CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 9, 2015

MAK TOK WARDED - DENGGI

ASSALAMUALAIKUM...

January lepas, mak demam beberapa hari. tapi aku tak berpeluang nak balik umah mak even dekat jeee sebab aku pon tak sihat masa tu. rabu, 28/1/2015 - lepas aku dah makan ubat dah sihat, baru pegi umah mak. memang niat nak jaga mak dan tolong2 apa yg patut. keadaan mak bukan makin sihat tapi makin menjadi pulak demam mak tu. mak tak boleh bangun, cirit birit, muntah2, pening. kesian :(

makan apa pon mak tak lalu. memang mak lemah la. dlm pukul 3 ptg mcm tu mak ajak pi spital. i know my mum. mak takkan menyusahkan aku kalau keadaan dia tak teruk. yela aku ni dgn mengandung dgn ada anak kecik lagi, agak kelam kabut la nak bawak mak pi spital. act mak tunggu abah balik utk pi spital, tapi abah ada keja luaq, so balik lambat. mak tak tahan sangat la tu yg ajak aku jgk. at last mak ajak chaq, jiran belakang rumah teman kami. kiranya aku ni driver jela bawak mak, nanti urusan kat spital chaq yg setelkan sbb chaq memang cekap dan boleh diharap.

aku ni takdela rasa menyusahkan pon setakat nak bawak mak pi spital tu. aku siap tanya lagi "mak tak percaya kat cheq ka?" hahaha

mak kata bukan tak percaya, tapi mak tau la keadaan aku mcmana dgn mengandung dgn anak kecik lagi. kalau ada chaq tu boleh jugak buat peneman huhu.


dalam pukul 4 baru kami bertolak. sampai sana memang chaq yg uruskan semua, ambek kerusi roda, tolak mak, daftar bagai. chaq memang cekap bab2 spital ni. aku cuma tunggu kat luaq sambil jaga anak huhu. memula dia lincah main, jenuh la nak ligan. pastu dah bosan mula la mengantuk pulak. sampai tertido dia kat situ. alahaiiii kesiannya anak umi!

mak suruh kami balik dulu sbb kesian kat cucu dia. lagipon nanti abah balik abah pulak mai ambek. jadi sebelum balik chaq pi jumpa doktor. kemain tau chaq ni! doktor bagitau mak suspected denggi so kena warded dan tak boleh balik. mak bukan tau lagi keadaan dia sebenarnya. sebab depa dok bagi mak berehat dan masuk air. bila dah kata mcm tu, aku tunggu abah sampai la as long as abah pon dah odw.

sebelum balik, aku curi2 bawak masuk umarfaiq dalam bilik kecemasan tu. kesian umarfaiq dok tanya mana maktok dia :(

bagi dia tengok mak, terus muka dia lain. dia tau maktok sakit. mak pon rindu cucu haaa nak kena warded kan. lama jugak la kami duduk dalam tu. dekat maghrib baru kami balik, tinggal abah pulak tunggu kat situ utk urusan masuk wad. 

balik umah, tugas aku kena kemas barang2 mak utk dibawa ke spital. segala keperluan pakaian makanan dll pepandai la aku bungkus huuu. lepas isyak baru aku dgn suami pi hantaq kat mak. tapi aku tak masuk, bagi chance suami masuk pulak sbb suami tak jumpa mak lagi. lagipon masa tu abah dgn abang ada dekat mak, so biarlah mereka geng lelaki je naik. aku kena jaga anak la kat bawah. bawak dia tgk ambulance, dah sudah taknak balik pulak hahaha


dah setel semua baru singgah kedai makan. lapaq wehhh, penat satu hal. aku pilih chicken grill je sbb masa tu itu je yg lalu masuk tekak. anak pon kemain happy bila makan. mcm dia tak letih langsung, ceria je! umi anggap anak ok la. lepas makan ke stesen bas pulak, hantar tiket kat makteh umarfaiq tu. pastu tunggu sampai dia naik bas, dah pukul12 lebih.

balik umah, lepas salin baju pampers semua tgk anak dah lena. rupanya anak letih, tapi dia berlagak kuat. yela, kami pon rasa letih sesangat pi mai pi mai, apatah lagi dia yg kecik tu kan. kami tido umah mak sbb nak temankan abah. bukan apa, abah biasa tido bertemankan mak. memang la abah ok je, tapi sbg anak aku tetap risau. sbb abah pon bukannya sihat sangat. at least kalau kami ada tak risau sangat kalau jadi apa2.


*to be continued.....sbb anak berak pulak hahaha*


2 comments:

arysha_fayyadh said...

Assalam jus,
semoga mak jus cepat sehat naa
AMIN

Kira Sakura said...

ohhh saspek denggi ke...

uwais pun kemain bila tengok lori. dari dulu lagi. tapi dulu xreti panggil lori. panggil atak je. skang je advanced sikit. atak lori katanya kehkehkeh

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...