CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 19, 2014

MENGESAN KEHADIRAN SI KECIL DI DALAM RAHIM~

ASSALAMUALAIKUM...

semalam saja la belek2 draft. nahhh tetiba ternampak entry ni. baru prasan yg aku tak update secara rasmi pon pasal mengandungkan umarfaiq dulu. tup2 keluaq entry alahan. diva sangat kau!

nahhhh flashback tahap melampau tentang mcmana kami mengesan kehadiran si kecil ni dalam rahim :)

7 Julai 2012
Masa tu kami kat Pahang, makan kenduri dan hanimun. Gituuu~ mmg dah tau kalo ikut kiraan waktu tu aku ptt period. Tp rancangan nak ke Pahang tu mmg dh lama plan, so xkan nak cancel. Alaaa lgpon perkataan hanimun tu sebenarnya blh membawa maksud mcm2, jgn asyik pikir ituuu je! Tgk tv berdua pon dikira hanimun bg aku tau!
Walaupon tau waktu ni ptutnya aku period, tp aku ttp berdebar2. yela, kalo x period tu tandanya mengandung la ye dok? Amboiii typical sgt pemikiran aku kan. Gedik sgt nak berdebar bagai padahal baru nikah x sampai sebulan, xdak sapa nak tanya pon dah ada isi ke blom, kahkahkahkah! Dan spt yg dijangka, mmg aku period. Sobbsss sedih la konon. Masa bgtau suami tu, bkn bgtau aku period tp bgtau “syg x preknen, wuuuu”. Sgt mengada! Tak sampai sebulan lg nikah oiiiii!

24 Julai 2012
Waja, kereta kesayangan kami hilang. Tp xtaula kenapa, masa keta kami hilang, dlm hati aku terdetik, “ni mesti Allah nak bg rezeki anak kat kami”. Ya, mmg benar itulah yg aku rasa. Aku rasa Allah ‘ambek’ harta dunia kami sbb nak gantikan dgn harta dunia akhirat, iaitu anak. Pada aku Allah nak uji kami sbb kami terlalu byk ‘jln mudah’ sepanjang bertunang, menikah, bulan madu, gaji naik, dll nikmat yg Allah dh bg. Jd pd aku mungkin Allah nk uji kami dulu sblm bg kami nikmat lg. sungguh aku pikir mcm tu, aku sendiri xtau knapa.
Tp aku x suarakan hal ini kat suami. Yela kang dia berharap, tp x betul, frust pulak. Itukan Cuma andaian aku…..
Dan andaian aku tamat di situ. Sjk aku period hari tu mmg kami xde langsung bercakap psl anak dah. Aku pon tak pikir psl anak dah. Bkn maksudnya kami takmau anak, tp x sempat nak sembang bab2 anak ni. Lgpon kami kan PJJ, masa yg kami ada utk luang bersama x byk, bila jumpa pon ada je xtvt bersama famili masing2. jd soal anak sepi seketika~

2 Ogos 2012
Aku blk sp. Masa kami berbuka puasa, tetiba suami tanya aku, bila pttnya aku period. Tersentak aku masa tu! Sbb b4 ni suami penah pm aku masa kami dok chatting, tanya bila aku cuti. Aku yg bendul ni pon ingatkan cuti raya ke apa. Rupa2nya cuti period. Aku pon jawab tanpa syak apa2. dan hari ni suami tanya lg. sungguh aku pelik. Bila aku jawab “patutnya kemarin, takpon hari ni”.

Suami senyum, dan terus cakap “haaa kalo mcm tu syg dh lekat laaaa” (nada suara dan intonasi suami masa tu, sumpah aku xkan lupa sampai bila2). Aku terkejut dgn stetmen suami! X sangka sampai ke situ suami pikir. Sungguh aku berdebar sgt masa tu. Aku menyangkal sekeras2nya. “alaaaa ni blm kira period lewat laa. Mungkin esok lusa mai la period tu. Mmg benda ni x tetap”.

Suami masih tersenyum. “xpela, b nak seronok jgk”. Aku dah susah hati… susah hati sbb tgk suami terlalu teruja. Yela, kalo x btl nanti, aku takut suami frust! Suami siap letak telinga kt perut lg! maka mlm tu Aku slow talk dgn suami… “b, blm tentu syg preknen laaa. Period ni mmg x tetap sgt, tambah2 kita baru kawen. Hormone pon x stabil. Lagipon baru lewat sehari je…b jgnla berharap sgt, nanti b jgk yg frust”…aku bersuara dgn serius.

Suami masih senyum “alaaa x pela b nak seronok suka2 je…kalo x preknen pon xpe, b x kisah pon. Awal lg kan…tp biaqla b nak seronok dulu”. Ah sudah! Mcm angau pon ada laki aku ni. “tp syg takut b yg frust nantiiiiiii”.

Suami pujuk aku, “insyaallah, b x akan frust. Kan b ckp td, b saja je suka2 nak seronok. Kalo ada alhamdulillah, kalo xdak lg b redha je. Syg jgn bimbang, k?”
Fine, aku mengalah. Lgpon aku xtau nak ckp apa lg.


3 Ogos 2012
Ada date berbuka puasa dgn erin & fana. Pada mereka aku luahkan apa yg tjadi. Fana, selaku doctor peribadi yg aku suka2 mengaku, ‘memantau’ tahap kesihatan aku. Mengikut firasat beliau, berdasarkan jawapan kpd soalan2 yg dia lontarkan, kemungkinan aku mengandung. Hahhh lg berdebar2 aku! Tp aku still x bukak mulut kt suami. Yela, benda x sahih lg kan

4 Ogos 2012
Demam makin menjadi2, tp demam ni rasa lain mcm. Aku jd berat kepala dan x blh bangun. Plg teruk, aku pitam. Mujoq suami sempat ‘sambut’ aku. Sepanjang hari mmg aku baring ja.

5 Ogos 2012
Jumpa doktor. Act masa ni doktor dh syak kata preknen, tp doktor xmau test lg sbb period baru lewat 4-5hari. Masih terlalu awal utk detect, takut false –ve je. Tunggu seminggu baru check, sbb masih terlalu awal. Aku faham, sbb fana pon ckp benda yg sama. Cuma aku terpaksa jgk jumpa doktor hari ni sbb xlarat, nak mc. Doktor just bg ubat demam, pening, loya dll.


Nak buat seprais kt suami, mmg xla kan. Ofkos la suami sebok nak tau doktor ckp apa. Dah mmg dr awal dy yg eksaited lbh. Tpaksa jgk bgtau “doktor syak syg preknen, tp msh tlalu awl utk check. so, jgn berharap sgt. Sbb kemungkinan jgk mungkin syg mmg demam/letih/hormon ke apa.”

6 Ogos 2012
Mcm besala kan mesti refer kt dokter fana. Dia pon syak aku preknen, tp jgn terlalu yakin. Tp dlm masa yg sama dia dah nasihatkan spya aku mula jaga pemakanan, jgn angkat benda berat, dan lain2 nasihat yg mmg khusus utk ibu mengandung.


Dan aku yg terlalu eksaited, mula membeli pregnancy test kit. Hajat hati nak beli yg digital tu, konon sgt. Skali kt farmasi area opis aku tu ada 1 jenis ja. Rm6, bedal jelaaa~


Lps bukak posa terusss test! Kemainnnn~ p aku tgk jalur yg kedua mcm kabur. So aku x berharap sgt. Fana suruh wasap gambaq result tu. Dan lg 1, fana tanya “ada tak dia habaq suruh test masa 1st urine in the moning???” wahahaha mana aku tau! Eksaited sgt nak test sampai x baca arahan dah coihhh!!!

7 Ogos 2012
Wasap gambaq kt fana. Tau apa dia ckp??? “weyyy mcm ni mengandung la bengonggggggg!!!” haaaaaaaa mana aku tau!!! Xpenah mengandung kannnn #mh
katanya dia tunjuk kt semua kawan2 dia kt spital, semua kta preknen. ohhhh mana aku nak letak muka? malu la aku dgn dokter2 kt situ. mcmana nak branak kt situ nanti??? (mai tampaq aku sedaih, bajet depa kenai aku, bajet aku fasha sandha/diana danielle, booo)
Apa pon syukur sgt. Tp still ‘berhati2’, xbgtau sapa2 lg termasuk suami. Fana pon pesan jgn heboh2 lg, sbb benda masih baru. Bab2 preknen ni bkn blh suka2 hati nak heboh kt org, sbb benda ‘xnampak’.

15 Ogos 2012
aku ambek cuti hari ni. terpaksa. lantak le bos nak kata apa. pagi, pi interview dgn mak abah. syukur ada mak abah yg sentiasa jaga anak perempuan depa ni haaa even dah ada suami. balik tu, tengahari terus aku laju2 pi klinik. memula pi klinik azhar kat taman ria. sekali doktor rehat daaa. pukul3 baru ada doktor. coihhh. aku tgk kat senarai cawangan, ada cawangan kat taman keladi. terus aku call dan buat appoinment kat tmn keladi je, dekat sikit. tak kuasa aku nak mai taman ria jauh2 lagi haaa.

rezeki aku, kat cawangan taman keladi tu ada doktor pompuan. terus terang aku cakap period lewat dan tak sedap badan. doktor suruh buat urine test. jawapan doktor sgt rock, "mengandung ni cheqqq oi". bahahahaha. aku mintak nak scan, doktor takmau. rugi duit ja katanya sbb kandungan baru 5minggu lebih, tak nampak apa lagi haaa.

petang tu kami ada xtvt berbuka puasa dgn bff kat damiral's perda. aku pi dgn fana, abi balik keja terus singgah, yg lain2 dtg masing2. balik dari iftar tu, sepanjang jalan dok sembang hal ni je la dgn fana. dok cerita planning iols nak buat seprais haha. oh ya sempat order mc flurry kat suami. hikhikhik.

malam tu, masa suami pi tandas aku letak upt test yg doktor kat klinik tadi bagi, beserta kad ucapan ringkas. "tahniah, u'll be a father! :)" 

sweet tak iols? act dlm kepala ni mcm2 idea lagi nak buat seprais haaa. tapi semua ada dlm kepala jelah haha

pastu aku keluar. bila suami masuk, aku curi2 intao kat luar. dah agak dah, suami aku bukan tau upt test tu menatang apa, tak penah tengok kekdahnyaaaa kahhh. thats y aku selitkan kad jugak bagi dia paham.

bila suami dah baca, aku nampak suami mcm kaku. terus aku masuk bilik sambil senyum. suami tetiba peluk dan cium aku dgn air mata berlinang. sungguh reaksi suami benar2 di luar jangkaan aku. yelah suami kan memang dah syak aku preknen, so aku tak expect la dia nak terkejut sangat. tapi sangkaan aku meleset. suami betul2 sebak dan menangis dalam kegembiraan. sampai aku pulak terdiam dan kaku, taktau nak kata apa.

rupanya begitulah lelaki. nampak di luar biasa2 je, nampak mcm tak kisah nampak cool. tapi bila bab hati dan perasaan ni, kalah perempuan!

alhamdulillah. syukur ya Allah atas kurniaMU.




11 comments:

eima said...

waaahhhh romantik betui hubby .....

cik Anggur said...

perghh tetiba teringti me nk bgtau suami kak dhpr gnt aritu...ehhh nk tiru buat entry jugak la...aci hahahaha ~ indunya time prgnt :(

Zai Zamree said...

Wah³...suwett

Kira Sakura said...

sama la kami. ayatnya "syg tak peknen" bukan tak period, mihmihmih. tapi betoi kita yang rasa sedih kalau tak pregnant lagi sedangkn dorg dh mcm mengharap kan wuuuu

Ruzana Ibs said...

Best kan.. bila saspen nak tau pregnant ke tak.. bila tengok upt tu.. saspen sangat. Bila positif.. best giler.

juicy X said...

Masa beli upt tu pn dah bdebar2 hahaha

juicy X said...

Yela.. .laki kalau frust bkn depa tunjuk. tp mkn dalam sorang2.huuu

juicy X said...

Cepat laaa buat heee...kenangan

juicy X said...

Idea dlm kepala byk lagi yg sweet2 ...tp berangan jelaa nak buat hahaah

juicy X said...

Heeee....reaksi spontan

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
syahdu kan bila dpt tahu tu
mcm sy hri tu lagi la.. siap pergi scan pakat dgn nurse..
nam tahun tunggu..
suami pon mcm tu juga.. :)

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...