CRAZY FAN! :)
Sunday, August 23, 2015
MY 12 AUGUST~
Wednesday, August 19, 2015
PUDING ROTI SOS KASTARD~
Monday, August 17, 2015
KEK BATIK~
ASSALAMUALAIKUM...
memang dah lama teringin nak buat kek batik ni sebenarnya. bahan2 dari dlm pantang lagi dah siap, tapi tak buat2. minggu lepas la time nak buat susu bagi abang umar tido, tetiba rasa nak buat kek batik tu datang berkobar2.
terus je capai kuali, campak bahan2 yg diperlukan, kacau, siap! buat sambil ditemani abang umar :-)
memang buat hentam ja tak ikut sukatan. main tuang agak2 segala bahan. tapi hasilnya, much more better. or i can say the best! sebab yg kali ni memang sedap sangat. sampai abi request nak bawak pi opis hewhew~
cakap kat abi, mungkin sedap sbb kali ni buat dlm keadaan tenang sambil SENTIASA berzikir. sebelum ni buat kalut2 sambil tengok resepi. tak feel :-)
kali ni buat banyak, tapau untuk mak dan mak metua sekali. mak metua memang suka kek batik ni. 1 tupperware habes kat mak sorang je :D
Sunday, August 16, 2015
BANANA CHOCOLATE MILKSHAKE~
Saturday, August 1, 2015
CUBAAN KELUAR RUMAH~
Berpantang 44hari pon terasa umpama di penjara waktu, ewahhh! tu pon mujoq ada jugak keluar2 pi klinik pi raya pi shopping. kalau org dulu2 lagi laaa tak tgk bulan matahari langsung! maklumla umi ni kan dah besa merayau2 dgn anak, so bila kena 'kurung' tu rasa terseksa amat. anak pon turut merasa begitu nampaknya.
patutnya sabtu dah plan nak beraya sakan. eksaitednya umi tu mcm nak sambut 1 syawal. biaq pi la kan nak syok sorang2. punya eksaited sampai nak pi beli baju baru kat adik. abg tak payah, baju raya abang banyakkk sgt dah!
decide nak pi cs. ajak kak ila teman, yelaaa mana berani nak handle 2 anak kat public area sorang2 wehhh. ni pon kira trial dulu la kan. sebelum keluaq pon dah kelam kabut. belum biasa lagi kena siapkan 2 anak utk keluaq. dah tu asyik pikir nak bawak apa lagi (keperluan anak) bila keluaq. mcm nak balik kampung je gayanya padahal nak kluaq pi cs 5min ja dari umah wuuu!
target keluaq pi beli brg terus balik, sbb umi dah ada target baju apa nak beli. sekali pi baju tu dah habes hahaha padan muka! :(
then kak ila ajak pi sahabat on9 shop plk. takde dlm plan umi pon, tapi memandangkan awal lagi umi on je. kat sana sempat la direct bf kat adik jap. masuk manjaku kat sebelah, pon takdak yg berkenan. memula ingat nak masuk c-mart, tapi pikir punya pikir tak jadi la. takmau ambek risiko balik lambat or anak tantrum/letih/mengantuk.
ingat nak singgah pekena coq udang makjah, tak buka plk. so singgah beli kuih tepi jalan ja. maklumla,umi kan sentiasa lapaq! hoho
sampai umah dlm pkl6 gitu. lepas kak ila balik, umi tidokan anak2, sejam kemudian baru umi ti do sbb main criminal case haha! dlm pkl8.30 mcm tu bangun kemas dapoq sikit. abi sampai dlm pkl9++ gitu sbb ot.
kami makan nasi sama2, pastu keluaq pi makan sate sbb umi teringin. abang pon kebetulan tak makan lagi so abi suap abang, umi makan satay sambil riba adik. tengah makan ternampak menu Roti bakaq, terus order. hewhew. jangan marah ye, cover balik time pregnant tak lalu makan dulu haha!
dlm pkl12++ baru sudah makan dan pi umah mak. iron baju apa semua sesiap. pkl1.30 baru balik umah kami. umi mcm biasa la, baru tido sejam terjaga. pastu berjaga la sampai sekarang dah pkl6 huwaaaa! mcmana la nak beraya sakan esok ni kalau takdak tenaga??? uwaaaaa :(
konon nak keluaq awai pagi sbb banyak umah kami nak serbu nih. moga semua berjalan lancar. moga perjalanan kami utk mengeratkan silaturrahim dirahmati. aamiin
*update blog sambil riba anak sekarang ni. mujoq ada tab, blh la cuci sawang sikit kat blog ni. phewww~
Thursday, July 30, 2015
MENJAGA TIGA LELAKI~
umi : bkn senang tau nak jaga 3 lelaki, umi perlukan masa utk sesuaikan diri, blablabla
abi : 3 lelaki :-)
huhu...suka bila umi sebut 3 lelaki ye.hakikatnya gitu laaa. btw kami dah pindah semula ke rumah kami pada sabtu lepas. walaupon blm hbs pantang umi dah tak sabaq nak balik umah sendiri.rinduuu rumah kami, rindu kehidupan lampau cewahhh. dan paling penting sbb set perabot raya dah sampai bln posa ritu, tu yg tak sabaq nak mulakan kehidupan baru. lagipon weekend dpn umi nak pi beraya, tak sabaq2 nak pi beraya, tu yg kalut pindah even tak habes pantang lagi hewhewhew~
maka di rumah sendiri bermula lah episod umi kena jalankan tugas harian dalam menjaga 3 lelaki itu. pindah barang ritu pon dah lewat petang, sebelum balik umah terus pi beli brg dapoq. maklumlah sebelum bersalin ritu angkut semua brg dapoq ke umah mak, sbb takut expired dan takut menarik minat tetamu2 tak diundang seperti tikus,lipas dan semut. so nak balik dok sini semua brg kena beli baru laaa.
baru je sampai umah, tak sempat nak matikan enjin keta pon geng smkab call nak datang. tetamu pembawa rezeki nak dtg, takkan tak bagi kan. pejam mata jelaaa dgn umah bersepah tu.act bkn bersepah ye, tapi belum kemas huhu.
esoknya, bermula la kehidupan keluarga kecil kami di sini. abi ada, blh la bergilir solat/mandi. atau sebenarnya bergilir tido. eh?!
malam kan umi berjaga sbb jaga adik, so pagi umi tido dgn adik, abi plk jaga dan uruskan abg umar hehe. pastu abi pi market beli brg basah, basuh dan sidai baju, kemas dapoq. bila umi bangun umi pulak takeover dapoq, masak. adik, abi yg mandikan hehe. lepas makan abi pulak tido dgn adik, umi layan abg sampai tido. then umi pulak kemas umah. bila abi bangun umi pulak tido dgn anak2, abi kemas luaq umah plk haha. malam, umi jaga adik, abi bawak abg keluaq.
itu hari abi ada la. boleh la gilir2. esoknya abi keja, perghhh! mencabar iman haha! mcm besa la umi tak blh tido malam. umi ni pesen, kalau terjaga dari tido lepas tu tak blh tido dah. maksudnya bila tgh tido, tetiba adik menanges. umi bangun susukan adik, tukaq pampers ka apa, tidokan adik balik. tp bila adik dh tido umi tetap tak bkh tido dah. mmg pesen tu. kalau terjaga dari tido mmg tak blh lelap balik dah. padahal baru tido setengah jam je :(
so umi bangun dan siapkan bahan2 nak masak sesiap. buat stok cabai blend, potong sayur bawang apa semua sesiap, sediakan air panas blablabla dan last sekali sediakan sahur abi.
memang mencabar bila dah mula hidup sendiri ni. dulu kat umah mak blh la nak buat pape semua org tlg tengokkan anak, semua pakat melayan baik si abang mahupun si adik. dah blk umah sendiri merasa laa. buat apa semua kelam kabut, time management paling penting. bagi umi pulak yg paling penting perut anak. sbb tu apa2 pn umi alan setelkan masak dulu then baru buat benda lain.
abg pulak, terlalu sayangkan adik. sampai adik tgh tido pon kalut nak cium nak sembang, tu yg umi nak pi toilet pon pikiaq 20x wawawa! paling sweet bila adik nanges time umi tgh makan. belum sempat umi bangun tengok abg dah pujuk adik, "awat adik...? jangan teyak... abg ada ni...umi makan sat tau tau..."
time tido petang pon mencabar jgk sbb umar ni pesen nak tido kena main telinga umi, kena dakap. bila umi tidokan adik dia bising plk. selagi tu adik tak tido selagi tu umi tak blh dodoi abg huhu. kiri kanan kiri kanan jgk laaa umi nak kena layan. fuhhh
bila abi balik, biasanya abi akan fokus kat abang. bagi makan, mandi, tukar pampers, layan main, buat susu, semua abi. kesian kan, abi penat keja balik kena tlg umi plk huuu. nak main dgn adik pon kena curi masa. sebelum tido umi urus adik ja, ani urus abang. tapi time nak tido tetap umi do tengah, anak2 apit kiri kanan. 2-2 hero time nak tido kena ada umi. sudahnya hero tua kena la mengalah tido bawah. kesian abi, beli katil lawa2 laat2 tetap kena tido bawah hehe.
malam2 mmg umi selalunya berjaga la. dah tu nak susukan adik plk kejap belah kiri kejap belah kanan, mmg tak laaa nak tido nyenyak. kalau tak blh tido mcm biasa, urus dapoq sesiap :-)
alhamdulillah walaupon penat yg amat tapi berbaloi. in the end of the day bila dpt tatap wajah2 hero umi time depa tido, rasa bersyukur sangat dgn apa yg kami ada skrg :-)
Friday, July 10, 2015
PRODUCT REVIEW : MOEDER
- · Mencerahkan Kulit.
- · Mengatasi masalah rabun malam
- · Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil
- · Mengurangkan Risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika Hamil.
- · Mengatasi masalah depresi (Stress)
- · Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
- · Mengelakkan Sembelit bagi ibu Hamil
- · Menguatkan Pernafasan (mengurangkan asma dan lelah bg ibu hamil)
- · Membanyakkan darah (pengganti kerang seperti tradisional)
- · Meningkatkan produksi susu ibu (Banyakkan susu ibu)
- · Melembabkan kulit
- · Mengurangkan kesan selulit pada perut
- · Mencegah osteoporosis
- · Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan
- · Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil
- · Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin
- · Mengatasi masalah mual.
- · Menormalkan metabolisme
- · Mencegah kegemukan selepas bersalin
- · Rasa Vanila berlemak tanpa menyebabkan rasa loya.
- · Mengurangkan Risiko demam kuning
- · Meningkatkan daya tahan tubuh bayi (selsema demam)
- · Melebatkan rambut
- · Menghitamkan rambut dan bersinar terhadap bayi
- · Memutih dan melicinkan kulit bayi
- · Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi.
- · Mencegah asma dan lelah
- · Mencegah Rabun ketika besar
- · Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.
- · Membantu kecergasan otak bayi (Anak Pintar)
- · Membantu sistem pencernaan bayi yg menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder
- · Membanyak dan memekatkan produksi susu
- · Mencegah kegemukan
- · Mencerahkan & Melembab kulit
- · Membantu hilangkan selulit ketika hamil
- · Membantu merawat luka dalaman semasa deliver (bersalin) dengan cepat.
- · Memberi tenaga terutama ketika berpuasa tetapi meyusukan bayi.
- · Mengurangkan stress
- · Mengatasi atau mencegah rabun.
- · Mengenyangkan bayi dan atasi masalah sedu
- · Menguatkan sistem pernafasan bayi.
- · Membantu daya ingatan bayi
Promosi : RM129 termasuk postage seluruh Malaysia valid until 31/7/2015
ni antara testimoni dari mereka yang dah cuba produk ni.
























