CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 25, 2015

UNTUK SAHABAT YANG KUAT

ASSALAMUALAIKUM...

Allahuakbar...nak taip ni pon terketar2 jari.

biar aku ceritakan dari mula.

Jumaat lepas, ternampak post pasal satu eksiden dlm group Penduduk Sungai Petani (PSP). mcm biasa la grup ni kalau ada info apa2 mmg laju. dengar kata pemandu maut, rakannya cedera akibat kereta yg dipandu terpesorok bawah treler yg berhenti di bahu jalan. yg maut tu ahli grup PSP.

petangnya pulak scroll fb lagi nampak pasal eksiden dgn treler jugak tapi sorang PELAJAR maut dan yg lain cedera. aku ingat kejadian yg sama, eh mana satu info yg betul ni kan?

rupa2nya kedua info tu betul, dan ada 2 kemalangan di tempat yg hampir sama (highway taman sejati) sbb tu aku keliru.bila abi balik sembang2 dgn abi pasal eksiden tu. sejak satu kejadian yg menimpa kami, aku selalu cerita kat abi pasal eksiden2 yg aku tau.

malamnya, aku nampak sorang sahabat pos status yg ayahnya telah kembali ke rahmatullah. aku tak syak apa2 pon, sebab pada aku mungkin ayah dia sakit ke apa. tapi aku tak komen apa2 lagi sbb on9 pakai hp, lambat.

pagi sabtu, masa makan roti canai sambil2 baca suratkhabar. ada berita pasal eksiden tu. tunjuk kat abi lagi pasal tu.

malam tadi, kebetulan on9 pakai laptop aku pon komen ucapan takziah kat sahabat ni. lepas tu terjumpa pulak post pasal dua eksiden tu kat grup PSP. so panggil abi tengok dan baca post tu. aku tak berani tengok sangat pon, saja nak kongsi dgn abi.

pastu aku scroll balik fb, terjumpa status2 sahabat ni pasal kehilangan ayah tersayang. aku nak tau jugak ayah dia meninggal sbb sakit ke apa, sbb tak penah tengok dia post pasal ayah dia sakit pon. dalam dok pikiaq tu tetiba terjumpa post dari sahabat tu, rupan2nya ayah dan adik beliau lah yg terlibat dlm kemalangan tu sebenarnya. allahuakbar...sebak sungguh rasa.

masa tu dah dekat pukul2 pagi, abi dok tengah lena aku kejut bagitau. rupanya tu ayah sahabat aku...aku tau abi mamai dan tak paham pon. tapi aku taktau nak describe mcmana, terkejut ya rabbi.
dan tak lama lepas tu, dah setel keja (aku on9 pon sbb buat keja,sambil2) aku saja la nak tengok fb. takde niat nak scroll pon, just tergerak hati nak tengok kot2 ada notification (padahal pkl3.30 pagi notification apa nya). alangkah menggigilnya badan aku bila news feed paling atas keluaq pasal adik sahabat tadi pulak yg meninggal dunia setelah bertarung nyawa akibat dari kemalangan tu.

Allahuakbar...tak tau nak kata apa lagi dah. menitis jugak airmata.

sejak2 akhir2 ni memang banyak kes kemalangan yg aku 'tengok', maklum lah bila ada teknologi ni pantang apa2 jadi semua org kongsi. jadi asyik ter-baca/ter-tengok jela. bila cerita kat abi, dia cakap hari2 dia tengok eksiden sepanjang ulang-alik pi keja. alahai...

Allahuakbar...berat sungguh ujianMu buat sahabat itu. sungguh aku cuma penah jumpa sekali ja dengan dia, tapi tetap terasa 'rapat' sbb geng KBU. nama sebenar dia pon aku taktau, sebab tu tak boleh nak agak pasal berita tu. namun aku tau dia seorang yg kuat. tengok status dia cukup 'tenang'. aku kagum dgn dia.

adik TTM, takziah. kuatkan semangat. ujian adalah tanda Allah sayangkan kita, dan Allah tidak menguji seseorang tu di luar kemampuannya.

Al-fatihah

1 comment:

Zai Zamree said...

takziah buat TTM...

tgk status TTM mmg tenang ja.k.zai dl ms arwah ayh meninggal siap menangis mcm nk histeria rsnya...adoiiii...kuatnya smgt kamu adik TTM

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...