CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 21, 2015

JJJ - NASI KERABU NERRAH~

ASSALAMUALAIKUM...

ok dah lama tak buat segemen ni, padahal hari2 makan sedap2 ewahhh. bizi weh!

kali ni aku nak share pasal nasi kerabu. biasa la kan sesejak mengandung ni selera lain macam sikit. pantang nampak org post gambaq makanan terus rasa nak try. lagipon aku alah dengan nasi putih, so kena cari alternatif lain la kalau nak makan nasi.

suatu hari bila tgk post pasal nasi kerabu nerrah ni teringin la nak try. tapi masa tu dah lewat, pukul1.30 dah haaa. mula laaa rasa mcm malas nak keluaq. tapi bila terbaca komen sorang customer yg cakap "sedap...owner pon baik" terusss jadi semangat balik. lelaju call number yg tertera tanya ada lagi tak.



aku dok teringin nasi kerabu dengan daging bakar dan ikan goreng celup tepung. tapi masa call daging bakaq dan ikan goreng celup tepung dah habes, tapi pkl2 nanti depa akan bakaq daging lain, dlm 2.30 baru siap.aku pon terus solat dan keluaq pi beli. masa aku sampai tu tepat pukul2.30 ptg dan daging bakaq pon memang ngam2 siap. gud job bro! mcm ni baru betul, janji pukul 2.30 siap, memang betul2 siap. takdela customer frust datang jauh2.



untuk kali pertama aku bungkus nasi kerabu daging bakar. harga rm4.50 sahaja. dan ternyata owner memang sangat2 baik dan ramah, mesra pelanggan gituuu. kita nak membeli takde rasa segan2. tanya itu ini pon depa layan je. mintak tambah budu pon ok je, siap sembang2 bagai.

bila balik makan, haaaaaa memang sedap! rasa lain dari nasi kerabu yg aku besa makan. mungkin sebab tukang masak ni ori from kelantan, so mungkin la ada rasa mcm pantai timur punya nasi kerabu. bagi mak rasa pon mak cakap sedap.


budu dgn keropok depa bungkus asing, so tak payah risau keropok lemau or nasi kembang terkena budu. balik makan kat umah pon still rasa fresh lagi.

beberapa hari berikutnya aku beli lagi. kali ni lauk daging bakar dan ikan goreng celup tepung pulak. harga rm5.50 only. btw kalau kau beli lauk daging + ayam cuma rm6 sahaja.


mujurlaaa aku call dulu b4 pi beli, sebab hari tu ada tempahan so nasi kerabu dah habes. tinggal ngam2 sebungkus je utk aku. fuhhhhh! 


yang menariknya bila uols beli kat sini, ada kupon tau! hebat tak??? setiap kali pembelian akan di-cop oleh owner, dan kali ke-6 pembelian akan ada diskaun sebanyak rm1.50, menarik tak??? 

btw depa jugak ada servis delivery tau! setiap penghantaran akan di-caj rm3 kalau tak silap,  5 bungkus ke atas free delivery. 


so aku mmg sangat2 recommend kan tempat ni, nasi kerabu sedap plus servis tiptop. selain tu depa ada menu lain tau, seperti kerabu maggi, nasi ayam budu, nasi berlauk dll. utk keterangan lanjut sila hubungi number tertera ye. alamat pon ada kat dalam gambar ni haa

memang berbaloi! :)


2 comments:

Kira Sakura said...

wahhhh best. boleh buat port berbuka pose KBU nanti kot ni hihihihi

Zai Zamree said...

tliuq aih

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...