isu ni memang femes sesangat. Aku sebagai umi, kadang bosan dgn gelagat sahabat2 yg suka timbulkan isu ni. Come on lah, kita sama2 kaum ibu sama2 ada anak. Mesti kita tau perasaan masing2 ye dak.
Pada aku, takde beza pon bf or fm. Yesss memang susu ibu adalah susu terbaik kat dunia ni. Tapi tak bermakna anak kau minum susu ibu confirm bijak pandai boleh jadi profesor, anak dia minum fm nanti jadi kuli. Kau faham dak maksud aku?
Kebanyakan yg menjengkelkan aku ni (sorry to say) mak2 yg berjaya bagi susu ibu la. Tak salah nak berkongsi (kalau benda tu bermanfaat) kat satu dunia pasal hang punya bf tu. Tapi kalau dah KERAP sangat hang dok post, lama2 org pon raya annoyed. Aku pon PERNAH post pasal susu ibu ni tapi bukan KERAP. so sila faham beza dua benda tu naaa.
Kalau hg rasa benda tu tak membantu org lain pon, rasanya baik hg tak payah post kerap2. faham tak kerap2? Hg ingat org nak sangat baca pasal hg punya journey yg tak berfaedah tu? I mean, hari ni dpt brapa oz, hari ni nanges susu drop, esok susu meriah, lusa bengkak susu, tulat stress susu tak keluar. Kalau post tu berfaedah, contoh susu hg meriah so hg kongsi makan supplemen apa. Aku boleh consider lagi la. Ni setakat buat status dok cerita pasal susu hg, better hg simpan. Sebab fb tu TERLALU umum bagi aku. Lainlah kalau friendlist hg cuma 25org dan semua PEREMPUAN, aku tak kesah sangat la hg nak cerita pasal susu.
Bagi aku, blog dgn instagram agak privacy utk berkongsi. Sbb ig aku dah tapis followers. Blog, memang tempat org cari info so tak salah nak berkongsi di situ selagi tak melampaui batas la kan. Ni kalau dok pos kat fb cerita pasal susu kita, ishhh malu lah! pada kita mungkin rasa biasa, tapi bayangkan yg baca tu mungkin sepupu kita yg berusia 10tahun or sahabat lelaki kita yg belum berkahwin or cikgu/pensyarah lelaki yg dah berusia. Apa rasanya?
Yes memang kita bangga dapat bagi susu ibu kat anak kita tapi biarlah kena dgn caranya. Jangan mendabik dada, itu rezeki dari Allah buat anak kita. Bersyukurlah kita terpilih utk dapat. Bukan syarat utk kita berlagak dgn kawan2 lain.
Umarfaiq sampai sekarang masih ada susu utk dia. Tapi rasanya ramai kawan2 aku yg TAK TAHU akan hal itu. Sebab pada aku tak perlu berbangga pon. Melainkan kalau ada yg mintak tips, ok aku share. Dan kdg2 aku pm/wassap je sbb pada aku benda2 melibatkan payudara ni tak perlu nak open sangat. Haaa ambek keluaq dah bahasa aku.
Sorry, ni pendapat PERIBADI aku.
Dan utk yg terpaksa bagi fm pulak, tak payah buat teruk nak stress bagai. I mean, stress mmg la stress. Tapi tak payah nak emo nak bebai sampai gaduh2. Kita sebagai ibu, kita tahu kita dah usaha yg terbaik kan. Makan supplemen, makan benda yg blh banyakkan susu, power pumping, tapi kalau dah takdak nak buat mcmana kan? Bukan berdosa pon bagi susu formula.
Kalau 'terasa' dgn mak2 yg berjaya bf ni, istighfar bebanyak. Ingat yg bagi fm tu tak berdosa pon. Bukan susu tu yg menjamin akhlak anak2 kita. Kita sama2 mahu yg terbaik buat anak, tapi kalau kita sendiri 'terlibat' dgn isu remeh mcm ni, berbaloi ke?






3 comments:
susu FM tu bukan racun pun. tak bersalah tak berdosa pun bagi susu FM asalkan dah usaha gegeh kan
Fb tu trllu umum sgt kot nk cerita secara open pasai BF..lg satu susu apa pn bg ke ank sama ja...mmg susu mak tu yg trbaik tp kalo dah tak dak rezeki nk susukn ank tak kn nk biar ank kebulur plak...haishh kenapa la ada jugak org2 yg suka menjatuhkn semangat sesama kaum ~
fuh...Ju dh mrh.
nk kiss ju la cmni.bgus2...isu cmni mmg bgus.
kerap sgt terasa dgn kwn2.hr2 tnya psl susu.pstu bl bg susu fm yg murah ckp pulak susu tu x ok susu mahal ni ok.
klau dh susu mahal anak kita sembelit taik keras/cirit birit ja wtpa.kesian kt anak gak.
Post a Comment