Bila berhenti kerja, aku rasa sangat lega dari segi masa. maksudnya bab mengandung / anak ni la. kalau bekerja, nak mintak cuti pegi check perut pon rasa meluat kan? itu belum lagi bab morning sickness / sakit sana sini / warded dll, mesti laaagi rasa serabut. dah la sakit pastu sakit kepala pikir hal keja / bos kan?
bila ada anak pulak, emergency anak demam nak cuti pon serba salah. itu belum bab pengasuh mintak cuti, kita pon serabut sekali kena cuti. lepas tu cuti rutin check up anak lagi.
bila jadi mak ni kalau bekerja memang itu jela alasan yg sering guna pon. kalau org yg tak faham mesti akan cakap sikit2 guna alasan anak. mcm dia sorang ada anak. anak org lain tak de masalah pon? or what ever la kan. tapi dah tu hakikatnya, nak buat mcmana kan???
kadang2 kalau kita sakit pon sanggup tahan / gagahkan diri pi keja semata2 sayang cuti atau lebih tepat tak nak org pandang serong sebab kerap bercuti, lebih rela simpan cuti utk kes emergency anak.
bila berhenti kerja ni, aku rasa bersyukur sangat dan aku rasa tindakan aku sangat tepat. sebab, tengoklah sendiri apa dah jadi kan. tahun ni saja dah 2x umarfaiq warded. kau rasa kalau aku masih bekerja, mcmana aku nak hadap bos nak mintak cuti? nak terangkan pasal anak aku? kau rasa berapa hari cuti aku kena korbankan? kau rasa bos / rakan sekerja tak muak dgn alasan kau?
dulu aku selalu pikir, aku keja sektor swasta, so bab cuti ni memang payah sikit la. nak nak pulak bidang architcture ni kan. bukan senang2 kau boleh cuti ikut suka. kena tgh kejar dateline / meeting / submission / presention ke apa ke, kau pulak cuti mengejut, itu sangat menyusahkan org. tak semua org boleh ganti / buat keja kau. nak apply cuti pon tergagap2 inikan pulak nak EL.
pernah dulu aku operate gusi, MC 2minggu. aku ingat bila dpt MC dari spital ni takdela isu, yela dah sah2 aku sakit kan. bukan aku 'beli' MC. tapi rupanya itupon kena perli. peghhh pedas jugak telinga ni. ( tapi aku dapat tau, lepas aku berhenti, org yg perli aku tu pulak sakit dan kena operate. MC lama la jugak. see? lain kali jangan mengata org sobsss )
rupanya aku silap. rupanya dalam sektor kerajaan ni pon bukan senang nak cuti. aku ingat kalau keja kerajaan best la nak cuti. dah la cuti tahunan banyak, kalau MC pon sapa kisah kan? hak masing2, keja masing2. rupanya tak jugak.
aku ambek contoh dari kak long ( kak ipaq aku ) sendiri yg keja dlm bidang kesihatan. dia baru ni kena operate, dapat MC 6minggu. wahhh dengar mcm best kan? tapiii ingat senang ke cuti lama mcm tu? rupanya depa pon ada bos masing2 yg perangai masing2 tak semua sama. even keja under kementerian kesihatan sekalipon, masih ada 'bos' yg pertikai bab cuti / kesihatan pekerja. perghhh kejam kan?
rupanya kakitangan kerajaan yg lain pon sama. even dpt MC dari kerajaan pon tetap ada masalah. pendek kata, tak semua org suka kalau kita bercuti kehkehkeh! even MC dari kerajaan, even sah2 kita sakit, tetap ada masalah dari persekitaran kerja.
sbb tu aku bersyukur sangat bila tak bekerja ni. sekurang2nya anak aku sakit di saat aku takdak komitmen kerja. masa aku lapang, anytime ja aku boleh 'guna' utk anak dgn AMAN tanpa pikir hal keja / org lain. anytime kena checkup / cuci luka / emergency, abi boleh harapkan aku.
tapi itu tak bermakna abi lepas tangan. kesian abi. anak warded time dia banyak keja. tapi dia tak pernah 'tinggal' kami walau sesaat. dia tetap temankan kami. dia tetap ambek cuti (tapi tak aman sbb masih risaukan keja) bila perlu dan sedaya upaya guna masa yg ada utk kami. even esoknya dia keja, dia tetap temankan kami tido kat spital. balik keja penat2 terus pegi spital, tido atas kerusi ( tak selesa ) esoknya terus pegi keja semula. memanglah aku ada utk jaga anak, aku kan tak keja, tapi abi tetap nak sama2 pikul tanggungjawab ni. mujoq jugak bos abi masih boleh memahami. kalau abi cuti pon, abi akan pastikan lepas tu abi akan siapkan semua keja.
alhamdulillah.
kepada ibu2 yg bekerja, bertabahlah. demi anak kita, demi keluarga kita, kadang2 kena pekakkan telinga tabahkan hati. mulut org memang takkan berhenti mengata. sebab depa tak ada di tempat kita. depa belum sampai masa merasa apa yg kita rasa. ada ketika, kita perlu lupakan hal sekeliling dan tumpukan pada keutamaan kita, iaitu keluarga kita. :)
moga apa yg kita korbankan mendapat tempat di sisi NYA








3 comments:
Assalam jus,
he3
akak dari dolu alhamdulillah takdak masalah kalo bab cotik :)
cuma bab mc jer company akak ni suka buat bisin
tapi ada ahkak kesah
dah sakit mc ja he3
tu sbb la bila demam ckit2 k.zai x ambik MC/cuti sbb nti org akan mngata wlaupon mmg btl2 sakit n 1 lg nk simpan cuti kot2 anak sakit...mak sakit ka kan...kdg tu rotate dgn asben soh jaga anak yg dh nk kebah dr demam tkut keja tbengkalai kang org bising2
sesungguhnya tengah mengalami satu keadaan yg memerlukan cuti sedia2....Allah untung la org yg mmpu jadi suri rumah sepenuh masa..serius kami pn dh smpi satu tahap rasa nk berenti reja....
Post a Comment