CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 1, 2015

CHECK UP - 7 BULAN

ASSALAMUALAIKUM...

kemarin 31/3/15 adalah tarikh utk temujanji bagi 7bulan. agak 'penat' sbb tarikh tu kena jumpa doktor sekali minum ayaq gula sekali jumpa nurse. selalu blh la umi berlagak pegi klinik pukul 11, tapi hari ni kena pi pkl 8 la sbb nak minum ayaq gula. dalam pukul 8.30 gitu baru sampai. firstly ofkos kena ambek darah yg pertama. lepas tu terus minum ayaq gula. selalu minum ayaq gula dalam bilik, soooo setiap kali tu la umi tuang HAHAHA. tapiiiiiiii now depa suruh minum depan depa, kat tempat cucuk tu. nangessssssss :(
terpaksa la umi telan jugak. tapi mujoq laaa ayaq gula kali ni takdela 'teruk' sangat rasanya. cair je. tq laaa nurse mana yg bancuh tu. dpt jugak umi habeskan. fuhhh. tapi lepas minum tu meloya jugak la =.=

lepas setel ayaq gula kena lalui prosedur biasa utk jumpa doktor pulak. selalu mai pkl11 kejap je tunggu. tapi ni pagi2 memang ramaiii umat manusia. nak timbang pon kena menunggu jugak la. berat mcm biasa, menten je 56.7kg hahaha. lepas tu test urine, hb tak test sbb baru buat je. lepas tuuuu pegi ambek nombor utk jumpa doktor. nombor umi 4029, nombor waktu tu baruuuu 4006. nangessssssssssssssss!



~ nahhh seorang umi yg makin mengandung makin kuruih ~

dek kerana umi ngantuk sesangat dan umi tengok nombor bergerak mcm siput, umi decide pegi tido dlm keta. memang tak tahan ngantukkk banget! set alarm 30min utk tido. nyenyak weh even tido dlm keta je pon. bila dah sedar pegi toilet dlu sbb sakit perut. then kembali tgk nombor, baruuuu 4014 seteleh 45min berlalu. fuhhhh! tunggu dalam 15min gitu umi pi ambek darah utk kali kedua pulak. so setel bab ayaq gula. harap2 keputusan elok. takmaulaaaaaaaa terikat dgn GDM lagi. umi takmo induce kalau boleh :l

dah boleh makan, terusss pegi gerai depan klinik beli nugget utk alas perut. lapaq oiii! dah makan pon nombor masih mcm siput. mujoq umi bawak novel. at last pukul11.50 baruuu nombor umi naik. nangesss!

berdebar dan eksaited nak scan, kot2 boleh nampak jantina baby, boleh la start beli barang2. tapiii bila scan baby kepit. frustnyaaaaaaaaa! tak best langsung scan kat sini. dah la mesin tak brapa clear. fine umi faham. masalahnyaaa doktor tu hala monitor kat dia pastuuu sebok tanya "nampak tak tu kaki dia tu jantung dia tu bla bla bla"
bila aku cakap tak nampak dia dok "tu...tu..."
gilaaa mana laaa nak nampak dah la mesin tak canggih pastu monitor hala kat dia. grrrr sangat tau!

doktor estimate berat baby dah 1.2kg :)

kedudukan uri ok, ayaq ketuban ok, jantung baby ok. alhamdulillah

then masa consult doktor cakap air kencing umi tak elok. dia tanya keputihan banyak ke? umi rasa biasa jeee. dia mcm tak percaya sbb result makmal takkan menipu kan. dan umi pulak memang takde rasa keputihan melampau or gatal2 ke apa. rasa biasa je. so doktor bagi satu ubat yg amat mengerikan. katanya ubat tu kena masuk kot faraj. sama konsep mcm induce dulu. euwwww~

~ cari peruttttt ~
lepas jumpa doktor, ambek tarikh utk next appoiment. tu pon kena tunggu. fuhhh.

pastu jumpa nurse pulak. nurse ni mmg baik, mmg selalu dia yg check umi. dia siap tanya lagi kenapa nampak mcm tak larat. maunyaaa tak lemau, mai dari pagi kot. almost pukul1 baru setel wehhhh. nangessss. lembik lutut dah haaa.

maka umi tak terus balik. serbu tesco dulu utk makan sbb lapaq sesangat dah. hajat hati nak makan set nasi ikan pari tapi takut tak lalu nasi putih so order nasi goreng portugis. alhamdulillah lepas tekak umi walaupon makan tak habes. dah kenyang boleh la cuci mata pulak. beli set pinggan utk anak sebagai upah sbb kena tinggai lama huuu. bila balik umah kemainnn anak menjerit tengok umi. kesian anak, lama sungguh umi tinggai huuu :(


Wednesday, March 25, 2015

WEEKEND - MERAP

ASSALAMUALAIKUM...

weekend lepas, tak balik merbok. so ada la masa utk keluarga kecik kami ni. sabtu 21/3/2015 ada kenduri. memang takde target nak pi mana2, nak pi kenduri je. since malam tu kan umi terjaga dan tak boleh tido, dalam pukul9.30 baru umi tido. sebelum tido sms suami sesiap, umi nak tido. kalau anak jaga mintak tolong abi jagakan pulak hewhewhew

anak pon, elok umi nak tido elok tu la dia nak jaga pon. koserrr umi nak layan. serah kat abi la sbb kepala umi memang tingtong sangat dah. pukul 12 baru umi bangun, tengok anak dan abi dah siap mandi. umi mandi terus bersiap pegi kenduri, senanggg haha! kenduri dekat ja so pi naik moto ja. tapi kami spent masa lama jgk kat umah kenduri. sbb umi tak lalu makan, ambek nasi sesudu pon tak abesss, so umi dok makan benda merapu ja. meratah kuah laksa dan makan apom balik. aaaa kenapa apom balik umah kenduri semua sesedap belaka??? nikmat sungguh rasanya!

balik umah mak dekat pukul2, sekali tengok tv3 ada citer DON laaaa. my fevret tuuu. ingat nak ajak abi balik lepak umah kami laaa baru layannn nak tgk movie kan. tapi kesian pulak kat anak yg tgh happy main dgn kakak yong. at last umi sorang je tgk tv, abi layan anak. siap beli eskrem malaysia makan ramai2 kat luaq umah. umi jaaa steady layan hindusetan hahaha.

planning petang nak ke taman jubli, so paksa anak & kakak yong tido awal. lastly sekali umi sekali abi tertido wahahaha! sedaq2 dah dkt pukul 6. balik umah kami solat asar. kakak tak bangun tido lagi so tak bawak la dia. alang2 dah lewat, dan cuma kami bertiga je, pegi naik moto jela. dan tak jadi ke taman jubli, kami pi yg dekat je, taman sri astana.


sampai sana terus umi tergamam. biaq betoi tempat ni kannn. last mai sini dulu tak preknen lagi. dulu sini takde apa pon, cuma taman rekreasi. ada la sorang dua juai ayaq. tapiiiii hari ni tgk penuhhh sesak kat situ. rupanya segala mak nenek dah ada juai kat situ waaaa! giant bubbles dah ada, kereta/motor budak dah ada. org berniaga pulak mcm2, mainan ada makanan ada baju tudung semuaaa ada. makanan mcm2 menu, paling tak tahan aiskrim besen. nangesss dengaq! hahaha

~ seketul mak buyung merah di tengah padang ~

umi sampai2 terus beli kopok lekor. anak dan abi beriadah, umi mengunyah jeee, lapaqqq hahaha. 


kemain la sonok dua beranak tu. si kecik tu la paling syok boleh sepak bole lelaju, abi tukang kutip hahaha. abi tah pape pakai baju ben10 kaler hijau, sedondon pulak dgn bola ben10 anak pon kaler hijau. 


maka kena paksa selfie dgn umi sbb umi rasa abi kiut sangat. alololo *tampaq sedaihhh*


malam tu konon nak lepak kat umah kami. bukan senang kami nak luang masa kat umah sendiri, even tinggal sebumbung. nanti la umi citer bab tu. umi target malam ni nak lipat baju sambil teman hero2 kat umah. tapiiii belum isyak lagi mak dah call suruh mai umah mak tengok bola. aaaa nangesss. boleh je kalau kami tak pi, tapiii taknak la hampakan permintaan mak sobsss. maka umi decide nak goreng bihun dulu buat bekalan umi. abi pon pi surau dulu utk isyak. dekat pukul10 la baru pi umah mak. bawak bihun utk depa sekali. 


lepak punya lepak pukul 12.30 baru balik umah kami. nanges aaa. saja biaq anak main dgn kakak yong dan maktok. padahal hari-hariiiiiii main situ huuuuuu. malam tu, lepas anak tido, kami tak tido lagi. menyembang. sembang punya sembang tak sedaq dah pukul 4. sembang sampai perut umi lapaq semula haha. merap abi suruh bancuhkan milo dan cicah dgn biskut. setel makan, abi mengaji kejap baru kami tido. fuhhh. mata umi memang ngantuk tapi melayankan abi sembang, ikut je. lagipon kalau tu cara dpt buat kami rasa 'berdua' umi redha. ganti balik masa 'bagi' kat mak tadi hehehe.

ahad, umi ada pesan nasi kerabu kat kak ila. tinggal anak kat mak, pastu merempit berdua dgn abi pegi ambek nasi kerabu kat kak ila. beriya ja order, tapi umi tak lalu jugak. wuuuu nangesss. balik umah mak, lepas abi dan anak makan setel semua, merap abi pulak. kemarin dah kasi chance abi tido dan rehat, hari ni abi kena layan umi pulak. nak dating berdua. tinggal anak kat mak lagi, kami keluaq berdua naik moto. ajak abi pi CS cuci mata, pegi bank, pegi beratoq berjam2 beli ayaq borders tea, beli cucoq udang, baruuu balik umah kami haha. sampai mak dah tunggu kat umah kami, sbb mak nak keluaq. amboi mak, protes nampak?hahahaha!

lepas mak abah keluaq, abi pon balik merbok utk kuliah, tinggal lah umi dgn anak kat umah. umi tidokan anak sbb siang tadi dok umah mak dia tak tido pon. boleh la umi buat keja kejap. pukul 10 mak balik, anak dah jaga. apa lagi, kalut la nak ikut tok dan wan. pegi laaa nak, pegi. tinggal umi sorang. nanti abi balik dari merbok abi ambek la. umi malas nak pi dah. 

tapiii beberapa minit kemudian mak call, suruh mai jugak. makan bihun sup tulang bangpit bawak. sekali lagi, malas tapi kena pi jugak sbb jaga hati mak. gituuuuuu. satu hal pulak abi kena mai ambek umi pi umah mak pulak. wuuuu. umi bukan makan sangat pon. ratah sup jela, buat syarat huhu. mak pelawa tido sana, tapi umi malas la sbb pi sehelai sepinggang ja. mcm biasa, lewat malam jugak la baru balik umah kami.


Tuesday, March 24, 2015

MUF - MEMBACA

ASSALAMUALAIKUM...

umarfaiq ni sejak kecikkk lagi memang dah suka membaca. umi mula detect minat dia tu bila dia hari2 baca katalog tesco. alkisahnya umi penah ambek katalog kat tesco yg berbentuk buku, mcm katalog ikea tu. saja la umi ambek. katalog tu dok tersadai ja kat umah. entah sejak bila dan mcmana umarfaiq start 'baca' katalog tu. dia bukak katalog tu, then dia tunjuk satu2 benda yg dia kenal.


yg paling dia kenal sekali, cerek. sbb cerek dalam katalog tu warna hijau, samaaa mcm cerek umi tu haaa. bila dia tgk part cerek tu, dia akan panggil umi then tunjuk cerek umikat dapoq pastu dia tunjuk buku tu semula sambil buat bunyi cerek menjerit. dasat sangat tau bila sel2 otak dia berhubung!!! so umi paham la, maksud dia cerek dlm buku tu sama mcm cerek umi. atau nak lebih glemer, cerek umi masuk buku. eh?


lepas dari tu, satu per satu benda yg dia nampak kat luar dan ada dalam katalog tu, dia akan tunjuk kat umi. lama2 umi pon 'baca' sama2 katalog tu dgn dia. dah mcm kamus jadinya, bila semua benda dlm katalog tu dia mula kenal. bkn katalog tu je, apa2 katalog yg dia nampak semua dia akan 'baca'. rasa mcm kesiannnyaaaaaaa anak aku baca katalog je kan? kehhhhhh 

tapi umi memang terharu sangat2 sbb bukan umi yg ajar dia membaca, dia sendiri yg cari ilmu. belajar sendiri. bila umi buat keja, dia akan main mainan pastu selang seli dgn membaca. boring2 dia akan 'membaca'. kalau nanges ke apa kdg umi pujuk dgn tunjuk benda2 dlm katalog. wahwahwah pengawas pusat sumber sangat perangai kannnn! 


lalu umi decide utk belikan buku kat dia. Masa pesta buku hasani hujung tahun lepas umi usung dia pi pilih buku, seronok kemain laaa dia bila dapat buku! dalam keta lagi dah study. tapiiiii masalah dia ni bila baca buku, dia akan baca 'bab' yg dia minat jaaa. contoh, part binatang, transport dan bola. jenuhhhh hahaha! bila umi tunjuk kaler ka number ka dia takmau, nak bukak part yg dia suka ja. adoi laaa. tapi takpe la asalkan suka membaca pon umi dah bahagia tengok.

semua org tau dia suka buku. pi mana2 mesti bawak buku. balik kampung ka, pi jalan2 ka, masuk wad ka, semua mesti bawak buku. keletah dia bila baca buku sgt comel. bila kat umah je dia paksa umi 'baca' buku dgn dia. bila balik kampung, nasebbb laaa sapa yg kena temankan dia baca buku hahaha! 


memandangkan minat dia tu, baru2 ni makngah dia hadiahkan buku pulak. memang buku yg dia minat je makngah bagi. haaaaaaa suka sungguh dia! apa lagi hari2 nak baca buku. jenuh weyyy umi dok ulang 'baca' benda samaaa T___T

apa2 pon umi suka tengok anak umi macam ni. bukan takat mainan je dia panai main, tapi buku pon dia pandai baca. harap2 lepas ni boleh baca al-quran pulak. moga Allah permudahkan urusan anak umi, difasihkan lidahnya agar mudah membaca. aamiin :)



Monday, March 23, 2015

STRETCHMARK KETIKA HAMIL~

ASSALAMUALAIKUM...

tak ingat laaa penah share ke tak pasal stretchmark ni masa mengandungkan abang umar dulu. takpeee kalau dah share pon nak share lagi jugak heee :)

selalu umi dok baca pasal stretchmark ni seolah2 mimpi ngeri bagi para wanita. dengar cerita scary sangat kan. kawan2 pon ada share pasal stretchmark ni. umi pon gerun jugak la kan memula. tapi still tak dapat imagine mcmana rupa stretchmark tu? tengok kat gugel tak real, so umi tak terima haha.

tapiii masa false labour dulu, kebetulan ada sorang adik ni kat katil sebelah tgh baring sambil check CTG. umi terrrnampak perut dia. mashaallah memang umi terkejut sesangat! 1st time tengok perut yg ada stretchmark secara real. seriously lagu tu ka rupa stretchmark??? mcm buah tembikai pon adaaa :(

maaf, bukan menghina tapi umi terkejut sebab memang umi tak pernah tengok.

memang patut laaa para wanita rasa takut dgn stretchmark ni. cuma umi tak tau, stretchmark ni boleh hilang tak???



sepanjang preknen umi memang takde stretchmark. perut bulat gebu elok ja. taktau la sbb perut kecik ka sbb apa, tapi memang langsung takdak. masa mengandungkan umarfaiq dulu, masa perut 'tak nampak' lagi umi dah start sapu bio oil kat perut. tapi idok le sapu hari2. harapkan abi je sapu, mengada!!! kalau abi tak sapu memang umi malas sapu sendiri.

utk mengandung kali ni, umi agak risau la mana tahu ada stretchmark pulak. mana kita tau kan...yela dah penah beranak, perut bekas bertungku pon tak hilang lagi. tak mustahil la kot2 srtetchmark tu nak muncul huhu. dan mengandung kali ni jugak umi takde pon sapu bio oil. malas. dan umi tak suruh pon abi sapu. memang biar je. tapiii alhamdulillah sampai sekarang perut dah keras membulat pon masih takde stretchmark.

alhamdulillah. umi taktaula stretchmark ni apa puncanya. tapi rasanya mcm susah je nak hilang. tengok kat pasaran pon mcm2 produk utk hilangkan stretchmark ni. tapi taktaulaaa yg mana paling bagus.

kawan2 ada pengalaman tak pasal stretchmark? boleh hilang tak? produk apa yg paling bagus???


Saturday, March 21, 2015

CHECKUP : MARCH (ATT)

ASSALAMUALAIKUM...

bulan march punya checkup sepatutnya pada 10/3/15, tapiii umi lupa. sebab bizi. dan umi asyik ingat 31/3/15 kena jumpa doktor utk scan dan minum ayaq gula, tu yg lupa part jumpa nurse. dah 2-3 hari missed baru tersedaq pulak tu haha. memula umi nak pi je menonong gitu even dah lepas tarikh. dari hari ni nak pi tapi tak pi jugak pon sbb malas. last2 sampai ke weekend. isnin konon nak pi dari merbok, rasa malas. selasa balik sp konon nak singgah klinik terus, rasa malas. at last rabu 18/3/15 baru pi. tu pon pi dgn penuh rasa malas hahaha!

bayangkan pagi tu umar faiq boleh pulak buat tido sedap tak bangun2. umi dah siap pakai tudung pon dia tak jaga jugak. tergolek sana sini pon tak bangun jugak. wahwahwah! at last umi terpaksa start keta dan angkat je dia yg tengah tido tu. masa kena angkat tu baru terjaga mamai2 haaa. masa tu dah pukul10.30 pon. terus hantaq dia pi umah mak, tinggal kat mak. macam biasa dia sangat well behave, takde nak merengek pon bila kena tinggal. lagipon kakak yong ada, syokla dia ada kawan.



sampai klinik dah hampir pukul11 pagi. mcm besa, check berat dan darah. berat naik 1kg, jadi 56.5kg, ok la tuuu. itu pon bukan berat umi yg naik rasanya, tapi berat baby sbb baby dah besaq haa! lepas tu mcm biasa test urine dan darah. umi tawakal je ni kalau hb rendah sbb umi tak makan sangat pon vitamin. umi kena ambek obimin sehari 2x sbb hb rendah dlm range 10 je. tapi umi makan sekali je sehari, tu pon bukan hari2 umi makan. memang jarang sgt2 makan vitamin. kalau abi tak warning mmg tak makan, mengada.

tapiii alangkah terkejutnya umi bila tgk hb naik dari 10.4 ke 12!!! kegilaan apakah ini yg naik mendadak sgt ni? haha. senyum jela... lepas tu mcm besa pegi bilik 5 dan tunggu situ. nurse just check perut ja. tapi nurse ni tak best. dia baik, tapi dia buat keja sambil menyembang. takde nak komunikasi dgn kita. sambil ambek heartbeat baby sambil menyembang. dah tu dia tak tarik langsir tempat umi baring tu grrrrrrrr. memang la semua pompuan tapi dia kena bagi privacy kat patient. sampaikan ada nurse yg lebih muda tegur, "tutupla sikit langsir tu, malu dia haaa" . huhhh. mujoq dia check sekejap je tu yg umi malas nak bertekak.

apa yg mengejutkan, hari ni kena cucuk ATT rupanya waaaaaaaa! nape tak habaq awai2 wuuu. cukup tak suka kena cucuk sobsss. masa cucuk tak sakit sangat, tapi kesan lepas tu yg azab. sekarang ni nurse tak boleh bagi vitamin, kena pi ambek kat farmasi. tak kuasa la umi. dgn tangan sakit nak tunggu ambek ubat pulak. sudahnya umi balik gitu ja. dalam pkl12 gitu dah siap.

masa drive tuuu memang azab. tangan rasa sakit sangat, ketaq lutut masa drive tu. tetiba rasa nak nanges huuuuuuu! :(


26 MINGGU

ASSALAMUALAIKUM...

minggu ni dah 26w usia adik. minggu ni selera makan menurun lagi. tetiba mai angin tak lalu nasi. jenuh laaaa hari2 pikiaq nak makan apa. tak makan, lapaq! huuuuuu

isnin - ada di merbok. org lain masak umi pon masak. tapi bila org lain makan, umi keluaq pi beli moi sup naik moto sensorang. semua org hairan mana umi pegi tiba2 tak bagitau. bila tgk umi beli moi, depa kesian haha. abg met ada boleh tolong beli. umi cakap takpe, bukan jauh pon. taknak la kan nampak mengada2. umi yg tak lalu makan biaq umi yg usaha sendiri. mujoq laaa boleh jugak telan moi tu. bukan teringin pon moi sup tu, tapi tu inisiatif nak gantikan nasi. kalau tak makan nanti mana nak dapat tenaga sobsss. malam umi makan burger, order kat abi. itu pon dekat pukul 1 pg baru makan sbb awal tu rasa tak berselera nak jamah makanan.

selasa - bangun pagi cuba jamah nasi lemak, failed. masa balik sp lapaq sgt taktau nak makan apa singgah beli goreng pisang. alhamdulillah boleh makan. nak beli nasi kerabu yg umi selalu makan tu, depa cuti seminggu pulak dah wuuuuuu. petang tu abi balik keja terus ajak pi pasar malam cari makan hekhek.anak macam biasa tinggal kat maktok haha. dekat nak sampai pasar malam tetiba ternampak COWBOY COFFE, ala2 BORDERS TEA jugak. terussss suruh abi stop dan beli coffe ice. heran abi tgk bini dia nampak2 org jual air terus nak kan...



masa pi pasar malam rasa terujaaa sbb rasa mcm semua benda sedap. tapi mana umi mampu makan banyak2 kan sobs. beli nasi kerabu jela utk umi walaupon umi teringin koteow grg talam yg abi beli sbb umi perlukan nasi. balik umah kami dulu sbb abi nak mandi sesiap dan pegi masjid. lepas abi siap baru hantaq umi ke rumah mak dan abi pi masjid. alhamdulillah umi berjaya makan nasi kerabu.

rabu - pon masalah yg sama melanda, nak makan apa? pagi tu mintak abi belikan nasi lemak konon nak alas perut karang nak pi klinik. tapi akhirnya makan tak sampai 2 sudu kenot go dah. adui la. dah pukul 3 lbh tak makan apa lagi mula laaa lapaq gedik2. nak keluaq malas, panasss. tetiba teringat kak ila! terus call dia mintak dia tlg belikan bihun goreng bila dia balik keja. sementara tunggu dia balik keja dgn bihun grg yg lazat, sempat la umi lelap bersama anak barang sejenak. pukul5.30 umi terjaga elok kak ila pon sampai. tapiiiiiiiiiiii dia beli mee grg sbb bihun grg takdeeee katanya. uwaaaaaa. dah la umi tak berapa lalu mee grg. tapi terpaksa telan jgk sbb lapaq. maka umi makan tak sampai separuh pon. mujoq sedap jugak wuuuuu. malam, suruh abi beli roti gardenia dan buat roti bakaq dgn teloq. bukan umi yg mengandung ja makan, semuaaa pakat tumpang pulak menu org preknen ni kannnnnnnn! alhamdulillah jadi la habuan lapik perut. malam ni tido umah mak sbb esok pagi mak nak buat nasi lemak.

khamis - umi bkn lalu sgt nasi lemak. tapi nak keluaq pi pekan beli makanan terrrrsangat lah malasss! maka gagah jugak telan nasi lemak sesudu dua habuan alas perut. petang, order kat kak ila lagi hehe suka merap dia. kali ni order roti dari kedai kek fairy ja. patutnya hari khamis dia balik awal, tapi kebetulan hari ni bos dia ada so dia balik lambat. mujoqlaaaaaaaa umi dah makan roti cicah bubur kacang yg mak tapau dari rumah kenduri ptg tadi. alhamdulillah kenyang. kalau tidak jenuh menangesss lapaq. malam mintak abi tapau nasi goreng, sudahnya tak makan pon sbb nafsu makan tak mai lagi. balik umah pukul11.30 mlm baru makan, tu pon tak habes.

jumaat - abi bangun lambat so abi ambek half day el hahahaha! lepas abi mandikan anak kami ke umah mak kejap. dan umi mintak abi beli bahan nak buat bihun grg in case japgi umi lapaq blh masak. tengahari balik umah kami dan abi pi keja mcm biasa. umi makan chipsmore utk alas perut. lepas tidokan anak, umi buat keja. so mula la malas nak grg bihun padahal bahan semua dah siap. last2 sampai ke ptg tak buat pon, kononnya nak buat malam pulak.fine. ptg pi ronda, singgah kat umah jiran lorong sebelah ada kenduri nikah anak dia. singgah sbb mak abah ada sana. menu nasi ayam. abi je makan, umi ratah tulang2 ayam.





malam pulak mak ajak pi umah cik ani, ada makan2. saja ja pi nak tunjuk muka ja kononnya. sekali pi tengok  menu semua best2, kebanyakannya yg memang umi suka makan time preknen ni.memula pi terus umi terkam kek choc indulgence SR punya. nikmattt. pastuuuuuuuu umi meratah daging bakaq dgn kuah balackpepper 2 mangkuk sobsss. pastu meratah mee ketam pulak.nanges aaa pastu perut sengkak tak boleh duduk hahaha. kek, daging dan ketam adalah antara fevret umi bila preknen kali ni. dan malam ni mmg betul2 rezeki umi. ada byk lagi menu spt sate dan ayam bakaq, tapi preknen ni umi mmg tak lalu ayam sgt so umi tak sentuh la.

balik tu apa lagi, terus 'mabuk' dan tertido. sedaq pukul4 pg sbb anak nanges nak susu. selalu umi sediakan susu sesiap, tapi dah semalam tertido terpaksa bangun bancuh susu plk. dah terbangun tu mmg tak tido semula dah. umi bkn pesen senang tido. selain buat benda yg berfaedah, tu yg terkeluaq entry time2 subuh ni :)


Friday, March 20, 2015

IDEA GIFT UNTUK BABY~

ASSALAMUALAIKUM...

biasanya kenduri kawen ni bermusim. contohnya, time cuti sekolah la kan pakat ramai2 nak kawen. korang perasan takkk 9 bulan lepas tu mula la pulakkk musim org beranak? perasan takkk??? hahaha

aku perasan. sebab tetiba ja kawan2 aku pakat beranak. haaa jenuh nak siap duit la kan bagi gift untuk baby. aku ni jenis kalau org mai melawat anak aku, inshaallah aku akan melawat anak diorang pulak. bila mai beranak serentak ni, siap laaa haha.

selalu kalau pegi ziarah baby korang bagi apa? nak senang, bagi duit la kan? mai aku share apa yg boleh dijadikan gift bila ziarah org bersalin. sebenarnya ni gift2 yg aku dapat masa bersalinkan umarfaiq dulu. saja share kat sini, kot2 boleh bagi idea kan? :)


HAMPER : yang ni dari mummieh erin, maklong ina dan maklong paklong :)
umi sukaaa hamper sbb cantik pastu sayang nak buka huahuahua. mujoq anak umi ni pesen saiz kecik, so dah habes pantang baru bukak hamper pon masih boleh pakai la baju2 dalam tu.baju mummieh bagi tu setahun lebihhh baru boleh pakai dan masih dipakai sampai sekarang. yg best semua hamper ni jenama lain2, so bestla boleh try set sabun yg berlainan. mujoq jugak anak umi jenis kulit elok pakai brand apa pon boleh. setahun lebih jugak baru umi start beli barang mandian umarfaiq sbb dok pakai yg org bagi ja :)


GIFT SET : dari kawan2 umi belaka. gift set berupa set pakaian baby. yg last tu romper set beserta stokin. romper2 tu saiz 6m dan sampai sekarang masih boleh pakai. tapi stokin tuuu lepas pantang dah tak boleh pakai sbb umar faiq ni jenis kaki panjang hoho. 


BAJU : dari kawan2 umi dan jiran2. yg set hijau tu katanya sebab tahuuu umi suka hijau sbb dok baca blog umi. auwww tak sangka kawan sekolah baca blog. maluuu iols. set purple tu sah2 laaa dari bonda lina. gigih jugak cari purple haa, dah la tak byk choice utk baby boy huhu.


romper dari mommy hajar, LITTLE BRO tu refers to umarfaiq. kengkonon from big bro Raees, anak mommy hehe. palinggg best, kemeja tu haa dari makngah ila. kata makngah stylo macho habes. choiii makngah! tapi mmg best kemeja ni sbb material elok, saiz kecikkk comel elok pakai raya haha!


KASUT : yg hijau tu kasut yg jenis benang kait tu, dari kawan umi jugak ibu si kakak amni. ibu amni kait sendiri tau! pon kengkonon sbb umi suka hijau, nahhh hijau kuning dia bagi. boleh pakai pi stadium kehkehkeh! yg atas tu bukan kasut tapi stokin dgn romper yg super cute, dari kawan umi (mama lufya) 


PLAYGYM : yang ni dari kinah. teruja melompat umi dapat benda ni hahahahahaha! selain baju, sesuai sangat bagi benda ni. kalau tak mampu bagi sorang, boleh share dgn kawan2 kan? sbb baby mcm wajib jeee kena ada benda ni hehehe


STORAGE BOTTLE : ok, selain gift utk baby kita jugak boleh bagi gift utk si emak yg penat melahirkan tau. kesiannn umi beranak teruk2 tapi anak yg dapat mcm2, jeles okkayyy hahaha! mcm naimah ni dia bagi storage bottles kat umi sbb susu umi banyak. ok la kan sangat berguna utk umi tu. yg satu lagi tu set sapu tangan yg sangat lembut kainnya. mmg lepas ni kalau beli saputangan utk anak umi akan beli brand ni. unik jugak kan bagi sapu tangan? sbb mmg sangat berguna pon :)


BEG : lagi keperluan sang umi, beg baby. sangat teruja dapat beg ni, dah la cantik berbalut. yg ni dari fahida si ibu haziq. memang berguna sampai sangat2, senang asingkan beg dia.


BAKUL : yang ni pulak dari ani, ibu hakimi. lain dari yg lain kan? best sangattt dapat bakul ni. function sama mcm beg baby jugak tapi umi lebih suka letak barang2 besar seperti selimut, napkin, pampers, botol2. perasan tak kaler hijau tu? hehehe



PAMPERS : kalau pening sangat nak bagi apa, haaa nah bagi pampers senang! kompom berguna hehehe. kalau takut nak bagi saiz newborn, bagi je saiz S or takpon M pon takpe. sbb baby kan cepat besaq. tapi mcm umar faiq saiz newborn ni berbulan jugak la guna. semua ni dari makcik si mama uwais tu. terung tu dari cameron, comellll sangat. agak besar utk umarfaiq peluk tapi dia suka tengok mata terung tu haha. dan jugak ada sepasang baju di situ. duit pon makcik bagi. haaa kalau dah nama mak menakan memang gitu laaa semua benda nak bagi heee

itu yang org bagi kat umi la. ni sebahagian je, ada lagi yg tak sempat nak snap. ada yg bagi duit, ada yg bagi hadiah pon bagi duit lagi. alhamdulillah. pendek kata umi dapat hadiah yg PELBAGAI. yg kadang umi tak terpikir pon org akan bagi. selalu umi pi tengok baby bagi duit/baju/hamper je hehe. dan yg paaaling best rezeki umarfaiq bukan setakat masa dalam pantang. lepas pantang, dan sampai sekarang masih org bagi hadiah macam2 walaupun bukan besday. syukur alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. maklum laaa apa2 yg org bagi kat anak, umi yg syok lebih selalunya :)


so bila dah ada pengalaman org bagi kat kita, kita pon mula la pandai nak pelbagaikan hadiah kat org pulak hehe. yg ni antara yg umi bagi kat org. set toys tu umi paling berkenan sbb cantik dok dlm kotak, umi tambah reben je acah2 comel haha. kenapa bagi toys? sbb kadang2 umi ni nawaitu nak pegi melawat tu ada, tapi peluang tu takda. kadang dah berbulan2 tak melawat lagi. kalau beli baju, kang tak muat la kan? so paling selamat bagi toys. lagipon baby kalau dan lebih 3m kan dah mula nak pegang2, ok apa bagi toys ni huhu. lagipon toys ada banyak takpeee baby tak boring, sama mcm baju. lagipon toys sesuai utk baby boy or gurl, takde diskriminasi jantina :)


kalau yg utk baby dekat2, boleh la umi bagi baju. tambah2 kalau baby girl, lagi suka bagi baju. baju baby girl kan comel2 belaka. tapiiii kawan2 umi tak ramai yg baby girl huhu. kurang koleksi awek umarfaiq hewhewhew


Thursday, March 5, 2015

BIJAK MEMBELI~

ASSALAMUALAIKUM...

Family sebelah suami, kebanyakan ada bisnes. even mak ayah metua sendiri pon ada bisnes kerepek pisang sejak turun temurun. mak cik ada restoran. yang lain2, even dah ada keja tetap masih jugak berniaga. biasanya yg pompuan la. dari makcik2 sampai ke sepupu sepapat semua ada barang dagangan masing2. kain pasang, baju, telekung, cadar dll.

sedara belah suami memang ramai. setiap kali berkumpul tu memang meriah. bila ada majlis or kenduri or raya ke, memang semua akan turun berhimpun. dah bila berhimpun tu, masa tu la pakat2 bawak keluaq barang dagangan memasing. memang laris la...dah kata ramai kan, paling tidak pon 2-3 orang mesti grab jugak. kalau dah namanya wanita ye dok...


aku pulak, setiap kali depa ramai2 kerumun barang jualan, aku tak join. sebab aku tak minat. korang kena tau yg aku ni kedekut. bukan kedekut dgn manusia atau kedekut nak bersedekah, tapi aku kedekut nak beli barang yg bukan keperluan. kalau nak beli sesuatu, aku suka yg murah. aku suka survey dulu kalau nak beli apa2, dan dapatkan yg paling murah. melainkan tengah jalan2 tetiba terjumpa benda MURAH, yg tu memang aku terus sambaq tanpa pikir panjang.

jadi bila dah ramai2 dok pilih2 baju, aku je buat hal sendiri, kan nampak mcm 'kesian' tu... mesti org pikir, kesian kat aku sbb tak keja, mungkin takde bajet nak shopping. hmmm... aku rasa mesti ada yg berfikiran mcm tu. sbb selalu depa mcm nak ambek hati aku "mai la sini, takpa la tengok2 ja dulu"... huhuhu

sebenarnya aku memang tak berminat pon. aku tak suka membazir. kalau aku rasa tak perlu, dan takde nafsu pon nak beli, memang aku takkan belek2 dah. abi pulak, mungkin dia perasan situasi aku. sebenarnya setiap kali sedara2 keluarkan barang2 jualan, abi akan datang kat aku dan bisik "pi pilih mana yg berkenan, nanti b bayar"

see? suami bagi greenlight kot. memang mcm tu selalu pon. si suami takkan biarkan bini dia nampak 'sedih' di mata orang. tapiiiiiiii masalahnya aku memang TAK BERMINAT. kadang2 abi mcm, betul ke takmau? pilih la takpe nanti b bayarkan. gitu. aku cakap, "betul taknak. kalau sayang nak, tak payah tunggu b offer sayang dah paksa b bayaq" gituuu jawapan aku


kesian kan jadi surirumah ni? org selalu ingat kita takde duit. selalu nampak kesian kahkahkah. pada aku takpe, aku ok je. hal rumahtangga kita buat apa nak bagi org faham. aku ada suami yg memahami, yg tak pernah abaikan aku. kadang2 suami sendiri yg offer nak itu tak nak ini tak. kalau aku nak sesuatu aku akan mintak izin suami dulu, "kalau sayang nak baju ni, b boleh belikan tak?" itu kalau pakai duit suami. 

kalau tetiba mood aku nak belanja diri sendiri, aku beli je apa aku nak. wanita sekarang pon pandai cari duit la, tak semestinya kena kerja baru ada duit. tapi selalunya duit aku suka belanja anak lagi. so sebab tu aku suka pau abi pulak untuk belanja aku hahaha. takpe b, nanti anak besar suruh anak belanja abi pulak ye? hekhekhek

aku, bukanlah jenis yg jaga penampilan sangat. maksudnya nak itu nak ini. selagi boleh pakai, aku pakai. raya jela kalau nak beli baru pon. waktu lain, tengok keperluan. sebab tu aku asyik pakai baju sama je, sebab selagi boleh pakai, aku akan pakai sampai lunyai. melainkan kalau ada benda tu yg aku tengok memang aku teringin, so memang aku akan beli la.

~ my great husband, also great abi ~
cuma kadang2 risau jugak nak pakai benda2 baru. sebab takut nanti org kata aku ni kikis duit suami. dah tahu tak keja, nak melaram bagai. padahal korang tau ke mana aku dapat benda tu? tapi kalau difikirkan balik, lantak la kan kalau aku kikis duit suami pon. bukan pakai duit suami kau pon. kehkehkeh kasaq nampakkk

kesimpulannya, aku ni jenis tak suka beli sebarangan. even suami nak belanja pon, kalau aku rasa benda tu tak perlu, aku tetap tak mau. setengah org, kalau org nak belanja, dia akan guna kesempatan yg ada. huhuhu. itu pilihan memasing la kan?

Wednesday, March 4, 2015

24 MINGGU~

ASSALAMUALAIKUM...

sejujurnya, untuk anak kedua ni umi selaluuuuuuu lupa kira usia kandungan. maksudnya umi sendiri tak tahu kandungan umi dah berapa weeks. yg umi tau bila org tanya berapa bulan dah, umi akan jawab nak masuk 3 bulan, or 4 bulan lebih. jawapan yg tak tepat. 

mcm tadi saja belek2 kalendar dan kira, rupanya adik dah 24w pon! means dah 6 bulan la kan? subhanallah cepatnya masa berlalu, sampai umi tak sedar. sibuk sangat dgn urusan kehidupan sampai tak sedar adik dah besar.


alhamdulillah adik setakat ni memang aktif. walaupon perut kecil comel cinonet, tapiii bergegar2 perut bila dia buat gimnastik kat dalam. pukul2-3pagi adik 'tak tido' lagi dok bergolek. memang terangkat perut umi ni ha! 

abi gelak je setiap kali pegang perut adik dok tendang2. abang umarfaiq pon dah boleh rasa adik bergerak. cuak muka dia bila perut umi bergoyang =p

sampai sekarang masih tak tau jantina baby. untuk anak kedua ni memang umi jarang scan sbb umi takde masalah. masa mengandungkan abang dulu selalu scan sbb dah alang2 pi klinik sbb sakit itu sakit ini tu yg scan aje sekali. mcm adik ni dok sihat walafiat takkan sesaja nak pi scan. 

date scan dgn doktor hujung bulan 3 ni. tengoklah kalau sempat nak pegi la jugak scan 4d mcm buat kat abang dulu. tapi kalau tak sempat, redha ajela. sbb jadual kami sekarang memang padat. nama je surirumah, tapi siapa tahu kesibukan kita ye dok?


bulan depan dah 7bulan, dah kena start beli barang baby. tapi haiii nampak mcm bz aje ni. adui la. banyak benda yg tak siap lagi, banyak benda umi nak kena setel huuu. 

mujoqla adik sangat baik kat dalam, umi takde masalah kesihatan yg kronik. hari2 memang aktif bergolek dalam perut. umi pon kuat sihat alhamdulillah.

cuma selera makan je ikut musim. ada minggu yg ok, makan je apa pon inshaallah boleh telan. tapi kalau minggu yg tak lalu nasi, memang sukar sikit la sbb umi akan jadi lapaqqq! macam minggu lepas hari2 beli nasi bungkus, tapi makan tak habes pon. minggu ni pon mcm kurang makan nasi. huuu. 

moga adik sihat2 aje kat dalam. kadang2 risau sangattt taktau adik mcmana ada masalah ke apa. tapi bila adik tendang golek2, rasa lega kejap. huuu


* adik, dah ready ke nak jumpa abang long kawasan?*

adik, dont worry. ada abang penyayang yang sedang tunggu adik keluaq tau! :)

Tuesday, March 3, 2015

MAMA FANA E-DAY

ASSALAMUALAIKUM...

1 FEBRUARI 2015 - tarikh pertunangan mama umarfaiq, si doktor farhana tu a.k.a mamafana. hek eleh baru sebulan berlalu ye dok? belum basi lagi nih...hekhekhek

sebelum dia bertunang tu kemain kalut la dia kan, sebok tanya itu ini. seksaited letewww~

iols pon tumpang seksaited, tapi berlagak cool aje la hekhekhek.

awal2 dah dikabo kena pakai baju PINK. abi mmg dah ada baju pink, anak pon dah ada yg mamafana bagi dulu, tinggal umi jela kena beli baju baru. alasan sangat.memula ingat nak pakai dress, barulah persis bidadari kan. tapi taknak la nanti mamafana tenggelam pulak so umi pakai baju kurung jew, baru lah ayu persis ibu mithali. gituuu


anak sebenarnya demam dari sabtu lagi, tapi disebabkan  nak jugak pegi e-day mamafana tu maka umi bagi ubat bontot kat dia dgn harapan panas badan dia turun. alhamdulillah berkesan, tapi dia masih lemah. tak aktif tak ceria. kami pon agak lambat jugak sbb tunggu solat zohor dulu baru keluaq. tak jadi pakai baju yg mamafana bagi sbb anak demam so pakaikan kemeja supaya senang nak bukak butang in case badan dia panas. lagipon nak jugak melaram baju baru dia pon. kebetulan jumaat tu uncle Lan belanja baju baru heee.  act baju tu pon pink jugak, tapi tak berapa nampak sgt sbb jalur2 halus. maka sbb nak match kan dgn anak abi pon kena la pakai kemeja hekkk


masa kami sampai rombongan dah sampai dan tengah makan. apa lagi terus umi masuk bilik dan bergambar sedas-dua dulu bahahaha. kesian anak, mampu tengok je mama dia pakai lawa2. ada mummieh dgn omma pon dia diam je. dah la jarang jumpa, bila jumpa tak boleh beramah mesra pulak sobs.


kawan dia si fateh uwais tu ada pon dia buat dekkk je, tak berminat nak kawan. sedangkan kalau dia sihat mau habes dia ligan anak orang. takpe nak, ada hikmah nya tu. sbb awak nampak sangat bersopan di majlis org huhu.


lepas bergambar sedas-dua, tiba masa org sarung cincin. masa ni umi curi peluang untuk keluar rumah dan pi makan. anak passing ke abi pulak. nasi tak berapa lalu so umi meratah ayam je banyak. mujoq ayam sedap hewhew. nahhh tengah makan sempat la curi2 bergambaq dgn adik ipaq. sila cari hewww


lepas rombongan dah balik, apa lagi......masanya untuk kita bergambaq pulak hewhewhew! anak duduk dengan abi kat luaq sbb abi nak bagi anak dia kena angin dan takut anak bosan tengok perangai umi depan kamera hekhekhek.


tapi, umi rasa umi masih sopan. berbanding mummieh. anak memang kena elak tengok gambaq2 mummieh ni. takut berjangkit. tak percaya nanti sila cekidaut!


tengok tu, org lain rilek jeee, dia je over the top. ntah pape. syok terlebih kot nak dapat abang ipaq engineer. gituuuuuuuu



hantaran punya laaa banyak kalah hantaran kawen haaa. tak sempat nak ambek gambaq satu2. cuma yg bangga hasil tangan umi terselit di celah2 hantaran2 gah itewww herherher


tahniah mamafana, dah maju setapak ke hadapan. wuuuuuu sedihlaaa nanti dah kawen sapa nak belanja anak dan umi wuuuuuu...mujoq adik ada masa beberapa bulan untuk manja2 dgn mama sebelum mama manja dengan suami.*tercekik*


love the simple majlis. pelamin sweet light2 gitu. baju pon simple tapi manisss. mekap natural. minimalis sangat!


dah penat bergambar, sempat lagi laaa bergosip 3 org ni kan. pantang jumpa sangat. tapi bergosip dalam keadaan terkawal dan sopan. lakonan harus mantop. tak boleh la nanti terkeluar saka mamafana nanti, namo namo namo!


candid! ni antara geng KBU yg hadir. gitulah gamaknya. gamborrr aje kejanya. tengok si anith tu, kalah official photo-g tau. pro sangat! mementang la kamera lenovo dia boleh buat gambaq umi segak serta merta..........


tengok mummieh...umi buat muka menyampah kat mummieh tu...uols jangan salah paham k. umi tak pandai posing duckface bagai


ni cubaan umi nak posing diva mcm mummieh. amboi dia sakan sangat posing acah2 sweet sangat. apa ingat umi tak mampu???


selain anith, umi jugak ada kamera power sebenarnya. abi's baby purple namanya. gituuuuuu. kau ado???


akhirnya...jumpa jugak gambaq mummieh yg sopan dan tak merosakkan gambaq. dalam ni ada 2 mak orang,  1 bini orang, 1 tunang org dan 2 gadis yg masih mencari cinta sejati. sweet2 belaka. untuk 2 gadis tu boleh pm for details k.


last but not least, tahniah mamafana! moga dimudahkan urusan nanti. tak sabaq nak jadi bridesmaid anak dua yg paling gojesh! kau mampu??? last but not least, nahhhhhhhhh gambaq paling win


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...