jumaat 30/1/2015 - tengahari aku tak pi sebab abah dah pi. terpaksa bergilir sbb hari ni abah pulak kena jaga cucu hewhewhew. petang, bagi anak tido sesiap baru aku bertolak pi kat mak. pi sebelum asar lagi. so ptg ni abah tak dapat la jumpa ak sbb kena jaga cucu hahaha! seronok pi awal, boleh sembang lama dgn mak. ada beberapa kwn2 mak yg mai. abang pon mai. seronok teman mak sembang. memang la mak takde apa pon. warded tu utk masuk air dan ambek darah je. tapiii mestila mak bosan kan. takdak sapa yg suka duduk terperuk kat spital tu. malam ni pulak najwa tak boleh temankan mak sebab esoknya dia ada sekolah ganti. kesian mak, tido sorang lagi huuu.
Malam ni Lan ajak kami keluaq. sebelum tu abah, abi dgn anak pegi masjid. balik masjid baru kami keluaq makan. macam biasa la Lan teringin nak belanja kami, kahhh! makan kat pekan ja. aku konon teringin nasi lemak. beli kemain nasi lemak ayam berempah, at last makan sesuap je wuuu :(
lepas tu pegi uptown. uncle Lan belanja anak baju, yeayyy Alhamdulillah :)
balik dah dekat pukul 12. anak pon bukannya mengantuk lagi. sakan main. setiap malam aku sms mak mcm sms boipren. tu je cara aku boleh temankan mak. bila sms bagitau cucu dia tak tidoq lagi, terus mak call. kesian mak, sunyi letew :(
puas sembang dgn cucu dia, walaupon cucu masa tu cakap melayu arab pelat kedah kahhh! aku pon sembang2 dgn mak kejap. dalam pukul 1.30, elok rasa nak lena, bangpit dgn abg pulak sampai. dahhh tak jadi lena lagi. terbantut pulak tidur tu kan.
sabtu 31/1/2015 - tengahari kami pi melawat mak. kali ni kena bergilir la dgn abi. jenuh jugak nak kepung dia kat bawah tu. abi pon kemain la sembang apa lama sgt dgn mak metua tu kan. kata abi, kesian kat mak. saja sembang lama dgn mak. elok nak turun nurse pulak mai, dia tunggu sampai nurse sudah keja pulak.
balik dari spital singgah umah fana sat bagi hantaran. janji nak mai tolong2 tak kesampaian. sorry pana, kita hanya merancang wuuuu. lepas tu terus ke masjid taman peruda sbb dah pukul 3 lebih tak solat zohor lagi. anak sebenarnya dah mengantuk tapi dalam masa yg sama kami tak makan lagi. dalam dilema sebenarnya nak balik tidokan dan tapau makanan or mcmana. at last kami pilih makan kat luaq, sekali harung ja sbb kot mana pon abi memang nak kena keluaq dgn Lan. teman Lan beli laptop.
lepas solat terus ke CS. disebabkan dah lewat anak pon dah lapaq, sbg tanda minta maaf umi belanja KFC ye anak. tapi tapau ja sbb abi nak makan nasi. anak pon mesti nak nasi jugak. so tapau kfc then makan kat cemara. abi order nasi ayam. umi makan kfc, pastu teringin koteow sup. order la, tapi langsung makan tak banyak sbb tak sedap. umi yakin memang tak sedap bukan sbb tekak pembawaan budak hoho.
anak pulak, kemain laju makan kfc dan nasi. banyakkk dia makan! lapaq sangat la tu wuuuu sorry anak biar awak kelaparan. tengah kami dok makan tu Lan sampai. lepas tu abi dgn anak teman Lan pegi beli laptop, umi curi2 ke bahagian baju anak kahkahkah. sambaq seluaq sehelai utk majlis mama fana esoknya. lagipon seluaq anak memang semua tak muat dah, sbb anak umi ni cepat tinggi wuuuu.
uncle lan ni kalau shopping bukannya sikit. org ber-wang la katakan. kata je nak beli laptop, tapi last2 segala benda dia beli. sampai satu tahap anak dah tak larat, dah ngantuk dan memang bateri warning dah. at last kami terpaksa mintak diri dulu.
hasilnya, malam tu anak demam. badan panas. umi dah la letih semalam tido lambat kurang rehat bagai, pastu malam terpaksa berjaga pulak sbb anak demam sobs. sedih sgt tgk keadaan anak bila dia tak larat :(







3 comments:
baca tang kenduri fana tu terus tengok balik tarikh. ohhhh dah lamaaaaa ingatkan baru admit huuuuu
alkisahnya Umar demam masa hari kejadian fana tunang tu rupanya....
baca tang kenduri fana tu terus tengok balik tarikh. ohhhh dah lamaaaaa ingatkan baru admit huuuuu
alkisahnya Umar demam masa hari kejadian fana tunang tu rupanya....
Assalam jus,
aloloo
sian umar demam
Post a Comment