CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label KULIAH. Show all posts
Showing posts with label KULIAH. Show all posts

Thursday, December 18, 2014

AL-MULK & AL-MATHURAT

ASSALAMUALAIKUM...



Saja nak kongsi, tentang amalan membaca surah al-mulk dan al-mathurat


mulakan dgn al-mulk, secara ringkasnya diketahui dgn mengamalkan membaca surah al-mulk sebelum tidur dapat menghindarkan kita dari seksa kubur. subhanallah.

tahu kan macamana azabnya seksaan di alam barzakh sana? sapa yg boleh tolong kita? suami/isteri tercinta? ibu bapa yg kasihkan anaknya? kawan karib yg setia? TIDAK! hanya amalan kita yg dapat menolong kita di sana nanti.


Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”




Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

***sumber google


satu lagi amalan yg sering kita terlepas pandang adalah al-mathurat. tapiii jika kita tahu akan kelebihan mengamalkannya, pasti kita akan berlumba2 mengamalkannya. tak percaya? nanti masa baca, bacalah maksud/terjemahan sekali. pasti rasa sebak. sebab al-mathurat umpama doa lengkap yg kita minta dari Allah, agar dilindungi siang dan malam.

waktu bacaan al-mathurat : selepas subuh / selepas asar / sebelum maghrib


Kelebihan mengamalkan Surah Al-Mathurat :
  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah berhak untuk meredainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
***sumber google


biasala kan bukan senang kita nak amalkan kan? selalu terlepas. tips dari aku yg boleh dicuba ialah mula2 kita cuba buat dulu. take a first step. buat dulu sehari. kemudian pelan2 kita cuba amalkan. ada masa lapang cuba buat. bila kita dah rasa 'lazat' beramal, kita akan curi masa jugak utk buat. lama2 inshaallah kita akan cuba sedaya upaya utk istiqamah. sampai kita akan rasa tak lengkap hidup kita sehari tanpa mengamalkannya. inshaallah. laman sosial berjam2 kita boleh hadap, takkan saham akhirat 5minit takde masa ye dak?

inshaallah kita sama2 cuba buat yg terbaik :)

Monday, December 8, 2014

KULIAH - PERINGATAN BUAT SUAMI ISTERI

ASSALAMUALAIKUM...

perkongsian dari kuliah Ustaz Fawwaz Md Jan di Masjid Kg. Raja pada 3 Disember 2014
sekarang ni banyak sangat kes cerai dilaporkan di malaysia. Pulau pinang mencatatkan rekod perceraian tertinggi.

Ustaz bagi pesanan utk suami dan isteri, dan mintak disampaikan pada anak2. Ibu, pesan kat anak2 perempuan. Ayah, pesan kat anak2 lelaki.

Dalam rumahtangga, suami perlu pegang 2 perkara. Isteri perlu pegang 1 perkara. In sha allah, dapat mejaga keharmonian rumahtangga dan mengelakkan perceraian.

Suami - yg pertama, kalau isteri berletiaq ka kata apa2 ka, jgn menjawab. Senyum or cakap ok je. Jangan sekali2 menjawab. Mungkin sbb nak elak pertelingkahan.

Yg kedua, jangan sekali kali sebut perkataan CERAI. Jangan sebut. Sebab kalau besa dok sebut nanti tak boleh silap sikit nak sebut. So jadikan perkataan CERAI tu sbg haram utk disebut.

Isteri - satu ja yg isteri kena buat. Apa yg suami suruh, buat ja jangan banyak bunyi. Contoh pukul3 pagi suami suruh buat teh ais, buat ja. Jangan berleter jgn bersungut.

Mungkin sbb nak elak pertelingkahan jgk. Sbb bila kita dah biasa bertelingkah dlm rumahtangga, nanti benda tu jadi amalan. Lama2 kedua2 hilang hormat antara satu sama lain. Ni pendapat aku la.
Sekian, moga bermanfaat dan selamat beramal

Wednesday, August 27, 2014

KULIAH - SOLAT DUDUK

ASSALAMUALAIKUM...

kemarin ada 2 kuliah maghrib. Abi bagi pilihan nak pi ustaz kassim or ustaz shamsuri. Aku pilih ustaz shamsuri sbb ustaz kassim biasa 2 kali seminggu, kat masjid pon dia ada lagi, kat merbok pon ada.

So sebelum maghrib dah sesiap, lepas solat terus keluaq. Hujan, jalan pon agak sesak. Sampai masjid padang temusu, ustaz tak mai pulak. Patah balik ke surau taman sri wang pulak, ustaz kassim. Rugi minyak tu takpela, rugi masa tu yg rugi. Dah ketinggalan separuh kuliah ustaz kassim huuu

Ustaz baca bab solat duduk pulak kali ni. Ringkasannya :

duduk macamana gaya pon SAH. 


Cuma duduk yg tak sepatutnya mcm melunjur kaki ka, angkat lutut ka, tak kira apa gaya pon, SAH cuma MAKRUH. yg tak makruh bila kita memang uzur, maksudnya memang kaki tak boleh gerak ke tak boleh bengkok ke apa.


Duduk paling AFDHAL, duduk iftiraj (sungguh tak ingat sebutan betoi ka dak ni) iaitu duduk mcm tahiyat awal/duduk antara dua sujud - kaki kanan dipacakkan, kaki kiri dilipat.

Tu je utk kali ni hekhek. Nama pon pi lewat. Ustaz ada tunjuk demo dan terangkan setiap nama bagi duduk2 tertentu. Amazing ok. Tapi aku tak ingat semua la. Aku ada ambek gambar tapi guna fon ja so tak berapa cun so takmau upload heee.

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...