu akan kelebihan mengamalkannya, pasti kita akan berlumba2 mengamalkannya. tak percaya? nanti masa baca, bacalah maksud/terjemahan sekali. pasti rasa sebak. sebab al-mathurat umpama doa lengkap yg kita minta dari Allah, agar dilindungi siang dan malam.
waktu bacaan al-mathurat : selepas subuh / selepas asar / sebelum maghrib
Kelebihan mengamalkan Surah Al-Mathurat :
- Tidak dihampiri syaitan
- Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
- Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
- Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
- Selamat dari segala sesuatu.
- Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
- Allah berhak untuk meredainya
- Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
- Terhindar daripada syirik.
- Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
- Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
- Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
- Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
- Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
***sumber google
biasala kan bukan senang kita nak amalkan kan? selalu terlepas. tips dari aku yg boleh dicuba ialah mula2 kita cuba buat dulu. take a first step. buat dulu sehari. kemudian pelan2 kita cuba amalkan. ada masa lapang cuba buat. bila kita dah rasa 'lazat' beramal, kita akan curi masa jugak utk buat. lama2 inshaallah kita akan cuba sedaya upaya utk istiqamah. sampai kita akan rasa tak lengkap hidup kita sehari tanpa mengamalkannya. inshaallah. laman sosial berjam2 kita boleh hadap, takkan saham akhirat 5minit takde masa ye dak?
inshaallah kita sama2 cuba buat yg terbaik :)







3 comments:
betul...saham dunia banyak masa tak kn saham akhirattak dk.. peringatan utk diri seniri..tQ jue share ilmu !!
btl...sbb tu k.zai amalkn baca surah2 harian.mmg sejak dok asrama kt Irshad lg amal surah2 harian...
Al-Mulk, Al-Rahman, Yassin, Al-Rahman...
Al-Mathurat dh lama x baca.Last masa dok hostel tu je la tetiap hari
ok noted!!
lepas ni insyaallah blh amal
Post a Comment