CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 9, 2015

MY 2014

ASSALAMUALAIKUM...

highlights my 2014 - act takde apa sangat pon. tapi rasa mcm setiap bulan lain caranya.



JANUARI


nothing special. asalnya memang dah request kat abi nak pi jalan2 sbb nak hilangkan 'penat' bulan disember. tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. anak ikan kami kan kena langgar, masih kat bengkel. patah kaki la nak pi jenjalan pon. lagipon tak jumpa tarikh sesuai. mujoq sempat jugak abi bawak kami jalan2 ke penang. jadi laaa habuan lepas gian. at least bersama keluarga, rasa best jeee :)


FEBRUARI 


agak berbeza sebab bulan ni aku mula start berbisnes! amazing kan? seorang yg TAK SUKA bisnes tetiba buat bisnes. sekali mula bisnes, rupanya seronok berniaga ni. patutlah ramai org sekarang lagi suka berbisnes berbanding makan gaji. dan yg dah bergaji pon berbisnes utk side income. memang best berbisnes ni. abi la manusia paling seronok sekali sbb aku dah mula suka berniaga. sbb dulu asal dia cakap nak buat bisnes ja aku tak minat nak dengar bahahaha! oh ya act bukan la aku buat bisnes juta2 pon. cuma jadi agent jual rainbow cookies dan jual pre loved novel je. tapi pengalaman tu yg best. ntah. tak tau nak explain mcmana. seronok sgt berkomunikasi dgn pelanggan. gituuuu


MAC

plan nak bercuti dari bulan 12 lagi, bulan ni baru tercapai. lokasi yg dipilih, cameron highlands. agak teruja sbb ni 1st tym nak bawak anak ke sana. dan nebesss sbb ni 1st tym nak travel dgn keluarga kecil kami. selalu travel dgn family, tapi kali ni saja nak try berdikari kekdahnya bahaha.siap tanya lagi "b berani ke ni nak bercuti bertiga?" heran abi kenapa bini dia tanya soalan macam tu haha!


alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. kami pi 2 hari 1 malam ja sbb abi takmau kacau cuti tahunan hukhukhuk. apa pon kepuasan tu yg penting. tq abi!!! dan bulan ni urusan rumah kami selesai. alhamdulillah!!! :)


APRIL

bulan paling nebesss sbb birthday 1st anak kan. ntah pape umi eksaited semacam. dan bulan ni jugak kami amat2 sibuk sbb nak setelkan urusan masuk rumah. memang banyak pakai duit dan tenaga. mujoq laaa ramai yg membantu, syukur alhamdulillah. boleh kata hari2 kami ada je benda nak kena buat, weekend pulak mmg all out mengecat mengemas bagai. penat sesangat. 


tak sempat nak sambut birthday anak kat umah baru lagi so celebrate dulu kecil2an. dalam penat dalam sibuk uruskan rumah, tetap curi masa utk birthday anak. sebak, dah setahun anak umi. cepat sungguh masa berlalu


MEI

Alhamdulillah urusan rumah mencapai target nak siap sebelum kenduri. even tak lengkap sepenuhnya, at least boleh buat kenduri jadilah. 3/5/2014 buat kenduri doa selamat masuk umah dan birthday anak sekali. majlis berjalan lancar dan meriah.


maka selepas itu bermulalah episod kehidupan baru kami bertiga :)
dan bulan ni jugak mak dapat sorang lagi cucu lelaki, Muhammad Faris Hakim. yeayyy umarfaiq dah dpt adik hehehe! 


JUN

masih lagi cuba menyesuaikan diri di umah sendiri merangkumi semua aspek. cubaan nak fix jadual sendiri, bila nak masak nak suap anak nak kemas umah. semua kena cuba biasakan. di samping tu cuba biasakan aktiviti2 yg berpatutan. contoh ptg2 kami main badminton depan rumah, anak main backhoe dia. kekadang main kat taman. mcm2 lah buat nak dekatkan kasih sayang. gituuu. jugak kena biasakan nak detect apa masalah rumah tu, environment dll.


bulan ni 1st tym abi potong rambut anak. uwaaaaaaaa buruk! bulan ni jugak 1st tym join dinner office abi. umi suka sbb dapat makan sedap jeeee =p


JULAI

ramadhan. konon ramadhan kali ni dapat la merasa berpuasa sebagai keluarga. non hado. sbb start dari awal ramadhan rumah kami dlm proses nak buat kabinet dapur. kabinet bodo2 ja sbb nanti in case nak renovate dapur takde la sayang sgt nak roboh kabinet tu huhuhu. act sinki kami tersumbat. sebulan jugak dok basuh pinggan dlm bilik ayaq. tu yg abi decide buat kabinet. tukang tu buat dari awal ramadhan sampai nak raya baru siap T___T

so sepanjang bulan ramadhan hari2 aku pi umah mak. berbuka kat sana, kadang2 rasa nak berbuka dgn suami, kami tapau kat bazaar dan berbuka kat umah sendiri. simple life huhu


OGOS

raya kali ni paling sempurna untuk aku. setiap hari beraya sakan. jenuh atoq rumah nak beraya, jumpa ramai kawan, sedara, alhamdulillah puas hati. besday aku tahun ni pon, perfect! siap buat makan2 lagi haaa. nak lawan anak letewww. 


hujung bulan kami ke bota, perak mengikuti rombongan pengantin cousin abi. ni 1st tym jejak kaki ke bota, teruja lain mcm. abi cakap nak pegi kenduri sehari je pon, tapi aku punya preparation mcm nak pi mekah wkwkwkwk.


SEPTEMBER

abg masuk umah baru. alhamdulillah. sama2 dah ada umah sendiri hekhek. tapi jauh di sudut hati aku agak sedih jugak. sbb dah terbiasa dgn umah sewa abg kat penaga. byk kenangan aku kat penaga tu. dulu bosan2 taktau nak buat apa, pi tido umah abang. lepak dgn erin sampai lewat malam pastu takut nak balik sp, tido umah abg. dah mcm hotel dah umah tu. huhuhu



bulan ni jugak trip dgn family abi ke cameron highlands. eh cameron lagi? yes, my favourite place u know! i love cameron so much hewhewhew. and love family trip hehehe.


OKTOBER

raya haji, ok la dapat balik kampung. huhu. kat merbok pon buat kenduri akikah uwais. cuti bersambung so rasa mcm abi cuti lama. suka. huhu.

ehem ehem ehem bulan ni dah dapat berita gembira. syukur atas nikmat kurniaan Allah. syukur masih diberi rezeki :)


sempena cuti deepavali kami anjurkan bbq kat umah kami. unplanned but success. bbq kita2 ajeee

bulan ni jugak lahir sorang lagi sepupu umarfaiq kat merbok. muhammad bin amir anuar. hensem nauuu baby ni weh! boy lagi kawan umarfaiq haaa. bila nak dpt kawan pompuan pulak ni haha


NOVEMBER


bermulalah episod alahan yg teruk. sampai semua terabai. anak, suami, masing2 berdikari. hari2 memang duduk umah mak sbb aku langsung tak mampu makan, apatah lagi nak makan. keja baring ja. rasa mcm lambat sangat masa berlalu. boleh kata setiap masa rasa tak sihat. dugaan sungguh bulan ni. 
di samping tu curi2 masa jugak tolong2 utk walimah alina, anak mengasuh mak yg sulung.


DISEMBER


bulan paaaaaling best! kalau tahun lepas disember bulan paling kalut paling penat paling stress, alhamdulillah tahun ni best! boleh kata kerap gi jalan2 dgn abi. kalau tahun lepas cuti abi habes sampai kena ambek unpaid leave, tahun ni cuti lebih sampai kena perabeh cuti pulak. dah la cuti umum pon mmg banyak. so abi banyak masa dgn kami.

dah la abi cuti, bawak pulak kami jalan2, pastu belanja shopping pulak auw auw auw kan ke bahagia tu bahahaha. umi laaa manusia paling bahagia hakhakhak. tu pon kalau ikut family metua ada trip pegi perlis, tapi memandangkan umi tak berapa larat nak jalan jauh so terpaksa tak ikut. aaaa jeles la jugak.

alhamdulillah penutup 2014 yg indah :)


so far, my 2014 alhamdulillah went well. takde apa yg nak dikesalkan takde yg nak disedihkan. rasa mcm takde langsung benda tak best. syukur sangat2. moga2 tahun2 mendatang jugak berjalan lancar

=)

2 comments:

Zai Zamree said...

waaa...abg umar nk dpt adik dh...bestnya bestnya

Kira Sakura said...

geram tengok gambar umar yg last tu. muka macam malasssss je nak makan hihihihi.

alhamdulilah semua nya yang best2 kan. best betoi dah ada rumah sendiri. mesti lega perasaan tu kan

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...