kemarin, umi bangun awal tapi anak pon bangun awal. dan dia mcm ada sisa2 demam lagi, memula ok pastu mula merengek mintak umi temankan dia tido. umi bawak dia tido kat sofa je. mcm2 hal jugak la sebelum dia nak lena tu, nak umi peluk lah gosok lah cium lah, mcm2. dan umi pon terlelap sekali la dah dia tak bagi umi lepaskan pelukan hewhewhew
bila dah bangun dlm pkl12 gitu cecepat umi siapkan brekpes dan sambil2 masak bubur anak. alah brekpes ringan2 je sbb jap g nak suapkan bubur pulak kan. umi makan 2 ketul nugget ja. sebelum zohor, tetiba umi sakit perut sesangat. act sejak bangun tadi dah 2x umi ke toilet, cirit birit haaa. tapi tetiba je perut memulas dan sakit sesangat sampai umi terpaksa baring.
memang umi tak boleh bangun, sakit sampai peluh memercik kat dahi. mujoq laaa Allah kurniakan umi anak yg baik dan mudah. dia tengok umi sakit terus dia datang dekat dan tanya "kit...?kit...?kit...?"
umarfaiq cukup risau kalau umi sakit. takpayah bagitau pon dia sendiri akan tau bila tengok umi tergolek atas sofa tu. dia akan tolong gosok2 umi, kadang2 dia tak tau nak buat mcmana dia akan kiss umi tak henti2. pastu dia bawak diri, main sorang2. then bhenti kejap jenguk umi semula sambil "kit..?muahhh...kit...?muahh..." pastu sambung main. alahai sebaknya rasa ada anak bijak dan sweet mcm ni.
dekat pukul4 baru umi mampu solat zohor, tu pon muka berkerut tahan sakit. lepas solat, tidokan anak dlm buai, umi pon tido sekali. ntah kenapa baru bangun tido pon rasa penat dan ngantuk lagi, mungkin sebab sakit kot. btw sejak sakit tadi mmg umi dok ulang alik ke tandas, cirit birit tak habes2 lagi.
kalau ikutkan hati nak je suruh abi balik half day je tadi, sbb mmg sakit lain mcm. tapi tak nak buat abi risau dan menyusahkan abi, tu yg tahan jugak. cuma mintak abi balik awal. kalau ikut hati nak je menangis masa tahan sakit tu, tapi umi cuba kuatkan diri sbb takmau umarfaiq risau. umi sakit pon dia dah susah hati inikan pulak tgk umi nanges.
ptg tu abi balik dah dekat pkl7. abi nak je terus bawak pi klinik, tapi umi taknak. maghrib kan. lagipon doktor mesti rehat tym mcm tu. so lepas solat maghrib baru kami pi klinik azhar kat taman nilam sari.
doktor cakap tekanan darah rendah. mungkin sbb umi tak makan dan kurang minum. doktor nasihatkan supaya umi kena kuat sebab umi mengandung. maksudnya bila cirit birit mcm ni memang sakit, tapi umi kena lawan demi baby. umi kena makan. sbb bila umi tak makan baby kekurangan nutrien. keadaan umi pon nampak lemah.
doktor bagi ubat yg umi boleh makan, maksudnya yg sesuai utk ibu mengandung la. umi memang niat nak scan, sbb risau dan rindu adik lama tak jumpa. tapi memandangkan doktor lelaki, cancel la. lagipon doktor pon kata baby tak terjejas, cuma umi kena KUAT untuk baby, tu je :)
lepas balik klinik terus serbu restoran. umi makan nasi putih+tomyam daging+kailan ikan masin. alhamdulillah dpt la makan nasi separuh, tu pon dah cukup bagi umi. balik makan, singgah umah mak. tapi tetiba umi sakit kepala yg amat sangat, sampai entah bila umi terlelap pon tak sedaq.
abi kejut dah dekat pkl12, nak balik umah kami. tu pon umi rasa berat sgt kepala. balik tu abi la yg uruskan segala2nya, umi cuma letak kepala terus tido je. anak pon tido dgn abi, ntah pukul brapa depa tido pon taktau. heran sungguh, umi tido banyak pon still ngantuk lagi. mungkin sbb badan mmg betul2 lemah.
alhamdulillah bangun pagi ni dah ok. cuma masih cirit birit, tapi kesihatan Alhamdulillah.
terima kasih abang dan abi yg memahami umi :)






2 comments:
umi kena kuat tau demi baby n abg Umar...
akak pon demam dr last week x ok2...lemah ja.smlm mkn2 ja trus muntah2 smpai lembik.trus tdo x sedar diri smpai pg td.cian abah kena sedia n jg Aqil sgala
bila cirit tu kan segala2 keluar. tenaga pun keluar sekali. tu yang buat badan lagi lemah.
go ummi go. terus kuat tau. jaga diri ok
Post a Comment