CRAZY FAN! :)
Monday, December 29, 2014
PENING
Tuesday, December 23, 2014
LUNCH DENGAN ABI~
Monday, December 22, 2014
CINTA DI TANJUNG DAWAI~
![]() |
| ~ tuuu tangan tu curi2 kuis pasirrrr ~ |
![]() |
| ~ pi sat pon dan lagi dia teran berak kat situ. coihhhhhh! ~ |
Friday, December 19, 2014
MENGESAN KEHADIRAN SI KECIL DI DALAM RAHIM~
semalam saja la belek2 draft. nahhh tetiba ternampak entry ni. baru prasan yg aku tak update secara rasmi pon pasal mengandungkan umarfaiq dulu. tup2 keluaq entry alahan. diva sangat kau!
nahhhh flashback tahap melampau tentang mcmana kami mengesan kehadiran si kecil ni dalam rahim :)
Suami senyum, dan terus cakap “haaa kalo mcm tu syg dh lekat laaaa” (nada suara dan intonasi suami masa tu, sumpah aku xkan lupa sampai bila2). Aku terkejut dgn stetmen suami! X sangka sampai ke situ suami pikir. Sungguh aku berdebar sgt masa tu. Aku menyangkal sekeras2nya. “alaaaa ni blm kira period lewat laa. Mungkin esok lusa mai la period tu. Mmg benda ni x tetap”.
Suami masih tersenyum. “xpela, b nak seronok jgk”. Aku dah susah hati… susah hati sbb tgk suami terlalu teruja. Yela, kalo x btl nanti, aku takut suami frust! Suami siap letak telinga kt perut lg! maka mlm tu Aku slow talk dgn suami… “b, blm tentu syg preknen laaa. Period ni mmg x tetap sgt, tambah2 kita baru kawen. Hormone pon x stabil. Lagipon baru lewat sehari je…b jgnla berharap sgt, nanti b jgk yg frust”…aku bersuara dgn serius.
Suami masih senyum “alaaa x pela b nak seronok suka2 je…kalo x preknen pon xpe, b x kisah pon. Awal lg
Suami pujuk aku, “insyaallah, b x akan frust.
15 Ogos 2012
aku ambek cuti hari ni. terpaksa. lantak le bos nak kata apa. pagi, pi interview dgn mak abah. syukur ada mak abah yg sentiasa jaga anak perempuan depa ni haaa even dah ada suami. balik tu, tengahari terus aku laju2 pi klinik. memula pi klinik azhar kat taman ria. sekali doktor rehat daaa. pukul3 baru ada doktor. coihhh. aku tgk kat senarai cawangan, ada cawangan kat taman keladi. terus aku call dan buat appoinment kat tmn keladi je, dekat sikit. tak kuasa aku nak mai taman ria jauh2 lagi haaa.
rezeki aku, kat cawangan taman keladi tu ada doktor pompuan. terus terang aku cakap period lewat dan tak sedap badan. doktor suruh buat urine test. jawapan doktor sgt rock, "mengandung ni cheqqq oi". bahahahaha. aku mintak nak scan, doktor takmau. rugi duit ja katanya sbb kandungan baru 5minggu lebih, tak nampak apa lagi haaa.
petang tu kami ada xtvt berbuka puasa dgn bff kat damiral's perda. aku pi dgn fana, abi balik keja terus singgah, yg lain2 dtg masing2. balik dari iftar tu, sepanjang jalan dok sembang hal ni je la dgn fana. dok cerita planning iols nak buat seprais haha. oh ya sempat order mc flurry kat suami. hikhikhik.
malam tu, masa suami pi tandas aku letak upt test yg doktor kat klinik tadi bagi, beserta kad ucapan ringkas. "tahniah, u'll be a father! :)"
sweet tak iols? act dlm kepala ni mcm2 idea lagi nak buat seprais haaa. tapi semua ada dlm kepala jelah haha
pastu aku keluar. bila suami masuk, aku curi2 intao kat luar. dah agak dah, suami aku bukan tau upt test tu menatang apa, tak penah tengok kekdahnyaaaa kahhh. thats y aku selitkan kad jugak bagi dia paham.
bila suami dah baca, aku nampak suami mcm kaku. terus aku masuk bilik sambil senyum. suami tetiba peluk dan cium aku dgn air mata berlinang. sungguh reaksi suami benar2 di luar jangkaan aku. yelah suami kan memang dah syak aku preknen, so aku tak expect la dia nak terkejut sangat. tapi sangkaan aku meleset. suami betul2 sebak dan menangis dalam kegembiraan. sampai aku pulak terdiam dan kaku, taktau nak kata apa.
rupanya begitulah lelaki. nampak di luar biasa2 je, nampak mcm tak kisah nampak cool. tapi bila bab hati dan perasaan ni, kalah perempuan!
alhamdulillah. syukur ya Allah atas kurniaMU.
Thursday, December 18, 2014
AL-MULK & AL-MATHURAT
ASSALAMUALAIKUM...
Saja nak kongsi, tentang amalan membaca surah al-mulk dan al-mathurat
Kelebihan Surah Al Mulk
satu lagi amalan yg sering kita terlepas pandang adalah al-mathurat. tapiii jika kita tahu akan kelebihan mengamalkannya, pasti kita akan berlumba2 mengamalkannya. tak percaya? nanti masa baca, bacalah maksud/terjemahan sekali. pasti rasa sebak. sebab al-mathurat umpama doa lengkap yg kita minta dari Allah, agar dilindungi siang dan malam.
waktu bacaan al-mathurat : selepas subuh / selepas asar / sebelum maghrib
Kelebihan mengamalkan Surah Al-Mathurat :
- Tidak dihampiri syaitan
- Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
- Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
- Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
- Selamat dari segala sesuatu.
- Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
- Allah berhak untuk meredainya
- Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
- Terhindar daripada syirik.
- Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
- Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
- Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
- Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
- Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Wednesday, December 17, 2014
DATING DENGAN MAMA~
Sunday, December 14, 2014
RINDU MASAKAN SENDIRI~
ASSALAMUALAIKUM...
dah sebulan lebih aku gantung periuk. I mean, tak masak. Langsung.
Sebulan lebih tu jugak dok pi umah mak ja. Anak dan suami makan kat umah mak ja. Tapi kami belikan barang dapur la.
Dah lama tak masak. Penah jugak risik2 kat suami, nak korek reaksi dia sebenarnya.
"kesian b, syg dah lama tak masak. Dah lama b tak makan masakan syg..."
"takpa b tak kesah pon...cuma b kesah 1 benda ja... Nasi goreng syg..."
Owhhh rupanya dlm diam2 suami, dia rindu masakan aku. Tapi dia pendam je. Nasi goreng mmg fevret laki aku. Kalau bagi bekal nasi goreng hari2 pon takpa. Sampai aku dah buntu nak pelbagaikan nasi goreng apa lagi haaa.
Ahad minggu lepas balik merbok. Dah jumaat tu petik buah terung pipit, nak tak nak kena masak jugak. Takkan nak biar lama2.
dah nama pon kat merbok, takkan kau nak order kat mak metua pulak "mak, saya nak makan sambal terung pipit dgn udang dgn ikan bilis"
wahhh gitu ke?
Haruslah tidak. Pagi2 lagi terus gagahkan diri memasak sementara anak mandi sungai dgn abi. Seumur hidup tak pernah masak pon terung pipit ni haaa, main hentam ja. Alhamdulillah menjadi.
Masa dok masak tu tetiba rasa rinduuu sangat pada masakan sendiri. Terus keluar flashback lauk2 yg pernah aku masak. Paling teringat, ayam masak pedas thai. Haihhh la sedap sungguh!
Balik dari merbok, mak pulak demam teruk. So mak pon tak larat masak. Jadi aku, larat ke tak larat kena jugak gagahkan diri masak.
Beberapa hari jugak la aku masak. Alahhh masak simple2 je mampu ponnn. Baru je dok rindu masakan sendiri Allah dah bagi peluang utk masak. Tapi bila lama tak masak ni jadi kekok sikit hehe.
Dan alang2 masak, hari2 jugak aku masak bekal utk abi. Bekal nasi goreng. Syok la abi! aku? Masak pastu ambek bau je. Ambek bau pon dah tau mesti sedap. Kahkahhh




























