CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 21, 2015

26 MINGGU

ASSALAMUALAIKUM...

minggu ni dah 26w usia adik. minggu ni selera makan menurun lagi. tetiba mai angin tak lalu nasi. jenuh laaaa hari2 pikiaq nak makan apa. tak makan, lapaq! huuuuuu

isnin - ada di merbok. org lain masak umi pon masak. tapi bila org lain makan, umi keluaq pi beli moi sup naik moto sensorang. semua org hairan mana umi pegi tiba2 tak bagitau. bila tgk umi beli moi, depa kesian haha. abg met ada boleh tolong beli. umi cakap takpe, bukan jauh pon. taknak la kan nampak mengada2. umi yg tak lalu makan biaq umi yg usaha sendiri. mujoq laaa boleh jugak telan moi tu. bukan teringin pon moi sup tu, tapi tu inisiatif nak gantikan nasi. kalau tak makan nanti mana nak dapat tenaga sobsss. malam umi makan burger, order kat abi. itu pon dekat pukul 1 pg baru makan sbb awal tu rasa tak berselera nak jamah makanan.

selasa - bangun pagi cuba jamah nasi lemak, failed. masa balik sp lapaq sgt taktau nak makan apa singgah beli goreng pisang. alhamdulillah boleh makan. nak beli nasi kerabu yg umi selalu makan tu, depa cuti seminggu pulak dah wuuuuuu. petang tu abi balik keja terus ajak pi pasar malam cari makan hekhek.anak macam biasa tinggal kat maktok haha. dekat nak sampai pasar malam tetiba ternampak COWBOY COFFE, ala2 BORDERS TEA jugak. terussss suruh abi stop dan beli coffe ice. heran abi tgk bini dia nampak2 org jual air terus nak kan...



masa pi pasar malam rasa terujaaa sbb rasa mcm semua benda sedap. tapi mana umi mampu makan banyak2 kan sobs. beli nasi kerabu jela utk umi walaupon umi teringin koteow grg talam yg abi beli sbb umi perlukan nasi. balik umah kami dulu sbb abi nak mandi sesiap dan pegi masjid. lepas abi siap baru hantaq umi ke rumah mak dan abi pi masjid. alhamdulillah umi berjaya makan nasi kerabu.

rabu - pon masalah yg sama melanda, nak makan apa? pagi tu mintak abi belikan nasi lemak konon nak alas perut karang nak pi klinik. tapi akhirnya makan tak sampai 2 sudu kenot go dah. adui la. dah pukul 3 lbh tak makan apa lagi mula laaa lapaq gedik2. nak keluaq malas, panasss. tetiba teringat kak ila! terus call dia mintak dia tlg belikan bihun goreng bila dia balik keja. sementara tunggu dia balik keja dgn bihun grg yg lazat, sempat la umi lelap bersama anak barang sejenak. pukul5.30 umi terjaga elok kak ila pon sampai. tapiiiiiiiiiiii dia beli mee grg sbb bihun grg takdeeee katanya. uwaaaaaa. dah la umi tak berapa lalu mee grg. tapi terpaksa telan jgk sbb lapaq. maka umi makan tak sampai separuh pon. mujoq sedap jugak wuuuuu. malam, suruh abi beli roti gardenia dan buat roti bakaq dgn teloq. bukan umi yg mengandung ja makan, semuaaa pakat tumpang pulak menu org preknen ni kannnnnnnn! alhamdulillah jadi la habuan lapik perut. malam ni tido umah mak sbb esok pagi mak nak buat nasi lemak.

khamis - umi bkn lalu sgt nasi lemak. tapi nak keluaq pi pekan beli makanan terrrrsangat lah malasss! maka gagah jugak telan nasi lemak sesudu dua habuan alas perut. petang, order kat kak ila lagi hehe suka merap dia. kali ni order roti dari kedai kek fairy ja. patutnya hari khamis dia balik awal, tapi kebetulan hari ni bos dia ada so dia balik lambat. mujoqlaaaaaaaa umi dah makan roti cicah bubur kacang yg mak tapau dari rumah kenduri ptg tadi. alhamdulillah kenyang. kalau tidak jenuh menangesss lapaq. malam mintak abi tapau nasi goreng, sudahnya tak makan pon sbb nafsu makan tak mai lagi. balik umah pukul11.30 mlm baru makan, tu pon tak habes.

jumaat - abi bangun lambat so abi ambek half day el hahahaha! lepas abi mandikan anak kami ke umah mak kejap. dan umi mintak abi beli bahan nak buat bihun grg in case japgi umi lapaq blh masak. tengahari balik umah kami dan abi pi keja mcm biasa. umi makan chipsmore utk alas perut. lepas tidokan anak, umi buat keja. so mula la malas nak grg bihun padahal bahan semua dah siap. last2 sampai ke ptg tak buat pon, kononnya nak buat malam pulak.fine. ptg pi ronda, singgah kat umah jiran lorong sebelah ada kenduri nikah anak dia. singgah sbb mak abah ada sana. menu nasi ayam. abi je makan, umi ratah tulang2 ayam.





malam pulak mak ajak pi umah cik ani, ada makan2. saja ja pi nak tunjuk muka ja kononnya. sekali pi tengok  menu semua best2, kebanyakannya yg memang umi suka makan time preknen ni.memula pi terus umi terkam kek choc indulgence SR punya. nikmattt. pastuuuuuuuu umi meratah daging bakaq dgn kuah balackpepper 2 mangkuk sobsss. pastu meratah mee ketam pulak.nanges aaa pastu perut sengkak tak boleh duduk hahaha. kek, daging dan ketam adalah antara fevret umi bila preknen kali ni. dan malam ni mmg betul2 rezeki umi. ada byk lagi menu spt sate dan ayam bakaq, tapi preknen ni umi mmg tak lalu ayam sgt so umi tak sentuh la.

balik tu apa lagi, terus 'mabuk' dan tertido. sedaq pukul4 pg sbb anak nanges nak susu. selalu umi sediakan susu sesiap, tapi dah semalam tertido terpaksa bangun bancuh susu plk. dah terbangun tu mmg tak tido semula dah. umi bkn pesen senang tido. selain buat benda yg berfaedah, tu yg terkeluaq entry time2 subuh ni :)


3 comments:

Kira Sakura said...

wuuuu ampa memang macam ni kan bila preggy. kesian tgk. masa umar faiq ritu pun tak lalu makan jugak. mesti ketaq lutut

Zai Zamree said...

patut la bdn x naik2...ni x preggy pon mkn byk tmbh klau preggy...hahaha...naik bkilo2 la jwbnya

arysha_fayyadh said...

Assalam jusiza,
he3
sian uols
bertabah la yer
kalo akak kaaaaaaaa
masa peknen pusin satu malaysia sebab nak MAKAN sajork tau3 he3

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...