CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 10, 2015

MAKTOK WARDED - PART 2

ASSALAMUALAIKUM...

khamis 29/1/2015- esoknya, haruslah aku nak melawat mak kan. walau mak kata mak takde pape, tetap lah rasa nak pegi jugak. rindu. risau. hati tak tenang bila mak takdak di rumah. mak tak bagi aku mai sebenarnya. sbb takut menyusahkan. hospital sp ni budak2 bwh 12tahun tak boleh masuk. 

tapi aku degil. aku tetap nak jumpa mak. umarfaiq, aku tinggalkan dekat makngah ila dia. makngah ila pon tengah keja sebenarnya, cuma dia keja ada office sendiri duduk sorang2 so dia boleh jaga. lagipon katanya umarfaiq ni bukan susah pon nak jaga. seronok lagi ada la. makngah pon memang dah biasa sgt dgn dia. kalau ada masa memang dok bawak dia pi lepak opis makngah pon. so umi bagi bekal makanan sesiap dah tinggalkan dia dgn makngah. langsung dia tak nanges bila umi pegi. dia faham bila umi cakap umi nak pi tengok maktok sat huuu.


sampai sana, cari parking mcm besa laaa memang seksa. mujoq ada rezeki aku jugak. naseb laaa pakai kereta comel kan, selit ja mana2 suka. hambooihhh full sgt kan, hambekkk kau aku parking hahaha!


masa sampai abah ada dok teman mak. sembang2 dgn mak kejap pastu aku curi2 pi ziarah anak kakjat pulak yg baru bersalin kat spital yg sama. lepas tu baru naik kat mak semula. masa tu abah dah balik. tengok mak tengah tido, rasa sayu sangat hati. mak tak pernah kena warded seumur hidup dia. mak sentiasa sihat alhamdulillah. 1st time mak kena warded pon masa bersalin kat najwa ja. 

sembang2 dgn mak kejap, sampai habes waktu melawat baru aku turun. itupon siap extend lagi. berat hati nak tinggalkan mak. kalau boleh nak temankan mak setiap masa. masa mak sihat pon kami sentiasa borak2 sesama, apatah lagi time tak sihat mcm ni kan. mesti mak bosan duduk sini sorang2. sbb mak duduk wad 2nd class, satu bilik 2org. org katil sebelah pulak tak boleh cakap huuuu.


mak la yg suruh aku balik cepat, kesian kat umarfaiq katanya. bila sms kak ila tanya keadaan anak, dia cakap anak happy ja dok tengok lorry. naseblaaa tempat keja makngah banyak lori huuu...sebelum balik umi singgah makan sesiap kat kafe spital tu. btw memang ni la peluang umi sbb makanan kat kafe ni boleh tahan sedap hewhewhew.

sampai opis makngah tengok anak happy ja duduk dgn makngah. alhamdulillah. dulu mak yg mengasuh kak ila ni, dari lepas pantang. semua depa 4beradik mak yg mengasuh. sekarang dia pulak mengasuh anak aku hehe. makngah kata budak baik ni tak susah pon nak jaga. tengok lori ja pon dah happy sampai sudah haha. umi upah belon kat anak sbb kena tinggal dan sebab baik sangat huhu. 



balik, singgah umah kak fazren kejap. selain nak khabarkan berita mak masuk ward, rindu dekat anak2 menakan sebenarnya. seronok umarfaiq blh jumpa kazen2. balik umah, tak sempat sampai umah mak, anak dah terlena sambil berdiri dlm keta. kesiannya, letih rupanya. padahal dia bangun tido tadi dah dekat pukul12.

petang, abah pi melawat mak lagi. tapi aku tak boleh pi la kan sapa nak jaga umarfaiq lagi. takkan nak suruh makngah ila dia lagi, melampau laaa huuu. kalau boleh setiap masa nak melawat mak :(

so aku bawak umarfaiq ronda2 petang. kesian dia bosan. selalu ramai melayan dia. tapi petang tu tinggal kami berdua jela dah semua pakat pi melawat mak. maktok pon rindu cucu tak sangga dah. saling merindu la depa. 


abah balik dah maghrib. pastu pi pulak sbb nak hantar najwa, dia nak temankan mak malam ni. dah tu tetiba bukan saja kak ila, adik2 dia pon ikut sekali nak pi melawat. malam2 pon hentam jaaa janji boleh masuk haha. mak memang rajin melayan bebudak kat umah tu. bila kita baik dgn org, see, org pon akan baik dgn kita :)


Thursday, April 9, 2015

MAK TOK WARDED - DENGGI

ASSALAMUALAIKUM...

January lepas, mak demam beberapa hari. tapi aku tak berpeluang nak balik umah mak even dekat jeee sebab aku pon tak sihat masa tu. rabu, 28/1/2015 - lepas aku dah makan ubat dah sihat, baru pegi umah mak. memang niat nak jaga mak dan tolong2 apa yg patut. keadaan mak bukan makin sihat tapi makin menjadi pulak demam mak tu. mak tak boleh bangun, cirit birit, muntah2, pening. kesian :(

makan apa pon mak tak lalu. memang mak lemah la. dlm pukul 3 ptg mcm tu mak ajak pi spital. i know my mum. mak takkan menyusahkan aku kalau keadaan dia tak teruk. yela aku ni dgn mengandung dgn ada anak kecik lagi, agak kelam kabut la nak bawak mak pi spital. act mak tunggu abah balik utk pi spital, tapi abah ada keja luaq, so balik lambat. mak tak tahan sangat la tu yg ajak aku jgk. at last mak ajak chaq, jiran belakang rumah teman kami. kiranya aku ni driver jela bawak mak, nanti urusan kat spital chaq yg setelkan sbb chaq memang cekap dan boleh diharap.

aku ni takdela rasa menyusahkan pon setakat nak bawak mak pi spital tu. aku siap tanya lagi "mak tak percaya kat cheq ka?" hahaha

mak kata bukan tak percaya, tapi mak tau la keadaan aku mcmana dgn mengandung dgn anak kecik lagi. kalau ada chaq tu boleh jugak buat peneman huhu.


dalam pukul 4 baru kami bertolak. sampai sana memang chaq yg uruskan semua, ambek kerusi roda, tolak mak, daftar bagai. chaq memang cekap bab2 spital ni. aku cuma tunggu kat luaq sambil jaga anak huhu. memula dia lincah main, jenuh la nak ligan. pastu dah bosan mula la mengantuk pulak. sampai tertido dia kat situ. alahaiiii kesiannya anak umi!

mak suruh kami balik dulu sbb kesian kat cucu dia. lagipon nanti abah balik abah pulak mai ambek. jadi sebelum balik chaq pi jumpa doktor. kemain tau chaq ni! doktor bagitau mak suspected denggi so kena warded dan tak boleh balik. mak bukan tau lagi keadaan dia sebenarnya. sebab depa dok bagi mak berehat dan masuk air. bila dah kata mcm tu, aku tunggu abah sampai la as long as abah pon dah odw.

sebelum balik, aku curi2 bawak masuk umarfaiq dalam bilik kecemasan tu. kesian umarfaiq dok tanya mana maktok dia :(

bagi dia tengok mak, terus muka dia lain. dia tau maktok sakit. mak pon rindu cucu haaa nak kena warded kan. lama jugak la kami duduk dalam tu. dekat maghrib baru kami balik, tinggal abah pulak tunggu kat situ utk urusan masuk wad. 

balik umah, tugas aku kena kemas barang2 mak utk dibawa ke spital. segala keperluan pakaian makanan dll pepandai la aku bungkus huuu. lepas isyak baru aku dgn suami pi hantaq kat mak. tapi aku tak masuk, bagi chance suami masuk pulak sbb suami tak jumpa mak lagi. lagipon masa tu abah dgn abang ada dekat mak, so biarlah mereka geng lelaki je naik. aku kena jaga anak la kat bawah. bawak dia tgk ambulance, dah sudah taknak balik pulak hahaha


dah setel semua baru singgah kedai makan. lapaq wehhh, penat satu hal. aku pilih chicken grill je sbb masa tu itu je yg lalu masuk tekak. anak pon kemain happy bila makan. mcm dia tak letih langsung, ceria je! umi anggap anak ok la. lepas makan ke stesen bas pulak, hantar tiket kat makteh umarfaiq tu. pastu tunggu sampai dia naik bas, dah pukul12 lebih.

balik umah, lepas salin baju pampers semua tgk anak dah lena. rupanya anak letih, tapi dia berlagak kuat. yela, kami pon rasa letih sesangat pi mai pi mai, apatah lagi dia yg kecik tu kan. kami tido umah mak sbb nak temankan abah. bukan apa, abah biasa tido bertemankan mak. memang la abah ok je, tapi sbg anak aku tetap risau. sbb abah pon bukannya sihat sangat. at least kalau kami ada tak risau sangat kalau jadi apa2.


*to be continued.....sbb anak berak pulak hahaha*


Wednesday, April 8, 2015

SWEET LUNCH ESCAPE~

ASSALAMUALAIKUM...

3/4/2015 - jumaat lepas kena kidnap dgn mama terusss ke seberang jaya nun utk ber-lunch dgn mummieh. kalau nak lunch better pi hari jumaat la sbb staff tnb tuuu rehat 2 jam. boleh la memondan lama sikit. eh?

anak mcm biasa laaa kalau mula2 jumpa tu pura2 malu dgn mama. behave sangat! dalam keta pon baekkk ja. cuma bila kat highway tu penuh dgn kenderaan berat mula la mulut dia riuh sikit. dah sampai sunway carnival mall tu dah mcm boleh adapt dgn mama. tetiba mummieh pulak muncul, terusss diam utk kali ke-2 HAHAHA


setelah pusing utk beberapa ketika, kerana menghormati tekak ibu mengandung, akhirnya kami memilih kenny rogers roaster sebagai lokasi memenuhkan perut. lapaq gedik2 dah hoi! kemain tauuu umi bawak rm20 jaaa tapi ada hati nak makan kenirojers KAHKAHKAH


anak sampai2 ja terusss 'mengemas' meja. dia memang suka la 'mainan' kulinari mcm tuuu. meleleh ayaq lioq punya ralit menyusun bagai. dah tu tetiba bila time nak order "nak nacikkk" wahwahwah!


maka orderlah ayam mcm biasa, sideline nasi + coleslaw + fruit salad. ayaq, depa 2org ambek light coke jew. ibu mengandung tak boleh tiru, so order caffe latte iced. 

~ mummieh posing arabian ~

kemainnn tak padan dgn tak bawak duit ada hati order ayaq lagi mahai. tapiii kannnnn ayaq kat sini memang semua nama indah khabar dari rupa ke??? dulu dah terkena sekali. kemain panjang nama ayaq, sekali mai rasa hampeh. ayaq ni pon sama laaaa takdak rasa pon! anak pon tak mau ayaq tu T___T


alhamdulillah mujoq laaa baby sukaaaaa sangat kenirojers. sedapnyaaa rasa! mcm tak makan setahun pulak. rasa tak cukup pulak ayam tu dah la kena share dgn anak hewhewhew. anak propa jew nak nasik, makan la tak sampai 10suap pastu nampak buah apa lagiii dia bedal la. habes buah dlm pinggan umi dia pau buah dlm pinggan mama pulak coih!


yg mummieh kemain lapaq. dapat ja makanan makan tak ingat dunia. pastu dah kenyang tolak pinggan dgn girang lalu tersandar kekenyangan. keji sangat tauuu! 



masing2 dah kenyang sempat la bergosip barang seketika. mcm biasa la banyak benda nak diluahkan bila bergabung meletop mcm ni. anak pon kemainnn sebok nak bercerita! dapat la mama dan mummieh tgk perangai sebenar dia. itu belum termasuk bab selfie dan menyanyi. dengan nak melayan dia bercerita pot pet pot pet, jenuhhhh!


3org makan almost rm100 wehhh! umi mintak ayaq panas segelas utk buat susu anak pon kena cas, kuanghajau sangat tauuu! mujoq laaaa mummieh dgn mama belanja. sempena bday treat la kot kan (padahal mummieh pon april baby) sbb nanti depa cannot attend masa bday celebration anak nanti. naseb baik kannn. kalau harap umi yg ada rm20 ni mau kena mop lantai kat situ T__T


lepas dah kenyang dah setel gosip setel bil, mummieh mengundurkan diri utk bertugas. muah cikeddd! wahahaha! lalu mama dan umi meneruskan perjalan bertawaf dalam mall pulak. memula teman mama beli kasut. ya rabbi mama sebok pilih kasut dia ponnnnn sebok pilih sama weh!!! siap tunjuk kat mama yg mana cantik siap dia pon try mcm2 jenis kasut. itu belum bab dia tolong salesgirl susun kasut. nangessssssssss! T___T


lepas tuuu part paling best sbb mama ajak anak shopping baju, hadiah bday in advance lah gituuu. tapi kannn anak bila dah naik bahagian baby tu ternampak bahagian mainan, terusss menghilang ke bahagian mainan. tinggallah mama sorang2 pilih baju sbb umi jenuh kepung budak tu tak bagi pi kat mainan. haiyakkk! dia tau kat umi takkan dapat mainan, dia tarik tangan mama pulak sambil merengek manja "amma...amma..." ewahwah! no tetap no ok!

umi pon taktau apa yg mama beli sbb mama pilih sendiri. balik rumah baru tengok terussss meloncat! alhamdulillah rezeki anak. memang dia perlukan baju2 baru sbb baju2 lama dah mula tak muat. suka kemain laaaaa umi. umi yg syok lebih sbb duit umi selamat boleh jimat dari beli baju anak hewhewhew. tengkiuuuuuuuu mama!

~ ishhhhhhhh rasa nak tampaqqqq mengadanyaaaaa ~

lepas shopping anak dah mula mengantuk. wahhh diva sangat kan dah dapat baju dan dan mengantuk! jalan pon melelong ja. tapi sempat jugak teman mama pi body shop jap pastuuu mama belanja baskin robin pulak. memula juai mahai takmau makan bila mama suap. sekali dah sedap makan sampai terlena kahhh! memang dia ngantuk sungguh, letih 'senaman' merata.

~ anak buat muka menyampah tengok mommies buat muka ~

tengkiuuu mama dan mummieh for this treat. happy sesangat haaa bukan senang nak berkumpul mcm ni. umi, abang & baby love uols lahhh hewhewhew~

rasa mcm dejavu pulak. teringat dulu mengandungkan umarfaiq pon lepak kenirojes jugak, bezanya dulu ada bonda. nampaknya adik pon mcm abang jugak, suka kenirojers. parokkk!

rindunyaaa kenangan lalu ohhh!

rasa mcm nak makan lagi la. sapa nak belanja pulak lepas ni? *jeling bonda & deddieh*


Tuesday, April 7, 2015

BILA MAK MELAYAN ANAK YANG MENGANDUNG~

ASSALAMUALAIKUM...

kemarin, isnin memang dah janji nak belanja mak lunch kat kedai kak maria. pukul 12.30 kami dah keluaq. konon nak makan ayam/ikan je, saja je nak dating dgn mak. sekali pi, rezeki mak buyong ni haaa ada mcm2 pulak pilihan ikannn. 

nampak ikan besarrr, tapi taktau ikan apa. kata kak maria, ikan merah. terusss ja ambek tanpa tanya harga weh. mak ambek ikan temenung ja. sakan sangat selera anak yg mengandung ni kan.




tengah dok makan mak bagitau, selalu ikan besaq mcm ni mau cecah rm20-30. yela ikan tu sama standard mcm kami dok makan ikan bakaq kat tanjung dawai tu haa. erkkkk dan dan rasa nak tercekik!!! ya ka??? selalu set ika temenung rm5, set ayam rm6, so umi bajet set ikan merah umi ni agak2 dalam rm10 je kot. wahhh pepandai je kannn! 

bawak rm30 jeee, ada hati makan besaq mcm org kaya tak tanya harga kan? selalu mcm tu tau perangai! mak kata takpe makan je, dah teringin kan. nanti mak bayaq. hahaha!

kedai kak maria ni juai nasi set. dalam set tu ada nasi putih + kuah kari + ulam + sambal belacan + lauk + air. lauk ikut kita la nak pilih lauk apa, harga berbeza. air ikut depa bagi kot. tapi kami memang dah kenal dgn kak maria & suami ni, depa pon kenal sagt dah dgn umarfaiq ni haa. siap bagi air extra utk umarfaiq. memandangkan khamis lepas umi pi makan berselera kemain, tu yg kemarin ajak mak pi pulak. 


memang sedappp weh! kuah gulai cukup rasa, perfect, sambal belacan cukup rasa. ikan pulak dia goreng panas2 tau. kita nak makan baru dia goreng. mcm ikan yg umi ambek ni memang besaqqq, rangup sangat. ya Allah nikmat sungguh dapat makan berselera mcm tu!

mak memula mcm tak percaya je kan umi ambek ikan besaq tu. yelaaa nak makan sorang je. tapiii bila umi dapat habeskan ikan tu haaa terbeliak bijik mata mak. anak pulak kemain mulut pot pet pot pet pastu dok sebut "umi makan...abesss" ewahewah mcm salah umi pulak habeskan ikan tu. anak pon terkejut memula tengok ada ikan besaq pastu tetiba yillekkk kahkahkah

mujoq la masa umi nak pi bayaq, total cuma rm24 sahaja, fuhhh! lega hahaha! alhamdulillah memang puas hati la makan mcm tu dgn harga begitu kan. kami makan dari org penuh kedai sampai kak maria dah nak tutup kedai haaa punya sedap dok meratah ikan hahaha!

lepas dah kenyang singgah kedai print, ambek barang umi. pastu singgah kedai frame, tempah frame customer. then ke sekolah najwa pulak utk pick up dia. pastu bawak mak shopping kat long wan pulak, layankan aje. lepas tu umi bawak mak ke kedai DIY dlm tesco pulak sbb nak bagi mak kelabu mata tengok barang kat situ. seperti yg dijangka memang mak teruja pon haaa! 


penat sungguh lepas makan kenyang2 pastu jalan merata. anak teruna tu pon penat haa tawaf merata. maksu dia belanja eskrem pulakkk. eskrem tinggi mcm gunung jerai, dia pulak tau jilat jeee, bila nak habesss oi! at last yg menitik meleleh lagi banyak dari masuk mulut huhu. 

malam tu mcm biasa abi balik merbok utk ke kelas tajwid, kami stay kat umah mak la sampai abi balik. order set roti bakaq je kat abi, itupon dekat pukul12 baru abi balik. makan tengahari tu kenyang sampai malam itu yg malam makan roti ja huhuuuuu~


selalu umi mcm ni la. tak bekerja ni hikmah dia bukan saja boleh jaga anak luang masa dgn anak, tapi boleh luang lebih masa dgn family, especially mak. kadang mak nak ke mana2 umi layan je. kadang umi nak ke mana2 mintak mak pulak teman. bahagia tu Allah je tahu mcmana. selagi hayat depa ada ni la nak luang masa dgn depa pon. depa bukan mintak harta kita. tapi masa kita tu yg penting. 

mak metua pulak tak mcm mak. mak metua bukan jenis boleh keluaq rumah sesuka hati. kalaulah mak metua mcm mak, haihhh memang umi angkut dua2 pi shopping ka pi kopi2 ka huuu. apa pon umi sayang dua2 MAK ni :)


GS TEA~

ASSALAMUALAIKUM...

wahhh apa tu GS TEA? perasa teh yg baru keee? pengganti green tea? no-no-no

GST lerrrr. kan tengah panas sekarang ni. sepanas hatiku ini~

fuhhh.

malas la nak pikir pasal GST ni. sebab memang menyakitkan hati. act dari dulu lagi umi memang panasssssss ja dgn GST ni. panas sbb menyampah + meluat dgn segala iklan pasal GST ni kat tv. kemain laaa iklan GST ni bagus baik bagai. iklan konon harga barang itu tak kena gst harga barang ini tak kena gst. iklan konon rakyat tak paham pasal gst. wahwahwahhhh rakyat jugak yg bodoh kan sbb tak paham?

yelaaa uols jela pandai. puihhh

dah la iklan2 tu semua pakai pelakon2 glamer belaka. astro pon ada jugak iklan pasal gst ni. alahaiii menyampahnyaaa. nampak sangat desperate!

tak payah la sebok2 nak kempen tentang kebaikan gst. tak payah sebok2 nak bagi rakyat paham pasal gst ni.

sebab rakyat paham ke tak, baik ke tak baik gst ni, tetap lahhh rakyat jugak yg merana.


bosan tengok timeline penuh dgn gambaq resit yg rata2 dah terpaksa bayar gst. boleh kata semua barang naik harga weh. semua kedai caj gst. kedai yg semua barang rm5 pon dah jadi rm6. taktaulaaa nak gelak ka nak nanges hewhewhew. konon topup tak kena gst, tapi penipu. itu baru hal remeh topup. belum hal lain. harga rumah, handphone, laptop dan lain2.

mcm kami sendiri, awal2 lagi bank ( bayar rumah) dah hantar surat pasal gst. tm ( internet) pon awal2 dah hantar surat pasal caj baru selepas gst. maka apa lagi yg kerajaan nak kami faham???

kita memekak melalak macamana pon takdak sapa pon yg dengar. sebab mcmana kita bising sekalipon, kita tetap kena terima kena hadapi. sebab tu menteri semua buat rilek buat cool buat bodoh jeeee. menteri2 semua tak terkesan pon dengan masalah kita. depa apa kesah??? kita melalak memekak macamana pon perut depa tetap kembung kekenyangan.

inilah malaysia hari ini. itu cerita hari ini. apa yg paling dirisaukan, apalah nasib malaysia akan datang. itu yg paling dirisaukan. makin merapu jadinya. bila pemimpin tadbir pakai tapak kaki. pemimpin cakap pakai lutut. dan pemimpin otak tak function.

maaf la umi emo. cakap pasal sakit hati semua org sakit. tapi semua org menerima nasib yg sama. tapi taktau la pulak kalau ada manusia yg cakap gst tu bagus. yg dia dah rasa kesan gst menyenangkan hidup dia. yg rasa gst menyebabkan harga barang turun. taktaulaaa kot2 ada manusia mcm tu~





mcm kami sejak2 diumumkan gst ni, memang pelan2 beli stok barang umah. paling banyak kami borong, pampers anak laaa. yg lain2 kami beli kalau rasa nak beli. mcm susu anak, tak boleh beli banyak sbb takut expired. memanglaa beli stok ni tak ke mana, bukan boleh tahan seumur hidup pon. tapi bagi kami membantu jugak. cuba kira sediri la kan, kalau 1 barang jimat seringgit pon, 10 baang dah jimat rm10. banyakkk tu bagi rakyat marhaen mcm kami!

tapi sekarang dah terlambat la. lepas ni beli apa pon tahan jela sakit hati bayaq gst. beli berus gigi dan ubat gigi utk umarfaiq pon kena gst. kelakarrrrr sangat my malaysia!

mcm2 laaa ustaz segera muncul dgn mcm2 fatwa pasal hukum gst ni. tapi umi tetap berpegang dgn kenyataan ustaz nuruddin. GST tu haram bagi umat islam, sebab umat islam dikenakan zakat. zalim kenakan gst ke atas umat islam sbb gst pon kita kena bayar, zakat pon kita kena bayar (lebih kurang mcm tu la kata ustaz nuruddin, tidaklah tepat sepenuhnya)

apa pon tahniah rakyat malaysia. apa ada hal, BR1M kan adooooooooo~


Sunday, April 5, 2015

MANA PERUT???~

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH kandungan umi dah masuk 29w. dalam tempoh mengandung ni, ramaiiii sangat yg tegur pasal perut umi ni yg kononnya kecikkk. bukan takat kawan2, tapi jiran2 dan jugak kawan2 mak semua tegur pasal benda yg sama

" tak nampak mcm mengandung ponnn " 
" dah berapa bulan? tak nampak perut pon? "
" mana perut? tak nampak lagi ke? "
" hg ni preknen ke tidak??? "

itu antara ayat2 yg dilontarkan.


ya. memang umi ni pelik sikit. lain dari org lain. org lain kalau mengandung badan mengembang berat naik berpuluh kilo. lepas bersalin selim melim balik. tapiiii umi ni kalau mengandung berat turun almost 10kg, lepas beranak nanti berat naikkk balik. terbalik!

umi ni masa mengandung jela nak fefeeling kuruih ala erra fazira pon. dah berat turun, menten pulak tu tak naik2 even dah 7bln mengandung. tapi nanti lepas beranak nantikanlaaa selera gajah umi kembali pastu badan pon naik la sedikit demi sedikit lama2 jadi gajah wuuuu  :(


perut pon memang pesen perut kecik je bila mengandung. masa mengandungkan abang umarfaiq pon memang mcm tu. masa nak serah diri utk bersalin tu pon org masih tak perasan mcm mengandung. masih muat pakai t-shirt ada cutting gituuu. 

sampai sekarang pon tak banyak koleksi baju mengandung yg umi ada sbb muat je pakai baju biasa. cuma seluar jela umi kena pakai seluar mengandung. 

kelebihan perut kecik ni, takdela 'seksa' sangat nak 'bergerak' kan sbb perut kecik je. nak guna tandas cangkung pon masih ok je. baju pon jimat tak payah beli baju megandung banyak2. takde rasa mengah2 sbb payah bergerak. nak drive pon tidaklah sampai perut berlaga stereng. kalau naik kereta kat belakang pon tidak ler makan space sgt hekhekhek. nak kepit kuku kaki pon masih mampu, nak pakai stokin pon senang. guna laptop pon masih boleh letak atas riba. nak lipat baju pon tak susah nak tunduk2 :)


tapiii tak semestinya perut kecik ni best. contoh kalau naik kenderaan awam mcm bas ke LRT, org tak bagi tempat duduk kat kau sbb taktau kau mengandung. sendu takkk? hewhewhew~

dan jangan ingat perut kecik bermakna baby pon kecik. ada ramai je kenalan umi yg perut depa besaqqq tapi bila beranak anak depa kecik dari umarfaiq. sedangkan umi perut kecik dari depa tapi bila umarfaiq keluaq berat boleh tahan 2.88kg. 

perut besaq ni tak semestinya baby pon besaq. maybe ayaq yg banyak atau isi yg tebal ke apa umi agak jela haha. tapi yg pasti perut kecik mcm umi ni memang padat. perut 7bln pon org 'tak nampak' lagi, padahal kalau pegang perut umi memang kerasss sbb maybe ruang perut 'penuh' dgn baby. kalau baby gerak memang bergetarrr perut umi. memang boleh nampak clear perut umi bergerak. dan kalau umi tidur mengiring sikit pon boleh rasa baby gerak sampai ke lantai. kadang bila makan baby tendang, perut sampai 'terasa' ke meja makan haaa. agak sakit bila baby exercise kat dalam sbb perut kecik kesannya 'sampai' ke luar haha.


apa pon bersyukur sangat diberi 'kemudahan' mcm ni. sekurang2nya umi masih boleh bergerak lincah walaupon mengandung. masih boleh cergas mcm biasa. kecuali kalau time umi tak lalu makan, memang tidak akan cergasss laaa huhu~

perut besaq ke kecik, ibu mengandung semua gojeshhh kan? hewhewhew~


Thursday, April 2, 2015

COCONUT SHAKE DI SUNGAI PETANI

ASSALAMUALAIKUM...

just a quick update. nak update hal2 serius, anak dah bangun tido pulak. hmmm... so kita update pasal makan jela. cepat dan pantasss~

macam biasa cerita basi. entah bila pegi pon dah lupa. sesejak mengandung ni kan biasa la mengada. pantang nampak org post gambaq makanan ja terusss rasa nak terjah. so satu hari ada org post dlm group pasal COCONUT SHAKE. auchhh terus terbayang coconut shake klebang. jauhnyeeee nak merasa. dulu abg duduk johor selalu la pegi melaka. tapi masa tu coconut shake tak viral lagi. mungkin sbb masa tu pakai friendster -.-


tengok gambaq dlm group tu agak tempting. katanya harga rm7, tapi utk promosi selama 2 hari sahaja harga rm5. zasss esoknya terus ajak kak ila pegi terjah. nak jugakkk harga promosi.

gerai tepi jalan je. org sungai petani mesti tau punya. kedai ayaq nyoq depan ikm, taman peruda. memang lejen situ. order satu ja coconut shake utk dikongsi. utk anak, order ayaq nyoq biasa. 

~ makngah rajin tolong korekkan isi nyoq ~

masa duduk tu hidung ni terbau2 laksa. tengok sekeliling mcm takde jual laksa pon. dekat menu tu tulis BIHUN SUP. bayangkan 3x umi buat2 tinjau2 kedai, nak pastikan dari mana datangnya bau laksa tu. tapi tak jumpa ponnnn signboard 'LAKSA'. 

Dah 3x bangun-duduk akhirnya umi nekad nak bertanya. tak puas hati kena tanya jugakkk. tanya pakcik tu ada jual laksa ke tak. dia terus tanya nak berapa. ohhh ada rupanyaaaa. terus order. umi bukanlah penggemar laksa sangat. takde niat pon nak mai makan laksa. tapi bila hidung dah bau tu mana tahan oi! 

~ sebokkk nak lap hidung makngah takut berlemoih ~

laksa dia pulak sedappp! tak makan dgn cabai pon dah pedasss! rare sangat tau! paling penting, served dalam pinggan. apa yg peliknya kan? memang tak pelik, tapi umi suka laksa yg di-served dlm pinggan. tak suka yg served dlm mangkuk. gituuu perangai pelik2~ hewww

ayaq nyoq pulak, mak aiiiiii penuh sebiji nyoq weh! mujoq order satu ja. itupon jenuh nak habeskan. ada eskrem, jagung, dan bahan2 tambahan lain. banyak, tak kedekut bahan. jenuhhh nak perabeh la. isi nyok pon banyak dalam tu. rasa, umi biasa2 ja. maksudnya umi taktau la yg klebang tu rasa mcmana. yg ni, pada umi ok la, rasa ayaq nyoq yg dicampur bahan2 la hehehe.

~ dia pon sakan menyedutttt ~

yg pasti kembung perut. yela dah menelan laksa pastu nak menelan ayaq nyoq pulak. ambek masa utk habeskan. anak pon ambek bahagian utk tolong habeskan coconut shake umi sbb dia dah tumpahkan ayaq nyoq dia. grrr~


GREEN TEA DAN IBU MENGANDUNG

ASSALAMUALAIKUM...


sapa org sp mungkin tau tentang borders tea yg hangat diperkatakan tu. sampai deddieh tu sanggup turun sp semata2 nak merasa ayaq tu dan tapau ke mummieh. atototo sweet sangat aih! dan kami sebagai org sp haruslah dah try kan. yg umi selalu beli, perisa green tea. sebab? yg tu yg rare pon. setakat nak minum teh lain baik bancuh sendiri je kekeke~

sebelum2 ni dok minum, umi tak perasan ada kesan ke tak terhadap diri seorang umi yg mengandung nih. tapi ada sekali tu (setelah beberapa kali dah beli) lepas beberapa jam habeskan sebaldi ayaq green tea tu, tetiba umi sakit perut. cirit wehhhh. yg lebih dasyat cirit kaler hijau. euwwwww

lebih parah bukan sekali tu je cirit haaa, malam tu memang berulang-alik ke toilet utk membuang. masih sama, najis kaler hijau. omaiii

setelah dikaji, rupanya green tea ni baik utk detox. meningkatkan kadar metabolisme badan. bagus utk org yg nak berdiet. ooo. dah tu utk org preknen bagus kewww??? *efek guruh*



lepas tu saja nak try lagi. tak serik katakannn. nak cuba lagi betul ke green tea tu penyebab umi sakit perut. fine. lepas minum, takdela cirit dasat sangat. sakit perut biasa2 ja. tapiiiii keesokan paginya tetiba masa umi nak mengaji perut terasa memulas2. bukan sakit nak membuang, tapi sakit dalam perut. umi pikir takpela sakit perut je kan, mengaji boleh duduk. tapi keadaan tetiba jadi tak terkawal. umi sakit teramat sangat, nak duduk mengaji pon tak mampu. terus tanggalkan telekung dan baring. nak baring tu pon pelan2 je sbb nak bergerak pon rasa pergerakan terbejat. 

lain mcm sangat sakit ni tau. tanpa umi sedar peluh memercik keluar. wahhhh gituuuu sekali dasyatnya. bila dah lega sikit umi pi toilet dan membuang. lepas tu baru lega. hairan jugak apa ke pelik nya sakit gitu sampai berpeluh2. jari terketaq2.

lalu umi bertanya kat kawan2 dalam group. ada kawan sorang tu doktor, dia cakap boleh je pregnant lady minum green tea ni. tapi kalau dah cirit birit tu kena stop la. sbb boleh mendorong kepada premature contraction (contraction sebelum tiba waktunya). 

omaiii dengaq tu terusss rasa ngeri! patutlaaa sakit lain macam.

kesimpulannya - green tea tu mungkin takde masalah kalau pregnant lady nak minum. tapi kalau ada side effect, better stop. jangan ambek risiko.

uols pernah tak minum green tea masa mengandung?????


Wednesday, April 1, 2015

CHECK UP - 7 BULAN

ASSALAMUALAIKUM...

kemarin 31/3/15 adalah tarikh utk temujanji bagi 7bulan. agak 'penat' sbb tarikh tu kena jumpa doktor sekali minum ayaq gula sekali jumpa nurse. selalu blh la umi berlagak pegi klinik pukul 11, tapi hari ni kena pi pkl 8 la sbb nak minum ayaq gula. dalam pukul 8.30 gitu baru sampai. firstly ofkos kena ambek darah yg pertama. lepas tu terus minum ayaq gula. selalu minum ayaq gula dalam bilik, soooo setiap kali tu la umi tuang HAHAHA. tapiiiiiiii now depa suruh minum depan depa, kat tempat cucuk tu. nangessssssss :(
terpaksa la umi telan jugak. tapi mujoq laaa ayaq gula kali ni takdela 'teruk' sangat rasanya. cair je. tq laaa nurse mana yg bancuh tu. dpt jugak umi habeskan. fuhhh. tapi lepas minum tu meloya jugak la =.=

lepas setel ayaq gula kena lalui prosedur biasa utk jumpa doktor pulak. selalu mai pkl11 kejap je tunggu. tapi ni pagi2 memang ramaiii umat manusia. nak timbang pon kena menunggu jugak la. berat mcm biasa, menten je 56.7kg hahaha. lepas tu test urine, hb tak test sbb baru buat je. lepas tuuuu pegi ambek nombor utk jumpa doktor. nombor umi 4029, nombor waktu tu baruuuu 4006. nangessssssssssssssss!



~ nahhh seorang umi yg makin mengandung makin kuruih ~

dek kerana umi ngantuk sesangat dan umi tengok nombor bergerak mcm siput, umi decide pegi tido dlm keta. memang tak tahan ngantukkk banget! set alarm 30min utk tido. nyenyak weh even tido dlm keta je pon. bila dah sedar pegi toilet dlu sbb sakit perut. then kembali tgk nombor, baruuuu 4014 seteleh 45min berlalu. fuhhhh! tunggu dalam 15min gitu umi pi ambek darah utk kali kedua pulak. so setel bab ayaq gula. harap2 keputusan elok. takmaulaaaaaaaa terikat dgn GDM lagi. umi takmo induce kalau boleh :l

dah boleh makan, terusss pegi gerai depan klinik beli nugget utk alas perut. lapaq oiii! dah makan pon nombor masih mcm siput. mujoq umi bawak novel. at last pukul11.50 baruuu nombor umi naik. nangesss!

berdebar dan eksaited nak scan, kot2 boleh nampak jantina baby, boleh la start beli barang2. tapiii bila scan baby kepit. frustnyaaaaaaaaa! tak best langsung scan kat sini. dah la mesin tak brapa clear. fine umi faham. masalahnyaaa doktor tu hala monitor kat dia pastuuu sebok tanya "nampak tak tu kaki dia tu jantung dia tu bla bla bla"
bila aku cakap tak nampak dia dok "tu...tu..."
gilaaa mana laaa nak nampak dah la mesin tak canggih pastu monitor hala kat dia. grrrr sangat tau!

doktor estimate berat baby dah 1.2kg :)

kedudukan uri ok, ayaq ketuban ok, jantung baby ok. alhamdulillah

then masa consult doktor cakap air kencing umi tak elok. dia tanya keputihan banyak ke? umi rasa biasa jeee. dia mcm tak percaya sbb result makmal takkan menipu kan. dan umi pulak memang takde rasa keputihan melampau or gatal2 ke apa. rasa biasa je. so doktor bagi satu ubat yg amat mengerikan. katanya ubat tu kena masuk kot faraj. sama konsep mcm induce dulu. euwwww~

~ cari peruttttt ~
lepas jumpa doktor, ambek tarikh utk next appoiment. tu pon kena tunggu. fuhhh.

pastu jumpa nurse pulak. nurse ni mmg baik, mmg selalu dia yg check umi. dia siap tanya lagi kenapa nampak mcm tak larat. maunyaaa tak lemau, mai dari pagi kot. almost pukul1 baru setel wehhhh. nangessss. lembik lutut dah haaa.

maka umi tak terus balik. serbu tesco dulu utk makan sbb lapaq sesangat dah. hajat hati nak makan set nasi ikan pari tapi takut tak lalu nasi putih so order nasi goreng portugis. alhamdulillah lepas tekak umi walaupon makan tak habes. dah kenyang boleh la cuci mata pulak. beli set pinggan utk anak sebagai upah sbb kena tinggai lama huuu. bila balik umah kemainnn anak menjerit tengok umi. kesian anak, lama sungguh umi tinggai huuu :(


Wednesday, March 25, 2015

WEEKEND - MERAP

ASSALAMUALAIKUM...

weekend lepas, tak balik merbok. so ada la masa utk keluarga kecik kami ni. sabtu 21/3/2015 ada kenduri. memang takde target nak pi mana2, nak pi kenduri je. since malam tu kan umi terjaga dan tak boleh tido, dalam pukul9.30 baru umi tido. sebelum tido sms suami sesiap, umi nak tido. kalau anak jaga mintak tolong abi jagakan pulak hewhewhew

anak pon, elok umi nak tido elok tu la dia nak jaga pon. koserrr umi nak layan. serah kat abi la sbb kepala umi memang tingtong sangat dah. pukul 12 baru umi bangun, tengok anak dan abi dah siap mandi. umi mandi terus bersiap pegi kenduri, senanggg haha! kenduri dekat ja so pi naik moto ja. tapi kami spent masa lama jgk kat umah kenduri. sbb umi tak lalu makan, ambek nasi sesudu pon tak abesss, so umi dok makan benda merapu ja. meratah kuah laksa dan makan apom balik. aaaa kenapa apom balik umah kenduri semua sesedap belaka??? nikmat sungguh rasanya!

balik umah mak dekat pukul2, sekali tengok tv3 ada citer DON laaaa. my fevret tuuu. ingat nak ajak abi balik lepak umah kami laaa baru layannn nak tgk movie kan. tapi kesian pulak kat anak yg tgh happy main dgn kakak yong. at last umi sorang je tgk tv, abi layan anak. siap beli eskrem malaysia makan ramai2 kat luaq umah. umi jaaa steady layan hindusetan hahaha.

planning petang nak ke taman jubli, so paksa anak & kakak yong tido awal. lastly sekali umi sekali abi tertido wahahaha! sedaq2 dah dkt pukul 6. balik umah kami solat asar. kakak tak bangun tido lagi so tak bawak la dia. alang2 dah lewat, dan cuma kami bertiga je, pegi naik moto jela. dan tak jadi ke taman jubli, kami pi yg dekat je, taman sri astana.


sampai sana terus umi tergamam. biaq betoi tempat ni kannn. last mai sini dulu tak preknen lagi. dulu sini takde apa pon, cuma taman rekreasi. ada la sorang dua juai ayaq. tapiiiii hari ni tgk penuhhh sesak kat situ. rupanya segala mak nenek dah ada juai kat situ waaaa! giant bubbles dah ada, kereta/motor budak dah ada. org berniaga pulak mcm2, mainan ada makanan ada baju tudung semuaaa ada. makanan mcm2 menu, paling tak tahan aiskrim besen. nangesss dengaq! hahaha

~ seketul mak buyung merah di tengah padang ~

umi sampai2 terus beli kopok lekor. anak dan abi beriadah, umi mengunyah jeee, lapaqqq hahaha. 


kemain la sonok dua beranak tu. si kecik tu la paling syok boleh sepak bole lelaju, abi tukang kutip hahaha. abi tah pape pakai baju ben10 kaler hijau, sedondon pulak dgn bola ben10 anak pon kaler hijau. 


maka kena paksa selfie dgn umi sbb umi rasa abi kiut sangat. alololo *tampaq sedaihhh*


malam tu konon nak lepak kat umah kami. bukan senang kami nak luang masa kat umah sendiri, even tinggal sebumbung. nanti la umi citer bab tu. umi target malam ni nak lipat baju sambil teman hero2 kat umah. tapiiii belum isyak lagi mak dah call suruh mai umah mak tengok bola. aaaa nangesss. boleh je kalau kami tak pi, tapiii taknak la hampakan permintaan mak sobsss. maka umi decide nak goreng bihun dulu buat bekalan umi. abi pon pi surau dulu utk isyak. dekat pukul10 la baru pi umah mak. bawak bihun utk depa sekali. 


lepak punya lepak pukul 12.30 baru balik umah kami. nanges aaa. saja biaq anak main dgn kakak yong dan maktok. padahal hari-hariiiiiii main situ huuuuuu. malam tu, lepas anak tido, kami tak tido lagi. menyembang. sembang punya sembang tak sedaq dah pukul 4. sembang sampai perut umi lapaq semula haha. merap abi suruh bancuhkan milo dan cicah dgn biskut. setel makan, abi mengaji kejap baru kami tido. fuhhh. mata umi memang ngantuk tapi melayankan abi sembang, ikut je. lagipon kalau tu cara dpt buat kami rasa 'berdua' umi redha. ganti balik masa 'bagi' kat mak tadi hehehe.

ahad, umi ada pesan nasi kerabu kat kak ila. tinggal anak kat mak, pastu merempit berdua dgn abi pegi ambek nasi kerabu kat kak ila. beriya ja order, tapi umi tak lalu jugak. wuuuu nangesss. balik umah mak, lepas abi dan anak makan setel semua, merap abi pulak. kemarin dah kasi chance abi tido dan rehat, hari ni abi kena layan umi pulak. nak dating berdua. tinggal anak kat mak lagi, kami keluaq berdua naik moto. ajak abi pi CS cuci mata, pegi bank, pegi beratoq berjam2 beli ayaq borders tea, beli cucoq udang, baruuu balik umah kami haha. sampai mak dah tunggu kat umah kami, sbb mak nak keluaq. amboi mak, protes nampak?hahahaha!

lepas mak abah keluaq, abi pon balik merbok utk kuliah, tinggal lah umi dgn anak kat umah. umi tidokan anak sbb siang tadi dok umah mak dia tak tido pon. boleh la umi buat keja kejap. pukul 10 mak balik, anak dah jaga. apa lagi, kalut la nak ikut tok dan wan. pegi laaa nak, pegi. tinggal umi sorang. nanti abi balik dari merbok abi ambek la. umi malas nak pi dah. 

tapiii beberapa minit kemudian mak call, suruh mai jugak. makan bihun sup tulang bangpit bawak. sekali lagi, malas tapi kena pi jugak sbb jaga hati mak. gituuuuuu. satu hal pulak abi kena mai ambek umi pi umah mak pulak. wuuuu. umi bukan makan sangat pon. ratah sup jela, buat syarat huhu. mak pelawa tido sana, tapi umi malas la sbb pi sehelai sepinggang ja. mcm biasa, lewat malam jugak la baru balik umah kami.


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...