CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 20, 2015

IDEA GIFT UNTUK BABY~

ASSALAMUALAIKUM...

biasanya kenduri kawen ni bermusim. contohnya, time cuti sekolah la kan pakat ramai2 nak kawen. korang perasan takkk 9 bulan lepas tu mula la pulakkk musim org beranak? perasan takkk??? hahaha

aku perasan. sebab tetiba ja kawan2 aku pakat beranak. haaa jenuh nak siap duit la kan bagi gift untuk baby. aku ni jenis kalau org mai melawat anak aku, inshaallah aku akan melawat anak diorang pulak. bila mai beranak serentak ni, siap laaa haha.

selalu kalau pegi ziarah baby korang bagi apa? nak senang, bagi duit la kan? mai aku share apa yg boleh dijadikan gift bila ziarah org bersalin. sebenarnya ni gift2 yg aku dapat masa bersalinkan umarfaiq dulu. saja share kat sini, kot2 boleh bagi idea kan? :)


HAMPER : yang ni dari mummieh erin, maklong ina dan maklong paklong :)
umi sukaaa hamper sbb cantik pastu sayang nak buka huahuahua. mujoq anak umi ni pesen saiz kecik, so dah habes pantang baru bukak hamper pon masih boleh pakai la baju2 dalam tu.baju mummieh bagi tu setahun lebihhh baru boleh pakai dan masih dipakai sampai sekarang. yg best semua hamper ni jenama lain2, so bestla boleh try set sabun yg berlainan. mujoq jugak anak umi jenis kulit elok pakai brand apa pon boleh. setahun lebih jugak baru umi start beli barang mandian umarfaiq sbb dok pakai yg org bagi ja :)


GIFT SET : dari kawan2 umi belaka. gift set berupa set pakaian baby. yg last tu romper set beserta stokin. romper2 tu saiz 6m dan sampai sekarang masih boleh pakai. tapi stokin tuuu lepas pantang dah tak boleh pakai sbb umar faiq ni jenis kaki panjang hoho. 


BAJU : dari kawan2 umi dan jiran2. yg set hijau tu katanya sebab tahuuu umi suka hijau sbb dok baca blog umi. auwww tak sangka kawan sekolah baca blog. maluuu iols. set purple tu sah2 laaa dari bonda lina. gigih jugak cari purple haa, dah la tak byk choice utk baby boy huhu.


romper dari mommy hajar, LITTLE BRO tu refers to umarfaiq. kengkonon from big bro Raees, anak mommy hehe. palinggg best, kemeja tu haa dari makngah ila. kata makngah stylo macho habes. choiii makngah! tapi mmg best kemeja ni sbb material elok, saiz kecikkk comel elok pakai raya haha!


KASUT : yg hijau tu kasut yg jenis benang kait tu, dari kawan umi jugak ibu si kakak amni. ibu amni kait sendiri tau! pon kengkonon sbb umi suka hijau, nahhh hijau kuning dia bagi. boleh pakai pi stadium kehkehkeh! yg atas tu bukan kasut tapi stokin dgn romper yg super cute, dari kawan umi (mama lufya) 


PLAYGYM : yang ni dari kinah. teruja melompat umi dapat benda ni hahahahahaha! selain baju, sesuai sangat bagi benda ni. kalau tak mampu bagi sorang, boleh share dgn kawan2 kan? sbb baby mcm wajib jeee kena ada benda ni hehehe


STORAGE BOTTLE : ok, selain gift utk baby kita jugak boleh bagi gift utk si emak yg penat melahirkan tau. kesiannn umi beranak teruk2 tapi anak yg dapat mcm2, jeles okkayyy hahaha! mcm naimah ni dia bagi storage bottles kat umi sbb susu umi banyak. ok la kan sangat berguna utk umi tu. yg satu lagi tu set sapu tangan yg sangat lembut kainnya. mmg lepas ni kalau beli saputangan utk anak umi akan beli brand ni. unik jugak kan bagi sapu tangan? sbb mmg sangat berguna pon :)


BEG : lagi keperluan sang umi, beg baby. sangat teruja dapat beg ni, dah la cantik berbalut. yg ni dari fahida si ibu haziq. memang berguna sampai sangat2, senang asingkan beg dia.


BAKUL : yang ni pulak dari ani, ibu hakimi. lain dari yg lain kan? best sangattt dapat bakul ni. function sama mcm beg baby jugak tapi umi lebih suka letak barang2 besar seperti selimut, napkin, pampers, botol2. perasan tak kaler hijau tu? hehehe



PAMPERS : kalau pening sangat nak bagi apa, haaa nah bagi pampers senang! kompom berguna hehehe. kalau takut nak bagi saiz newborn, bagi je saiz S or takpon M pon takpe. sbb baby kan cepat besaq. tapi mcm umar faiq saiz newborn ni berbulan jugak la guna. semua ni dari makcik si mama uwais tu. terung tu dari cameron, comellll sangat. agak besar utk umarfaiq peluk tapi dia suka tengok mata terung tu haha. dan jugak ada sepasang baju di situ. duit pon makcik bagi. haaa kalau dah nama mak menakan memang gitu laaa semua benda nak bagi heee

itu yang org bagi kat umi la. ni sebahagian je, ada lagi yg tak sempat nak snap. ada yg bagi duit, ada yg bagi hadiah pon bagi duit lagi. alhamdulillah. pendek kata umi dapat hadiah yg PELBAGAI. yg kadang umi tak terpikir pon org akan bagi. selalu umi pi tengok baby bagi duit/baju/hamper je hehe. dan yg paaaling best rezeki umarfaiq bukan setakat masa dalam pantang. lepas pantang, dan sampai sekarang masih org bagi hadiah macam2 walaupun bukan besday. syukur alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. maklum laaa apa2 yg org bagi kat anak, umi yg syok lebih selalunya :)


so bila dah ada pengalaman org bagi kat kita, kita pon mula la pandai nak pelbagaikan hadiah kat org pulak hehe. yg ni antara yg umi bagi kat org. set toys tu umi paling berkenan sbb cantik dok dlm kotak, umi tambah reben je acah2 comel haha. kenapa bagi toys? sbb kadang2 umi ni nawaitu nak pegi melawat tu ada, tapi peluang tu takda. kadang dah berbulan2 tak melawat lagi. kalau beli baju, kang tak muat la kan? so paling selamat bagi toys. lagipon baby kalau dan lebih 3m kan dah mula nak pegang2, ok apa bagi toys ni huhu. lagipon toys ada banyak takpeee baby tak boring, sama mcm baju. lagipon toys sesuai utk baby boy or gurl, takde diskriminasi jantina :)


kalau yg utk baby dekat2, boleh la umi bagi baju. tambah2 kalau baby girl, lagi suka bagi baju. baju baby girl kan comel2 belaka. tapiiii kawan2 umi tak ramai yg baby girl huhu. kurang koleksi awek umarfaiq hewhewhew


3 comments:

Kira Sakura said...

idea bagi toys tu kami suka. lepas ni boleh tiru hihihihi.

tapi betoi kalau nak mai dengan kawan ramai2 baik kumpul duit dan beli benda yg besar2 mcm ampa kata tu. membantu jugak kan parents baby tu dalam menjimatkan duit hihihihi

Zai Zamree said...

amboi...byknya umar dpt.Aqil dpt ckit ja hamper n hadiah yg lelain org bg duit tp duit pon mak dia boleh beli gelang emas gak la.naseb laki.klau pmpuan dh lama beli gelang kt dia....

arysha_fayyadh said...

Assalam jusiza,
masa akak dedolu dok dapat hamper yang berlambak
sampai ke la ni haaa si fayyadh dah umur 3thn dok tak abeh2 pakai bedak & losyen dari hamper tu tau3 he3

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...