CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 19, 2015

SABTU WITH LOVE AGAIN~

ASSALAMUALAIKUM...

3 OKTOBER 2015 - sabtu hari tu abi dah janji nak bawak anak2 shopping baju kat zon ria. wahhh kau anak2 pakai baju zon ria je??? kesahhhhhhhhhh pulak kaannnn hewwww~

sabtu tu mak pulak ke ipoh. semalam abi balik lewat so tido umah mak, maka pagi tu masak makan ala kadar je sbb mak takdak,, abah pi kenduri. cukup makan untuk alas perut. lepas zohor tu kononnya nak keluaq, tapi elok nak keluaq abg dgn kaklong pulak sampai. so pukul3.30 jgk baru keluaq haha!


odw nak pegi zonria ternampak ada longwan kat tepi jalan tu, terus singgah beli brg dapur sesiap. umar dah mula tanya mana baju abanggggggg hahaha

lepas shopping barang dapur baru shopping baju anak. target sorang 2 pasang je tapi abi tetiba ada berkenan satu baju ni so umi suggest ambik je. yela selalu baju anak ni abi bagi kuasa veto utk umi pilih, bukan senang abi nak berkenan sesuatu baju. so umi nak meraikan kesukaan abi tu. lagipon dia yg bayaq kannn hahaha! untungla rezeki anak. berpeluh jugak la pilih baju untuk budak yg pandai cakap tak henti ni. kita berkenan yg lain dia berkenan baju ultraman jugak. memang tak lepas dah grrrrrrrrrrrrr!!!


lepas shopping singgah masjid solat asar. pastu singgah pantai robina. asalnya nak pegi pantai bagan ajam bagi anak main pantai tapi dah lewat kannn sobsss lain kali jelahhh. singgah pantai robina pon dalam 5minit lebih ja habuan ambek angin. makan keropok gitu2 je ececehhhh


elok azan maghrib kami pon gerak ke masjid sembilang sbb ada kuliah bulanan ustaz fawwaz. ttime umi tgh on the phone dgn maktok abi blh pulak silap masuk jalan dah kena hadap jem huuuu. maka lewat jugaklah kali ni pon hahaha!


tapi still banyak masa boleh dengar jugak isi2 kuliah alhamdulillah. masa dalam masjid kemain la ubayy kena kerumun dgn makcik2 kat situ. dah la comel well behave pulak bila umi solat sbb tu depa geram kehkehkeh anak jusiza gitulahhh bluekkkk.


mcm biasa lepas kuliah kena la makan. surprisingly abi nak makan kat de pauh garden lagi. wow improvement ni! hahaha! rupanya abi suka makan kat situ sebab nak hiburkan umar ja. situ kan ada akuarium lawa ada ikan, umar suka. dan abi suka bila umar suka huuuu.


umar mandi kat masjid tadi terus tukar uniform ultraman, keciwi tak sangga dah laa! makan pon bahagia ja muka cehhhh!

tengkiu abi, gembirakan kami hehewwww~ :)


HOTMAS WITH PARENTS~

ASSALAMUALAIKUM...

2 OKTOBER 2015 - dah lama teringin nak belanja parents makan kat hotmas, tapi tak berkesempatan. sebab mak abah tak penah try lagi tu yg teringin nak bagi depa rasa. jumaat tu kebetulan malas masak (hahaha) abi pulak balik lewat so pi umah mak. umi haruslah nak keluaq cari makan malam so saja ajak2 mak then mak setuju. abah malas pi sebab ada game bola kedah. iols cakap hotmas ada tv berlambak haha!



so kami pergi la berlima, tanpa abi. saja nak bagi maktok try chicken chop kat situ, besaq dan sedap!!! haaa jenuh maktok makan memang tak habes! 


umar just share dengan maktok,kemain laaa merap tok & wan dia tu! mujoq laaa cucu kesayangan, layan ajerrr



 banyak dan besar portion ayam ni. memang berlaloi (as alaways). mak tok sampai kena tapau la sbb tak larat nak habeskan


abah makan nasi & tomyam campur. ponnn tak habes. tapi tomyam pada aku so-so je, tak lah sedap mana. kami memang tak pernah order pon selama ni. tapi bahan boleh tahan banyak

yg ni pon abah makan tak habes, tapau jeee. rugi hoi hahaaa!



umi, nasi goreng kampung plus teloq dadar. sedap, tapi umi rasa nasi goreng ikan masin win lagi. huuuu

mcm biasa portion besaq, memang kenyang la even dari siang tak makan nasi.


ubayy elok umi nak makan mula la dia nak merengek. memang dia ngantuk pon. at last umi dodoi dia atas meja tu kemain nyenyak ok jer hahaha!

untuk abi umi tapaukan nasi goreng heeee~

alhamdulillah ada jugak rezeki utk belanja parents :)

Wednesday, October 7, 2015

PERSONAL SHOPPER BELLA AMMARA SUNGAI PETANI

ASSALAMUALAIKUM...

uolllsssssssssss kat sini ada tak #bellaammaralovers???

kalau ada iols nak habaq mai kalau sapa2 nak kirim belian kat iols boleh wasap iols LAJU2 tauuuu di 019-4474245

sebab NO SERVICE CHARGE

nak pos pon bolehhh ke seluruh malaysia

dan berita gembiraaa untuk #bellaammaralovers kat utara yg susah nak dapatkan koleksi kesayangan uols ni, don worry. kirim je kat iols. iols boleh COD sekitar KEDAH & PENANG okayyyyyy!!!

so blogger2 yg terbaca post ni sila habaq mai kat kawan2 ampa naaaa













CERITA RAYA HAJI (PART 2)

ASSALAMUALAIKUM...

RAYA PERTAMA
sambung cerita pagi raya. mak metua goreng koteow, makanan lain ada yg pakat2 bawa balik. abi bawak umar pi tengok org sembelih lembu. kemain dia balik cerita lembu mati *sambil teleng kepala lidah terjelir*

di surau mcm biasala ada aktiviti melapah bagai. tak ketinggalan masak dan jamuan di surau. geng laki umah tu semua terlibat huhu. kami kat umah takde buat apa pon selain sediakan air dan standby kat dapoq. anak menantu makngah bawak mcm2 makanan termasuk nasi minyak. suka laaa umi!


mcm biasa umah metua adalah tempat berkumpul. umar suka la main dgn kawan2. abi petang baru balik. abi memang mcm tu, terlajak rajin. malam kami beraya umah helmi kawan abi. sebab ada nasi dagang sbb tu umi nak pi harharhar. 

memang tetiap tahun wajib mai pon. mak dia pon dah kenal umi tapi taktau nama umi kahkah! sedap hoi nasi dagang. dah tu umi tibai mi kuah pulak. rilekkk je depan mak dia. memula kakak dia ngasuh ubayy pastu mak dia pulak sambung. maklumlah adik sado, mana org larat dukung lama2 huuu. abg umar pulak main dgn anak2 menakan helmi, siap dapat eskrem lagi. suka sungguh dia.

balik umah, tolong kupas2 bawang untuk kenduri esoknya. pakngah belanja akikah ubayy. umar dulu maktok belanja. alhamdulillah murah rezeki anak2 umi :)

malam tu abi tido di luar, umi tido dgn anak2. memang sekarang kalau balik merbok kena tido berasingan sbb tak muat katil haha. tapi pukul3.30 pagi umi terasa nak pegi toilet. saja cuba nasib mesej abi. TIBA2 abi reply! terkejut ok! sebab patutnya abi dah ke bulan la sbb siang tadi penat 'bekerja'. abi pulak pesen letak kepala ja terus ke ke bulan matahari bagai.

tapi kalau tak tido lagi tu tau dah la sebab apa, COUNTER STRIKE leeerrr! maka kami pon beriringan ke toilet. umi ni penakut. huuu. then abi pon tido sekali la dlm bilik, tapi kat bawah katil beralaskan toto la hewww~


RAYA KEDUA
Pagi tu tolong kupas ubi. yg lain semua pakat tolong mna yg patut. kiranya time org laki pi solat jumaat tetamu pompuan dah boleh makan la. menu daging masak kurma, g.ulai daging, ayaq asam dan nasi minyak. sedappppp!


umar sakan main dgn cucu mak ndak som. aweks la katakan, galak lew dia. ubayy, tido jeee padahal dia la pengantin huhu. mak abah pon mai tapi dah lewat petang. sbb hari tu banyak kenduri. kawan2 abi pon mai, tapi kawan sekampung jela. kami memang tak jemput sapa2 pon sbb bukan kami yg handle. segan huuu. 

malam tu umi rasa nak tak boleh go dgn daging. umi cadang nak masak megi je. rupa2nya hazuan pon nak megi jugak. maka semua la ber-megi malam tu.pastu pakat layan movie acah2 seram ramai2. suka sangat, dah lama tak berkumpul mcm tu.


esoknya pagi2 lagi semua dah kalut bersiap. kak ana nak balik kajang, mak ayah nak ikut kakcik balik johor. kami pon bersiap nak ke kenduri. uwais dah pindah johor. kesian umar tahan sebak masa lambai uwais. memang kesian sangattt muka dia :(

sebelum zohor abi pi kenduri kat kampung dulu. lepas zohor kami ke kenduri kat sp, umah makcik zurina. then balik umah solat pastu abi dan umar sempat mandi lagi sbb panas. ubayy pon tukaq uniform. umi pon sempat take 5. fuhhh panas! 


pukul 4 lebih baru gerak ke kulim. kenduri la sangat kan huuu. dah la gamble ja cari jalan ikut kad kenduri, mujoq jumpa. mujoq jugak masih ada lauk nasi dan lauk buat kami. tapi umi mcm dah kenot go dgn nasi minyak daging ayam bagai ni. pening huuu. lepas kenduri singgah solat asar di masjid taman selasih. pastu terus ke umah pakngah umar. sebagai habuan nak gembirakan umar yg sedih uwais dah pindah. umah pakngah dekat dgn umah lama uwais. kami terangkan yg uwais dah pindah, umah dah kosong.

malam tu makan koteow goreng ja sbb umi awal2 dah gitau takmau nasi. ubayy pulak buat perangai, mungkin sebab tak biasa dgn rumah baru. berkurung jela umi dlm bilik dgn ubayy. umar main kat luaq sampai terlena. sediih tau kalau anak tido tanpa umi. lepas angkat anak2 masuk bilik umi mula la selongkaq dapoq, lapaq kannn! tgh dok mengunyah kat dapoq tetiba umar lari mai. heee suka la umi blh tidokan umar:)

esoknya lepas zohor baru balik sp. sampai umah mak, abang dan kaklong dh sampai dari pahang. kakak dan bang ngah pon ada. suka laaa umar! pastu adik kaklong sekeluarga pulak datang. sakan la main dgn anak2 sedara kak long tu. mak buat mi kuah, sedap!!!


Monday, October 5, 2015

KISAH RAYA HAJI~

ASSALAMUALAIKUM...

sebelum cerita ni jadi perkasam baiklah cerita cepat2 untuk simpanan masa hadapan.

raya haji biasa2 jer, takde la nak beria bagai. umarfaiq je ada baju baru, sebab masa raya aidilfitri ritu ramai bagi baju kat dia tapi tak sempat pakai. adik, last minit try baju melayu abang, muat. sarung aje lah. ada la baju tido je baru tu pon yg org hadiah. huhuhuhu. umi abi, biase2 jerrr. tapi umi sempat la jugak grab tudung raya kehhhhhhkehhhh!!!!

kami balik merbok dari hari sabtu sampai selasa. pagi selasa tu pakngah makngah umarfaiq yg tolong hantaq kami balik sp. patutnya boleh je stay terus kat merbok sampai raya. tapiii umi serabut teringat rumah yg tinggal gitu je tanpa kemas langsung. so kena balik jugak. petang selasa tu, pegi tesco dgn najwa (habuan tlg dukung ubayy hewhew) untuk beli tudung raya. tau lah umi kan kalau nak something memang dan dan tu jugak nak nak! tinggal umar dgn maktok sbb dia tido. so cepat la sikit keja umi huuu.

malam tu abi balik lewat. umi pulak banyak baju nak kena basuh. maka ajak najwa dan kawan dia temankan umi balik umah haha! upah depa dgn free wifi, laju la mau kan. abah yg hantaq kami balik tapi umar takmau ikut. dia ikut tokwan balik sana pulak. so abi balik nanti kena ambek dia pulak. umi basuh baju 4 round malam tu saja fuhhh! penuh rumah dgn baju yg disidai haha!

pukul 2 pagi pakat makan fries/daging burger/pizza teloq ramai2. anak2 pulak malam tu pukul 3.30 pagi baru tidoq. grrr memang tak jalan la keja umi kan! baru je nak seronok mengemas sikit tetiba umar mai cari umi dah. kena peluk dia bagi lena pulak. elok nak mengemas sikit adik pulak merengek. memang banyak la roadblock kalau nak buat keja. akhirnya keja umi jalan la separuh :(



berjaga sampai subuh, solat bagai kejut abi keja semua siap. lepas subuh najwa dan farzana dah balik. umi pesan nasi lemak je kat abi habuan kami makan tengahari ni. memang malas masak dah huhu. tapi umi dah bedal pagi2 lagi. tengahari mula la lapaq. nak keluaq, malasss nak usung anak2. goreng megi jela huuu. petang, tokwan mai ambek umar. tinggal umi dengan adik. malam tu umi makan cincai2 ja. rebus jagung yg kaknora bagi, buat mcm beli kat kedai. sedapppp!

dekat pukul12 baru abi balik, OT. nak cuti lama kan, kena la siapkan keja. umi memang macam mandom ja sepanjang dok tunggu abi balik huuu. bila abi balik siap2 terus ke umah mak.kesian umar umi tinggai dia lama. umi rindu tau!

dah sampai umah mak sangkut pulak kat situ sebab tibai ketupat dan rendang. sempat berkelah ketupat rendang tu kat umah kak ila. saja layan makbuyong yg balik beraya. pastu tibai nasi pulak kat umah mak dgn abi. adoiii diet apakah ini!

pukul 1.30 kot baru gerak balik merbok. syahdu pulak balik merbok waktu2 macam tu. saja merapu dgn abi, "kita ni serupa balik raya johor pulak masa ni baru nak sampai kampung hewhew"

tapi feel la mcm raya sikit bila balik time macam tu hehe. sampai merbok mak ayah je dah tido. paksu, maklong dan kak dina tak tido lagi sbb tunggu umar dan ubayy. umar macam besa awal2 ja malu2, lepas tuuuuuuu sakan! siap tido dgn maklong lagi!!! amboi sangat tau!


***hmmm nantila sambung hewhewhew dah pukul 5 pg

SET ROBOCAR POLI~

ASSALAMUALAIKUM...

weekend sebelum raya haji ritu macam biasa balik merbok. selalunya ahad kami akan balik semula ke SP. tapi minggu tu kebetulan pakngah umar MC sebulan, makngah pulak cuti sekolah, so depa stay merbok. umi pon alang2 depa ada nak lah jugak stay, bagi umar spent banyak masa dengan pakngah makngah. lagipon ahad malam tu tetibaaaa umi sakit perut cirit birit grrrr. abi habes kuliah dah lewat so malas la nak packing barang nak balik lagipon sakit perut sampai tak boleh bangun. abi pon tido dengan umar sebab nak bagi umi rest. tapi umar 3x ulang alik bawak bantal dan selimut nak tido dgn umi. sedih sebak sayu hati umi :(

isnin tu umi memang lemah satu badan sebab dok ulang alik pi membuang tapi tak makan tak minum. mujoq la ada makngah pakngah layan umar. seronok la umar boleh main dgn makngah pakngah tanpa berebut dengan uwais hewhewhew! kesiannn sangat sebab umi memang tak mampu layan dia. petang tu tetiba umar mai mintak izin nak ikut makngah pakngah. kata depa nak ke sp ada urusan, saja nak bawak umar.

maghrib umar balik, sambil dikendong oleh makngah sebab tertido. tapi elok letak je atas tilam terus lompat bangun. maunya tak bangun rupanya bawak balik buah tangan pakngah belanja.


umi ingatkan beli benda biasa2 je la, sekali tengok satu SET ROBOCAR POLI yg boleh transform tu! grrrr betoi! padanlah teruja to the max! mahai wei benda tu (bagi umi) tetiba pakngah belanja mau tak meloncat. eh kenapa umi teruja lebih? yelaaa umi yang perkenalkan benda tu kot hewhew. umi yg geram dgn benda alah tu. tetiba dapat free, suka la.


lagipon kan umi teringin sebelum ni, tapi mahal taknak la beli. beli yg biasa je tu pon dia suka serupa tu jugak. cuma dah boleh agak, bila dia transform tak jadi mula la bebai suruh umi tolong. ni yg umi malas ni huuuuu~

poyo tau benda alah ni nak berkotak bagai, siap ada manual lagi mcmana nak transform. koserrr umi nak layan! 

~ set transport ~

umar punya suka sampai kalut nak pi umah tok mah nak tunjuk kat tokmah & wan. sapa2 yg dia baru jumpa semuaaaa dia tunjuk dan bagitau pakngah dia bagi.

~ bila transform jadi robot, sedia untuk membantu ~

umi tanya makngah, umar mintak ka mainan tu? makngah cakap tak langsung, tapi pakngah memang dah lama nak beli. siap deal dgn sorang penjual nak mai hantaq kat merbok, tapi org tu selasa baru boleh hantar. pakngah dah tak sabar tu yg gamble pi cari kat sp. rezeki umar faiq, dapat jugak kat dia huuu! 

~ ROY / RESCUE ~

~ HELY / HELICOPTER ~

~ AMBER / AMBULANCE ~

~ POLI / POLICE ~
Alhamdulillah rezeki umar selalu murah. macam2 dah pakngah beli kat dia. ramai org sukaaa beli mainan kat dia. selain pakngah, paklong pon sama. paklong tu dia yang minat sesuatu mainan tapi tak boleh main, tu yg beli kat umar. minggu ni beli set keretapi, tetiba beli kereta polis besaq, tetiba beli kereta polis ada lampu pulak. itu belum kira beli baju lagi.

ingat ye umarfaiq, selain umi abi, mak/ayah saudara jugak antara insan yg wajib dihormati. mohon panjangkan silaturrahim dgn saudara mara andai umi abi dah tiada. 


Friday, October 2, 2015

SABTU WITH LOVE~

ASSALAMUALAIKUM...

5 SEPTEMBER 2015 - tak balik merbok sbb abi ajak pi kuliah maghrib ustaz fawwaz di masjid sembilang. so siang tu masak ala kadar je. buat nasi minyak + sambal teloq. satu lagi lauk apa ntah lupa dah hewhew.

lepas makan, umi kalut pulak sediakan bahan nak buat bread lasagna. kemain time kalut ni la sebok nak buat grrr. setel buat 'inti' terus bawak bahan2 lain pi umah mak. sebab nak bakar guna oven mak. lagipon buat makan ramai2 baru syok. sampai umah mak terus buat. dlm pukul5.30 baru siap kalut nak makan pulak. at last pukul6 lebih baru balik umah kami. pastu mula la kalut bersiap nak pi kuliah pulak. sambil2 tu sidai baju dlm umah.

umi konon nak keluaq betul2 lepas asar sbb nak pi kedai eco rm2. at last pukul6.30 jugak la baru boleh keluar. sampai sana shopping pon kalut2 wuuu tak best! :(

sampai masjid sembilang kuliah dah start separuh. maghrib pon dah hujung2. kalut la solat. adik pon time2 tu la nak berry sampai bocoq pon. umi tukaq baju & pampers dlm keta jela. abang umar pulak dekat2 nak sampai masjid tadi baru nak lena. so umi decide dengar kuliah dari dalam keta jela sebab abi parking betul2 depan masjid. tapiiii baru umi tersedar yang umi terpakai selipar masjid masuk keta daaaaa! adoi kena masuk jugak la masjid.

mujoq kebetulan bila abi mai kat keta abang umar pon dah jaga. so abi ambek abang, umi bawak adik masuk masjid. dapat dengar kuliah kejap jela lepas tu dah masuk isyak kuliah tamat. pelik jugak kenapa mcm rushing je kan. selalu kalau ada kuliah isyak mmg extend lambat sikit.

rupa2nya ustaz fawwaz ada forum kat masjid seberang jaya pulak. ada ustaz syaffi pulak tu! terus decide nak pegi. masa kami sampai forum baru nak mula, maklum la kami kan 'follow' ustaz hewhew. mujoq senang dapat parking alhamdulillah.


ubayy mcm biasa, senang je kalau dibawa ke kuliah. diam tak kacau. bila lena umi letak je atas tilam dia dan umi blh dgr kuliah dgn aman. abang umar duduk dgn abi. masjid luas so dia tak la bosan sangat.

masa dengar kuliah perut umi mula berkeroncong. maklum lah pesen umi sekarang ni mana boleh tahan tak makan lama2. kena sentiasa mengunyah. dalam hati umi dah terbayang kapitan tak pon de pauh garden. wahhh kemain selera kau kan! tapi umi pendam dalam hati ja sebab taknak susahkan abi. mana2 abi bawak umi ikut je (walau selalunya abi tetap mintak umi pilih )


elok masuk keta mcm biasa abi tanya nak makan kat mana, dan mcm biasa jugak umi jawab dgn malu2 alah, ikut abi la nak makan apa. tetiba abi cadang de pauh garden. ternganga sekejap umi sebab mcm tak percaya abi pilih tempat tu. satu sbb mcm tau2 je kan batin umi menjerit. satu lagi sebab abi jarang makan kat restoran mcm tu, abi lagi suka warung. umi ok jewww mana2 pon kehhh!

bagai org mengantuk disorong bantal la kan terus teruja! walau dah lewat tempat ni masih ramai umat manusia. paling penting menu maintain je available. umi order nasi goreng belacan, abi nasi goreng cina EXTRA. makan cecepat sbb taknak ubayy tunggu lama. tengah makan abi tanya "kalau b order lagi sayang boleh makan lagi tak?"


sekali lagi bagai org mengantuk disorang katil king! malu2 umi angguk. maka abi order koteow goreng pulak. maka makanlah kami sampai kembung. bahagia je rasa dapat spent time mcm tu. suasana kat situ pulak aman je dgn view acah2 natural, damai je rasa. 


hari tu rasa penat sangat sebab terkejar2 sana sini but end up dapat makan sama2 pon dah rasa nikmat. sampai umah dekat pukul 2 jugak la. penat tapi berbaloi :)

seronok pi kuliah ke seronok makan ni sebenarnya? :p





AKTIVITI MALAM JUMAAT~

ASSALAMUALAIKUM...

Khamis lepas, ye ni citer khamis lepas. i mean, bulan lepas. 10 SEPTEMBER 2015 ( KAHKAHKAH ) umi tgk fb, ada kuliah ustaz fawwaz malam tu di masjid sg layar. terus sms abi. abi ok je nak pi. cuma kalau ikutkan abi nak ajak pi kuliah ustaz Abdullah khairi di lahar yoi. tapi takpela, pilih yg dekat.

tapi ptg tu umi tengok umarfaiq mcm demam. badan panas. tak aktif. nampak gaya cancel la. anak dah dua nak pegi mana2 kena utamakan anak. kalau dah anak demam kesian la nak heret dia kan.
hari tu siang umi makan nasi goreng waktu pagi. utk umarfaiq pon buat nasi goreng jgk. senang. bahaha! petang time anak2 tido baru umi masak. sempatla masak sotong masak thai, teloq goreng dan bayam goreng. abi balik so makan sama2 dgn abi. memandangkan tak jadi pi kuliah abi decide dgr kuliah rakaman kat YouTube ja. konon nak dengar lepas maghrib. tapi biasala banyak 'roadblock' hewhewhew.


at last abi terlelap. umi layan anak sambil tengok tv. pukul brapa ntah baru abi bangun. tukar syif jaga anak pulak hewhew. dah pukul12, adik pon dah tido umi biasala mula lapaq. terusss buat cekodok cheese. kemain tauuu cekodok pon nak di-cheese-kan. pastu bancuh teh.

~ abaikan 'deco' kat belakang ~

elok nak ngadap YouTube adik pon jaga. takpela. layan YouTube sambil menyusu anak sambil makan. sedap sangat cekodok kan, kuliah baru mukadimah cekodok dah habes. hewhewhew makan je lebih choiii!

~ sepah la apa pon takpa asalkan tak kacau umi abi dengar kuliah hewww ~

kuliah pertama yg kami dengar dari ustaz fawwaz. kuliah tentang zaman pemerintahan khulafa ar rasyidin. umarfaiq makin sihat so dia mula nak membuas kan. jenuh juga la nak layan dia bagi dia diam. umi abi gilir2 dukung ubayy. kemain ubayy pon dengar kuliah. sejam lebih jugak la.

~ tukar panggung sebab battery weak. tapi seat maintain, VIP ~

pastu mula la nak sambung sikit lagi. buka forum pulak. bila adik dah tido di ribaan abi, umi lipat baju sambil dengar kuliah tu. dengar forum seround ja, pastu masuk bilik sbb abang umar dah ngantuk. abi tidokan adik dalam buai, umi dodoi abang sampai lena. 

~ tukar tempat lagi ~

then sambung lagi forum dari ustaz Abdullah Khairi dan ustaz dr izhar. dah buka sekali memang mula la mak buka lagi dan lagi. konon nak buka sekejap seround ja at last tunggu sampai habes jugak. pukul 3.30 pagi juga la.abi tu dah la keja esoknya. huhu


gitulah salah satu cara kami habeskan masa bersama. itu pon kena curi masa. bukan senang nak ada masa rilek2 bersama. apa pon caranya, asalkan bersama yg tersayang inshaAllah kita akan happy :-)


RAYA BERPANTANG : KUNJUNGAN TETAMU~

ASSALAMUALAIKUM...

15 August 2015 - kami sekeluarga demam teruk sampai tahap terjelopok tido je. tapi sabtu tu syakira sekeluarga nak berziarah kami gagahkan diri utk menerima kunjungan tetamu. tetamu tu kan pembawa rezeki, kena terima dgn gembira walaupon diri tak sihat mana. tapi sabtu tu dah beransur pulih berbanding seblum tu.

dengan keadaan rumah tunggang langgang, pejam mata jelaaa hewhewhew! dah la takde kuih raya apa sangat pon. gagahkan jua diri goreng bihun. harap kenyang la dengan gembira haha! dah tu umi punya kelam kabut kepala tingtong, hidang bihun lupa letak senduk grrrrrrrrrrrrrr!!!!! :(


uwais dan umar, memula malu2 la nak berkawan. lepas tuuuuu sampai takmau berpisah pulak.

dari dalam rumah membawak ke luar rumah. sakan berligan. depa dua ni nampak gaya sama2 minat bola. paling penting depa boleh ngam. 


dah berapa puluh kali 'jom' dah tak boleh balik lagi sbb depa buat taktau ja dok main.

at last bila dah betul2 nak balik masing2 sedih je. umarfaiq pulak memang jenis dalam hati ada taman. dia sayang kawan2 dia. bila kena berpisah mcm tu mula tunjuk muka kesian dia tu.

inshaAllah ada rezeki jumpa lagi ye. tq uwais mai umah umar. jangan serik hendaknya.


maka untuk menghiburkan hati umar kami pon bawak dia pi umah tok mah. sekali tok mah nak keluaq pi tupah ambek ayaq. maka anak ikut tok mah, umi abi ber huhu jela kat umah tu. hajat nak duduk kejap je terpaksa duduk sampai lepas maghrib. dah lepas maghrib terkandas sebab ada game bola pulak. maka ber huhu lagi kat situ.

esoknya, kawan dari geng MyTEAM pulak nak datang. ema nadia sekeluarga. umi bangun pagi tu masak nasi lemak. simple kononnya. sebab takde bahan sangat nak masak nasi berlauk, buat nasi lemak adalah menu paling ringkas tapi lazat hewhew!


umi pulak salah paham. ingatkan ema nak mai petang, rupanya kami baru nak makan tengahari ema dah sampai. jamu jela dia nasi lemak koboi tu. segan iols tau!

anak ema, emyr kecik lagi. nanti la datang lagi, pilih la nak geng dgn ubayy ke dgn umar huhu!

alhamdulillah, lengkap lah sudah jelajah raya jusiza. berpuas hati sangat sebab dapat beraya dgn semua golongan sahabat! :)



Thursday, October 1, 2015

RAYA BERPANTANG : KUNJUNGAN PERTAMA~

ASSALAMUALAIKUM...

25 July 2015 / 9 SYAWAL - hari ni officialy dah pindah ke rumah kami semula dari rumah mak. tak tahu nak cakap perasaan happy tu macam mana. bila dah nama kata ada rumah sendiri ni, tak boleh tinggal lama sikit dah mula rindu semacam. rindu sungguh2 punya!

even belum habes pantang lagi umi balik dah rumah sendiri sebab sabtu depan dah nak gi beraya, bila masa nak angkut barang. excited nak beraya kan hari tu. tu yg tak sabar2.

dah petang baru angkut barang pon. pastu singgah g-mart pulak beli barang dapur sebab sebelum pi umah mak ritu kami memang dah clearkan dapur dari sebarang stok makanan. so semua benda nak kena beli baru huhu.

dah maghrib elok sampai rumah belum sempat matikan enjin keta dapat call dari naimah kata nak mak rumah. bayangkan laaa baruuu je pindah barang tadi tetiba ada tetamu nak mai dah? of course la rumah berterabur. tapi dah tetamu pembawa rezeki nak mai, takkan kita nak kata tak boleh pulak kan. mai jelaaa tapi pejam mata sudah tengok umah kami hahaha!


depa ni actually dari fumah Sari ada open house. maka umi siap pesan soh tapau makanan dari umah Sari tu hahaha. tak sangka depa tapau betul! ada nasi goreng, bihun sup & kek red velvet. subhanallah sedap sungguh kek tu hewhewhew!

kemain tau depa ni sakan raya sampai malam. padahal ni geng mak mak ni ahha! dah alang2 mai kekdahnya kannn. dah biasa tetiap tahun beraya bersama. nak ziarah ubayy sekali.

tahun lepas umarfaiq pandai main gitu2 je. tahun niii dah pandai la berkawan. kemain la bebudak tu main sama2. umarfaiq bawak keluaq robocar poli dia pulak dapat la sorang satu main hahaha! kalau dulu umarfaiq sorang ja boy, tahun ni dah tambah zikri sorang. inshaAllah tahun depan ubayy pulak la join.


naimah, syuhadah & syathirah, kawan masa SMKAB dulu. depa ni memang umah dekat2 pon sekampung. selalu jugak la aku pi umah naimah ni sebab biasanya kalau nak gathering ke apa memang port dia rumah naimah. taktaula pasaipa. mungkin sebab rumah dia luas dan dia kahwin dengan jejaka sama batch kot. bahahaha!

terima kasih kawan2 sudi jenguk keluarga kecik kami. moga ukhwah berkekalan. kena selalu bierziarah ni biaq bebudak tu makin rapat hehehe!


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...