CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 5, 2015

KISAH RAYA HAJI~

ASSALAMUALAIKUM...

sebelum cerita ni jadi perkasam baiklah cerita cepat2 untuk simpanan masa hadapan.

raya haji biasa2 jer, takde la nak beria bagai. umarfaiq je ada baju baru, sebab masa raya aidilfitri ritu ramai bagi baju kat dia tapi tak sempat pakai. adik, last minit try baju melayu abang, muat. sarung aje lah. ada la baju tido je baru tu pon yg org hadiah. huhuhuhu. umi abi, biase2 jerrr. tapi umi sempat la jugak grab tudung raya kehhhhhhkehhhh!!!!

kami balik merbok dari hari sabtu sampai selasa. pagi selasa tu pakngah makngah umarfaiq yg tolong hantaq kami balik sp. patutnya boleh je stay terus kat merbok sampai raya. tapiii umi serabut teringat rumah yg tinggal gitu je tanpa kemas langsung. so kena balik jugak. petang selasa tu, pegi tesco dgn najwa (habuan tlg dukung ubayy hewhew) untuk beli tudung raya. tau lah umi kan kalau nak something memang dan dan tu jugak nak nak! tinggal umar dgn maktok sbb dia tido. so cepat la sikit keja umi huuu.

malam tu abi balik lewat. umi pulak banyak baju nak kena basuh. maka ajak najwa dan kawan dia temankan umi balik umah haha! upah depa dgn free wifi, laju la mau kan. abah yg hantaq kami balik tapi umar takmau ikut. dia ikut tokwan balik sana pulak. so abi balik nanti kena ambek dia pulak. umi basuh baju 4 round malam tu saja fuhhh! penuh rumah dgn baju yg disidai haha!

pukul 2 pagi pakat makan fries/daging burger/pizza teloq ramai2. anak2 pulak malam tu pukul 3.30 pagi baru tidoq. grrr memang tak jalan la keja umi kan! baru je nak seronok mengemas sikit tetiba umar mai cari umi dah. kena peluk dia bagi lena pulak. elok nak mengemas sikit adik pulak merengek. memang banyak la roadblock kalau nak buat keja. akhirnya keja umi jalan la separuh :(



berjaga sampai subuh, solat bagai kejut abi keja semua siap. lepas subuh najwa dan farzana dah balik. umi pesan nasi lemak je kat abi habuan kami makan tengahari ni. memang malas masak dah huhu. tapi umi dah bedal pagi2 lagi. tengahari mula la lapaq. nak keluaq, malasss nak usung anak2. goreng megi jela huuu. petang, tokwan mai ambek umar. tinggal umi dengan adik. malam tu umi makan cincai2 ja. rebus jagung yg kaknora bagi, buat mcm beli kat kedai. sedapppp!

dekat pukul12 baru abi balik, OT. nak cuti lama kan, kena la siapkan keja. umi memang macam mandom ja sepanjang dok tunggu abi balik huuu. bila abi balik siap2 terus ke umah mak.kesian umar umi tinggai dia lama. umi rindu tau!

dah sampai umah mak sangkut pulak kat situ sebab tibai ketupat dan rendang. sempat berkelah ketupat rendang tu kat umah kak ila. saja layan makbuyong yg balik beraya. pastu tibai nasi pulak kat umah mak dgn abi. adoiii diet apakah ini!

pukul 1.30 kot baru gerak balik merbok. syahdu pulak balik merbok waktu2 macam tu. saja merapu dgn abi, "kita ni serupa balik raya johor pulak masa ni baru nak sampai kampung hewhew"

tapi feel la mcm raya sikit bila balik time macam tu hehe. sampai merbok mak ayah je dah tido. paksu, maklong dan kak dina tak tido lagi sbb tunggu umar dan ubayy. umar macam besa awal2 ja malu2, lepas tuuuuuuu sakan! siap tido dgn maklong lagi!!! amboi sangat tau!


***hmmm nantila sambung hewhewhew dah pukul 5 pg

SET ROBOCAR POLI~

ASSALAMUALAIKUM...

weekend sebelum raya haji ritu macam biasa balik merbok. selalunya ahad kami akan balik semula ke SP. tapi minggu tu kebetulan pakngah umar MC sebulan, makngah pulak cuti sekolah, so depa stay merbok. umi pon alang2 depa ada nak lah jugak stay, bagi umar spent banyak masa dengan pakngah makngah. lagipon ahad malam tu tetibaaaa umi sakit perut cirit birit grrrr. abi habes kuliah dah lewat so malas la nak packing barang nak balik lagipon sakit perut sampai tak boleh bangun. abi pon tido dengan umar sebab nak bagi umi rest. tapi umar 3x ulang alik bawak bantal dan selimut nak tido dgn umi. sedih sebak sayu hati umi :(

isnin tu umi memang lemah satu badan sebab dok ulang alik pi membuang tapi tak makan tak minum. mujoq la ada makngah pakngah layan umar. seronok la umar boleh main dgn makngah pakngah tanpa berebut dengan uwais hewhewhew! kesiannn sangat sebab umi memang tak mampu layan dia. petang tu tetiba umar mai mintak izin nak ikut makngah pakngah. kata depa nak ke sp ada urusan, saja nak bawak umar.

maghrib umar balik, sambil dikendong oleh makngah sebab tertido. tapi elok letak je atas tilam terus lompat bangun. maunya tak bangun rupanya bawak balik buah tangan pakngah belanja.


umi ingatkan beli benda biasa2 je la, sekali tengok satu SET ROBOCAR POLI yg boleh transform tu! grrrr betoi! padanlah teruja to the max! mahai wei benda tu (bagi umi) tetiba pakngah belanja mau tak meloncat. eh kenapa umi teruja lebih? yelaaa umi yang perkenalkan benda tu kot hewhew. umi yg geram dgn benda alah tu. tetiba dapat free, suka la.


lagipon kan umi teringin sebelum ni, tapi mahal taknak la beli. beli yg biasa je tu pon dia suka serupa tu jugak. cuma dah boleh agak, bila dia transform tak jadi mula la bebai suruh umi tolong. ni yg umi malas ni huuuuu~

poyo tau benda alah ni nak berkotak bagai, siap ada manual lagi mcmana nak transform. koserrr umi nak layan! 

~ set transport ~

umar punya suka sampai kalut nak pi umah tok mah nak tunjuk kat tokmah & wan. sapa2 yg dia baru jumpa semuaaaa dia tunjuk dan bagitau pakngah dia bagi.

~ bila transform jadi robot, sedia untuk membantu ~

umi tanya makngah, umar mintak ka mainan tu? makngah cakap tak langsung, tapi pakngah memang dah lama nak beli. siap deal dgn sorang penjual nak mai hantaq kat merbok, tapi org tu selasa baru boleh hantar. pakngah dah tak sabar tu yg gamble pi cari kat sp. rezeki umar faiq, dapat jugak kat dia huuu! 

~ ROY / RESCUE ~

~ HELY / HELICOPTER ~

~ AMBER / AMBULANCE ~

~ POLI / POLICE ~
Alhamdulillah rezeki umar selalu murah. macam2 dah pakngah beli kat dia. ramai org sukaaa beli mainan kat dia. selain pakngah, paklong pon sama. paklong tu dia yang minat sesuatu mainan tapi tak boleh main, tu yg beli kat umar. minggu ni beli set keretapi, tetiba beli kereta polis besaq, tetiba beli kereta polis ada lampu pulak. itu belum kira beli baju lagi.

ingat ye umarfaiq, selain umi abi, mak/ayah saudara jugak antara insan yg wajib dihormati. mohon panjangkan silaturrahim dgn saudara mara andai umi abi dah tiada. 


Friday, October 2, 2015

SABTU WITH LOVE~

ASSALAMUALAIKUM...

5 SEPTEMBER 2015 - tak balik merbok sbb abi ajak pi kuliah maghrib ustaz fawwaz di masjid sembilang. so siang tu masak ala kadar je. buat nasi minyak + sambal teloq. satu lagi lauk apa ntah lupa dah hewhew.

lepas makan, umi kalut pulak sediakan bahan nak buat bread lasagna. kemain time kalut ni la sebok nak buat grrr. setel buat 'inti' terus bawak bahan2 lain pi umah mak. sebab nak bakar guna oven mak. lagipon buat makan ramai2 baru syok. sampai umah mak terus buat. dlm pukul5.30 baru siap kalut nak makan pulak. at last pukul6 lebih baru balik umah kami. pastu mula la kalut bersiap nak pi kuliah pulak. sambil2 tu sidai baju dlm umah.

umi konon nak keluaq betul2 lepas asar sbb nak pi kedai eco rm2. at last pukul6.30 jugak la baru boleh keluar. sampai sana shopping pon kalut2 wuuu tak best! :(

sampai masjid sembilang kuliah dah start separuh. maghrib pon dah hujung2. kalut la solat. adik pon time2 tu la nak berry sampai bocoq pon. umi tukaq baju & pampers dlm keta jela. abang umar pulak dekat2 nak sampai masjid tadi baru nak lena. so umi decide dengar kuliah dari dalam keta jela sebab abi parking betul2 depan masjid. tapiiii baru umi tersedar yang umi terpakai selipar masjid masuk keta daaaaa! adoi kena masuk jugak la masjid.

mujoq kebetulan bila abi mai kat keta abang umar pon dah jaga. so abi ambek abang, umi bawak adik masuk masjid. dapat dengar kuliah kejap jela lepas tu dah masuk isyak kuliah tamat. pelik jugak kenapa mcm rushing je kan. selalu kalau ada kuliah isyak mmg extend lambat sikit.

rupa2nya ustaz fawwaz ada forum kat masjid seberang jaya pulak. ada ustaz syaffi pulak tu! terus decide nak pegi. masa kami sampai forum baru nak mula, maklum la kami kan 'follow' ustaz hewhew. mujoq senang dapat parking alhamdulillah.


ubayy mcm biasa, senang je kalau dibawa ke kuliah. diam tak kacau. bila lena umi letak je atas tilam dia dan umi blh dgr kuliah dgn aman. abang umar duduk dgn abi. masjid luas so dia tak la bosan sangat.

masa dengar kuliah perut umi mula berkeroncong. maklum lah pesen umi sekarang ni mana boleh tahan tak makan lama2. kena sentiasa mengunyah. dalam hati umi dah terbayang kapitan tak pon de pauh garden. wahhh kemain selera kau kan! tapi umi pendam dalam hati ja sebab taknak susahkan abi. mana2 abi bawak umi ikut je (walau selalunya abi tetap mintak umi pilih )


elok masuk keta mcm biasa abi tanya nak makan kat mana, dan mcm biasa jugak umi jawab dgn malu2 alah, ikut abi la nak makan apa. tetiba abi cadang de pauh garden. ternganga sekejap umi sebab mcm tak percaya abi pilih tempat tu. satu sbb mcm tau2 je kan batin umi menjerit. satu lagi sebab abi jarang makan kat restoran mcm tu, abi lagi suka warung. umi ok jewww mana2 pon kehhh!

bagai org mengantuk disorong bantal la kan terus teruja! walau dah lewat tempat ni masih ramai umat manusia. paling penting menu maintain je available. umi order nasi goreng belacan, abi nasi goreng cina EXTRA. makan cecepat sbb taknak ubayy tunggu lama. tengah makan abi tanya "kalau b order lagi sayang boleh makan lagi tak?"


sekali lagi bagai org mengantuk disorang katil king! malu2 umi angguk. maka abi order koteow goreng pulak. maka makanlah kami sampai kembung. bahagia je rasa dapat spent time mcm tu. suasana kat situ pulak aman je dgn view acah2 natural, damai je rasa. 


hari tu rasa penat sangat sebab terkejar2 sana sini but end up dapat makan sama2 pon dah rasa nikmat. sampai umah dekat pukul 2 jugak la. penat tapi berbaloi :)

seronok pi kuliah ke seronok makan ni sebenarnya? :p





AKTIVITI MALAM JUMAAT~

ASSALAMUALAIKUM...

Khamis lepas, ye ni citer khamis lepas. i mean, bulan lepas. 10 SEPTEMBER 2015 ( KAHKAHKAH ) umi tgk fb, ada kuliah ustaz fawwaz malam tu di masjid sg layar. terus sms abi. abi ok je nak pi. cuma kalau ikutkan abi nak ajak pi kuliah ustaz Abdullah khairi di lahar yoi. tapi takpela, pilih yg dekat.

tapi ptg tu umi tengok umarfaiq mcm demam. badan panas. tak aktif. nampak gaya cancel la. anak dah dua nak pegi mana2 kena utamakan anak. kalau dah anak demam kesian la nak heret dia kan.
hari tu siang umi makan nasi goreng waktu pagi. utk umarfaiq pon buat nasi goreng jgk. senang. bahaha! petang time anak2 tido baru umi masak. sempatla masak sotong masak thai, teloq goreng dan bayam goreng. abi balik so makan sama2 dgn abi. memandangkan tak jadi pi kuliah abi decide dgr kuliah rakaman kat YouTube ja. konon nak dengar lepas maghrib. tapi biasala banyak 'roadblock' hewhewhew.


at last abi terlelap. umi layan anak sambil tengok tv. pukul brapa ntah baru abi bangun. tukar syif jaga anak pulak hewhew. dah pukul12, adik pon dah tido umi biasala mula lapaq. terusss buat cekodok cheese. kemain tauuu cekodok pon nak di-cheese-kan. pastu bancuh teh.

~ abaikan 'deco' kat belakang ~

elok nak ngadap YouTube adik pon jaga. takpela. layan YouTube sambil menyusu anak sambil makan. sedap sangat cekodok kan, kuliah baru mukadimah cekodok dah habes. hewhewhew makan je lebih choiii!

~ sepah la apa pon takpa asalkan tak kacau umi abi dengar kuliah hewww ~

kuliah pertama yg kami dengar dari ustaz fawwaz. kuliah tentang zaman pemerintahan khulafa ar rasyidin. umarfaiq makin sihat so dia mula nak membuas kan. jenuh juga la nak layan dia bagi dia diam. umi abi gilir2 dukung ubayy. kemain ubayy pon dengar kuliah. sejam lebih jugak la.

~ tukar panggung sebab battery weak. tapi seat maintain, VIP ~

pastu mula la nak sambung sikit lagi. buka forum pulak. bila adik dah tido di ribaan abi, umi lipat baju sambil dengar kuliah tu. dengar forum seround ja, pastu masuk bilik sbb abang umar dah ngantuk. abi tidokan adik dalam buai, umi dodoi abang sampai lena. 

~ tukar tempat lagi ~

then sambung lagi forum dari ustaz Abdullah Khairi dan ustaz dr izhar. dah buka sekali memang mula la mak buka lagi dan lagi. konon nak buka sekejap seround ja at last tunggu sampai habes jugak. pukul 3.30 pagi juga la.abi tu dah la keja esoknya. huhu


gitulah salah satu cara kami habeskan masa bersama. itu pon kena curi masa. bukan senang nak ada masa rilek2 bersama. apa pon caranya, asalkan bersama yg tersayang inshaAllah kita akan happy :-)


RAYA BERPANTANG : KUNJUNGAN TETAMU~

ASSALAMUALAIKUM...

15 August 2015 - kami sekeluarga demam teruk sampai tahap terjelopok tido je. tapi sabtu tu syakira sekeluarga nak berziarah kami gagahkan diri utk menerima kunjungan tetamu. tetamu tu kan pembawa rezeki, kena terima dgn gembira walaupon diri tak sihat mana. tapi sabtu tu dah beransur pulih berbanding seblum tu.

dengan keadaan rumah tunggang langgang, pejam mata jelaaa hewhewhew! dah la takde kuih raya apa sangat pon. gagahkan jua diri goreng bihun. harap kenyang la dengan gembira haha! dah tu umi punya kelam kabut kepala tingtong, hidang bihun lupa letak senduk grrrrrrrrrrrrrr!!!!! :(


uwais dan umar, memula malu2 la nak berkawan. lepas tuuuuu sampai takmau berpisah pulak.

dari dalam rumah membawak ke luar rumah. sakan berligan. depa dua ni nampak gaya sama2 minat bola. paling penting depa boleh ngam. 


dah berapa puluh kali 'jom' dah tak boleh balik lagi sbb depa buat taktau ja dok main.

at last bila dah betul2 nak balik masing2 sedih je. umarfaiq pulak memang jenis dalam hati ada taman. dia sayang kawan2 dia. bila kena berpisah mcm tu mula tunjuk muka kesian dia tu.

inshaAllah ada rezeki jumpa lagi ye. tq uwais mai umah umar. jangan serik hendaknya.


maka untuk menghiburkan hati umar kami pon bawak dia pi umah tok mah. sekali tok mah nak keluaq pi tupah ambek ayaq. maka anak ikut tok mah, umi abi ber huhu jela kat umah tu. hajat nak duduk kejap je terpaksa duduk sampai lepas maghrib. dah lepas maghrib terkandas sebab ada game bola pulak. maka ber huhu lagi kat situ.

esoknya, kawan dari geng MyTEAM pulak nak datang. ema nadia sekeluarga. umi bangun pagi tu masak nasi lemak. simple kononnya. sebab takde bahan sangat nak masak nasi berlauk, buat nasi lemak adalah menu paling ringkas tapi lazat hewhew!


umi pulak salah paham. ingatkan ema nak mai petang, rupanya kami baru nak makan tengahari ema dah sampai. jamu jela dia nasi lemak koboi tu. segan iols tau!

anak ema, emyr kecik lagi. nanti la datang lagi, pilih la nak geng dgn ubayy ke dgn umar huhu!

alhamdulillah, lengkap lah sudah jelajah raya jusiza. berpuas hati sangat sebab dapat beraya dgn semua golongan sahabat! :)



Thursday, October 1, 2015

RAYA BERPANTANG : KUNJUNGAN PERTAMA~

ASSALAMUALAIKUM...

25 July 2015 / 9 SYAWAL - hari ni officialy dah pindah ke rumah kami semula dari rumah mak. tak tahu nak cakap perasaan happy tu macam mana. bila dah nama kata ada rumah sendiri ni, tak boleh tinggal lama sikit dah mula rindu semacam. rindu sungguh2 punya!

even belum habes pantang lagi umi balik dah rumah sendiri sebab sabtu depan dah nak gi beraya, bila masa nak angkut barang. excited nak beraya kan hari tu. tu yg tak sabar2.

dah petang baru angkut barang pon. pastu singgah g-mart pulak beli barang dapur sebab sebelum pi umah mak ritu kami memang dah clearkan dapur dari sebarang stok makanan. so semua benda nak kena beli baru huhu.

dah maghrib elok sampai rumah belum sempat matikan enjin keta dapat call dari naimah kata nak mak rumah. bayangkan laaa baruuu je pindah barang tadi tetiba ada tetamu nak mai dah? of course la rumah berterabur. tapi dah tetamu pembawa rezeki nak mai, takkan kita nak kata tak boleh pulak kan. mai jelaaa tapi pejam mata sudah tengok umah kami hahaha!


depa ni actually dari fumah Sari ada open house. maka umi siap pesan soh tapau makanan dari umah Sari tu hahaha. tak sangka depa tapau betul! ada nasi goreng, bihun sup & kek red velvet. subhanallah sedap sungguh kek tu hewhewhew!

kemain tau depa ni sakan raya sampai malam. padahal ni geng mak mak ni ahha! dah alang2 mai kekdahnya kannn. dah biasa tetiap tahun beraya bersama. nak ziarah ubayy sekali.

tahun lepas umarfaiq pandai main gitu2 je. tahun niii dah pandai la berkawan. kemain la bebudak tu main sama2. umarfaiq bawak keluaq robocar poli dia pulak dapat la sorang satu main hahaha! kalau dulu umarfaiq sorang ja boy, tahun ni dah tambah zikri sorang. inshaAllah tahun depan ubayy pulak la join.


naimah, syuhadah & syathirah, kawan masa SMKAB dulu. depa ni memang umah dekat2 pon sekampung. selalu jugak la aku pi umah naimah ni sebab biasanya kalau nak gathering ke apa memang port dia rumah naimah. taktaula pasaipa. mungkin sebab rumah dia luas dan dia kahwin dengan jejaka sama batch kot. bahahaha!

terima kasih kawan2 sudi jenguk keluarga kecik kami. moga ukhwah berkekalan. kena selalu bierziarah ni biaq bebudak tu makin rapat hehehe!


RAYA BERPANTANG : SANTAI RUMAH SAHABAT~

ASSALAMUALAIKUM...

8 August 2015 / 23 SYAWAL - sabtu berikutnya sambung beraya lagi hewhew. kali ni sekitar SP ja. bangun pagi tu sarapan ala kadar je sbb jap gi nak makan kenduri. target lepas zohor terus keluar, at last terbabas jugak hewww~

pukul2.30 baru keluaq sbb singgah umah mak dulu. lepas tu pegi kenduri umah client chewahhh client! akak ni umi kenal sebab dia selalu repeat order khat kufi umi. see, dari bisnes jadi kawan tau umi ni punya perangai!

then destinasi seterusnya umah fahida. pukul 4 lbh jgk baru sampai umah dia area bukit banyan. manusia paling seronok tentulah umar dan anak fahida, haziq. kemain lagi main bola sakan even gaya mcm acah2 taknak kawan masing2 huhu.

~ kenal dari sekolah rendah, tapi jadi geng masa sekolah menengah ~

kami pulak berborak sakan sebelum fahida jamu nasi minyak, ayam roasted, gulai kambing dan acar. but she knew that umi tak makan kambing maka dia masak sambal teloq. nasi minyak dgn sambal teloq pon layan. sedap amat masi tu kena laaa dgn selera seorang umi yg menyusukan anak makan nasi bercupak2 :p

lepas solat asar semua dekat pukul7 jgk baru gerak balik. haaa kemain lama sembang, tu pon tak puas tak cukup uwaaa!

umarfaiq punya tahan mata taknak tido sbb nak main dgn haziq tadi. masuk keta terusss lelap. kami balik merbok. ni 1st time ubayy tido merbok.



***org dah habes cerita raya haji iols cerita raya posa tak habes lagi. mampu???

Monday, September 21, 2015

KUFI : KOLEKSI KUFI NAMA ( 2 NAMA)

ASSALAMUALAIKUM...

sebenarnya banyak jenis kufi yang iols buat. tapi jarang update. kalau update pon kat ig/fb, itupon tak semua iols upload huuu. hmmm sekarang nak mula reveal la sikit2. nanti ada masa iols update lagi.

kali ni nak bagi contoh KUFI NAMA gabungan 2 nama. biasanya untuk pengantin lah kan. ada banyak jenis lagi, pelan2 kita payung hokkayyy!

~ KHAIRUL & AMALINA ~

~ SALWANI & ASRAF ~

~ JASRIZA & IZATI ~

~ IZZATI & SHAFIQ ~

~ LIYANA & OMAR ~


RAYA BERPANTANG : JOURNEY TO THE NORTH~

ASSALAMUALAIKUM...

16 SYAWAL / 1 OGOS 2015
punya tak sabar nak beraya, habes je pantang terus atur rumah mana nak serbu. kali ni decide nak ke hujung utara. bukan senang nak pi belah sana sesaja. sebelum tiba sabtu tu memang umi dah exited tahap apa lagi, tak sabaq2 nak tunggu sabtu. macam tu punya penangan tak boleh keluaq umah haha!
memandangkan malam tu umi tak dapat lelap, maka haruslah bersiap awal kan. 1stly siapkan adik ubayy, pastu abi siapkan abang umar. 


kemain excited umar bila tau nak pi jalan2. kesian dia, lama terperap kat umah. dia siap awal, tapi kena tunggu umi bersiap, abi check keta apa semua. lama dia tunggu, boring tapi umi nampak dia cuba lawan keboringan yg melanda dgn pura2 cakap banyak sbb dia excited nak pi berjalan. huuu


dah keluaq sampai stesen minyak taman ria, baru teringat buah tangan yg kami nak bawa tertinggal. abi decided patah balik sbb abi nak ambik jugak. yela dah niat nak bagi kat orang kan. huuu. tapi dah patah balik tu terus naik highway jela, lewat dah.


destinasi pertama adalah umah abang mie kat gurun. janji pukul 10 tapi pukul 10.40 gitu la baru sampai. memang abang mie dah janji nak belanja sarapan roti canai gurun favourite umi tu. tapi takdak rezeki sbb kedai tutup. abang mie ganti roti canai kedai lain, alhamdulillah sedap jugak. abi makan sampai 3 keping -.-

dlm pukul11.30 gerak dari gurun ke jitra pulak umah pak ndak abi. ada kenduri doa selamat sempena pak ndak masuk umah baru. makanan sedappp tapi umi makan sikit jeee sbb nak 'simpan' perut utk makan kat umah kaknot huuu. sempat la jumpa family2 abi kat sini.


dalam pukul 2 gitu kot baru sampai umah kaknot kat bukit pinang. last mai sini sebelum bertunang rasanya, haaa. wahhhh cantik betul umah kaknot! ada kolam. peaceful sangat! lalu abi pon mula berangan nak buat umah mcm tu mcm ni hehhhh!


kaknot jamu nasi daging, subhanallah sedap sungguh! bertambah2 umi makan. umarfaiq pon makan banyak. paling happy budak umarfaiq tu la, sbb dapat main dgn anak2 kaknot. bebudak tu pulak kemain melayan, suka sungguh dia!


lama juga bertapak kat umah kaknot. sebenarnya yg ni destinasi utama, yg lain dah sbb satu arah tu yg menyinggah huhu. kesian umarfaiq, dia berat hati nak balik sbb seronok main dgn anak2 kaknot. inshaallah, moga ada peluang bertemu lagi. kaknot siap tapaukan umi cream puff, tau je favourite umi. sukaaa sangat!


dalam pukul 4 lebih kami gerak ke jitra semula untuk jumpa naqiah pulak. bukan beraya ke umah, tapi ke kedai naqiah di Border's Tea Jitra. mohon sapa2 yg dok area2 sana boleh la terjah. nak tau apa itu border's tea sila lah try sendiri, pasti ketagih. hewhew


kebetulan abi ada kawan (adam) yg duduk area sini, so set bagi depa jumpa sekali. senang 2in1. naqiah agak busy (bos la katakan) so umi ambek anas muhsi main2 dulu. abi sembang dgn adam sambil jaga ubayy. umarfaiq kemain suka main dgn anas. anas pon suka sangat main dgn abang umarfaiq sampai abang gigit pon dia gelak  -__-


bila ubayy lapaq susu, umi susukan ubayy kat belakang tabir dgn naqiah yg nak tidokan anas. maka bersembanglah kami sambil dodoi anak masing2. mak2 sangat kan, padahal dulu dok passing buku biodata je sama2. cepat sungguh masa berlalu.

umi sedap menyembang, abi rancak berborak, tak sedar la masa berlalu. mujoq umarfaiq enjoy berlari dalam kedai, takdela dia boring. ewahhh lari sakan mcm kedai umi dia pulak heeeeeehewww!


pukul 5.30 lebih kami bertolak balik. ok la, masih awal bagi umi. sebenarnya banyak lagi agenda kami. patut kami keluar lebih awal dan balik pon awal. target satu2 umah nak duduk kejap je. sebab kami nak berkejaran ke bertam pulak open house umah abang. umah abang sendiri tak sedap la nak pi lewat kan. maka terpaksa cut nak jumpa hanim, bawa umar pi menara dan open house umah fatin. bila cut semua tu, bajet masa jadi cun balik.

abi speed je kat highway, sebab kami semua tido. tinggal lah abi drive sorang2. kesian abi wuuu. umi memang battery flat teruih, maklumlah sekarang ni bukan boleh penat2 sikit. mujoq ada abi yg power, maka sempatlah maghrib kat umah abang. cun timing! lagipon majlis abang dari petang - malam, so kami kira tak lewat sangat la. family lain dah berkumpul sejak petang.


kaklong buat mee kari yg superrr sedap! memandangkan umi masih berpantang mee, maka umi meratah je kuah dgn bawang goreng dan daun bawang. sedap sangat sampai umi meratah hampir 10mangkuk wey!

kiranya perjalanan kami hari tu SG PETANI --- GURUN --- JITRA --- BERTAM, mission accomplished! hamboihhh nak sangat beraya kannn.

malam tu kami ramai2 tido umah abang. esoknya umi target nak beraya lagi (amboiii tak puas lagi tu!) tapi lepas subuh pi tido sampai tengahari baru bangun hewhew. maka terus balik merbok aje lah. itu pon lewat jugak geraknya.


malam tu ada jamuan raya pulak kat surau merbok. makanan meriah tapi yg paling umi suka cucoq badak, sedap! kehkehhh

P/S : bukan umi edit lebih okayyy tapi kamera umi memang gitu. kadang lighting lebih umi tak reti setting kroihhhhh


Sunday, September 20, 2015

RAYA BERPANTANG : MARATHON SYAWAL

ASSALAMUALAIKUM...

2 SYAWAL
abi teruskan rutin, balik umah kami dan basuh baju segala. dlm lepas zohor naqiah & suami mai. haihhh lama tak jumpa, rasa tak puas sgt sembang wuuuu. dah la lupa nak ambek gambaq sama2 wuuu :(



belum sempat naqiah balik adik kak long sekeluarga plk sampai. full house la! belum sempat adik kak long balik ( naqiah dah balik la time ni ) family metua iols pulak sampai. bertambah2 full, but i love it! :-)


lepas semua tetamu balik terus umi serbu dapoq, lapaq nasi hoi! haha! lepas makan abi bawak abg umar pi beraya umah sedara2 kat sp. saja la kesian kat abang sbb umi pantang tak pasal2 dia terperuk kat umah ja huuu. depa pi beraya naik moto ja. abi mmg mcm tu, dia lagi suka moto sbb cepat dan mudah. abang kalau naik moto mesti cari spek dia la, habuan lawan angin. sambil2 tu blh poyo gila la kan haha!


petang, ashekin pulak mai melawat ubayy. dapat laa jumpa adam yg sangat comel tu! dulu tgk masa dlm pantang je. skrg dah besau pon.

3 SYAWAL
hari ni terasa rileks sket. siang takde tetamu datang, bolehla bermalas-malasan. ptg baru makcik pakcik dari loqstaq mai ziarah sambil beraya.


4 SYAWAL
tengahari faris & wife datang. malam, menanti kehadiran #teamrayatengahmalam bahaha. setiap tahun memang wajib la beraya dgn depa ni. dan selalunya memang style raya memalam. maklumlah siang berkerjaya.



tahun ni tak dapat la umi beraya umah mama fana. sobsss. rugi tau sapa tak beraya umah mama, macam2 hidangan ada. maklumlah, makhluk pandai masak gitu lahhh.

tapi rezeki tetap berpihak pada umi sebab mama fama tapaukan nasi beriani untuk umi. kau mampu org beraya umah kau tapi bawak bekal? bahaha! dalam pantang pin bedal je nasi beriani. favourite kot time mengandung dulu. sambil makan sambil cerita kat ubayy dulu dalam perut ubayy suka nasi beriani, but now tengok jela umi makan yerre hahaha!


depa ni dah pukul 11 baru sampai. memang mai stok selfie jela haha. takdan pon nak bergosip sangat. dan yeayyy bonda bawak hadiah untuk adik. tq bonda!

lepas depa balik, umi dgn abi songlap pegi umah makngah ila (depan umah) pulak. makngah buat open house makan bihun sup. umi gigih punya pasal pi jugak makan sup saja bahaha. pulun kan, tetengah malam pi umah orang makan sup. serupa tak penah makan pulak. tapi gitu la berpantang, mengidam kalah mengandung.

5 SYAWAL
abi dah start keja sobsss. harini menunggu ketibaan MYTEAM pulak, geng masa sekolah menengah. tapi cuma yati & fasih jela yg datang. yg lain masing2 dah ada komitmen. ini pon depa dua mai dgn suami masing2. abi takde, abah la kena layan huhu.



teringat masa bujang dulu memang kumpul geng pastu atur rumah sorang2 utk beraya. subhanallah rindu sungguh! sekarang beraya dgn pasangan + anak pulak, how time flies. tak puas rasa menyembang. hukhukhuk

gitu pengalaman beraya dalam pantang. biasa kalau raya umi sukaaa beraya umah orang, yela bawak anak jalan kekdahnya. lagipon umi memang suka ziarah menziarahi ni. kalau hari biasa mcm segan nak terjah umah orang sesaja, time raya ni ada la alasan nak berbuat demikian huhu. tapi dah tahun ni berpantang, orang pulak kena mai umah kita. rasa awkward sat haha! 

tengkiuuuu semua yg memeriahkan SYAWAL saya. moga kekal bersilaturrahim :-)

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...