ASSALAMUALAIKUM...
dalam pertengahan januari lalu abi tetiba usulkan nak beli sofa. act sebelum2 ni abi dah tanya, kalau nak beli perabot rumah, apa yg paling perlu bagi umi. umi cakap tak perlu pon perabot, umi selesa je gini. HAHAHA nampak tak betapa takde taste nya aku ni?
tapi kalau nak beli jugak, dalam banyak2 benda, umi rasa sofa la yg paling perlu. sebab, kesian org dok mai umah duduk atas lantai je. terutama kalau parents mai, alahai kesian la kan. yg kedua umi kan pregnant, so bila dah boyot nanti rasa mcm dah tak larat nak duduk atas lantai. i mean, bila dah duduk tu susah nak bangun, berat perut. at least kalau ada sofa boleh jugak umi baring2 bila penat.
ok abi setuju. seminggu tu hari2 abi cakap pasal sofa. yg lebih mengejutkan hari2 abi pi kedai perabot untuk survey then ambek gambaq balik tunjuk kat umi. abi beriya ajak umi pegi sekali sbb katanya umi yg akan pilih, umi kena try duduk sendiri. umi pulak cakap, duit abi, abi yg nak beli so abi tau la mana yg patut abi beli. abi cakap tidakkk, umi yg kena pilih sbb umi yg nak duduk. hahhh jenuh kelai laaa.
umi ingat abi sesaja ja tanya pasal sofa tu. tapi bila tgk abi beriya survey bagai, umi tanya la, abi betul2 nak beli ke??? abi cakap yelaaaa, nak beli terus ni. ewah banyak ke duit? abi ada duit la yg nak beli tu, kang habes duit tu tak nampak pegi mana, baik beli something. ok baru la umi betul2 serius kahkahkah.
sebenarnya umi tak larat nak survey2 ni. maklumlah mengandung, tak larat nak jalan pi mai pi mai. sebab tu umi serahkan kat abi. abi pulak kalau nak beli something mmg dia akan survey habes2, sama mcm nak beli peti ais dan mesin basuh dulu.
bercakap pasal sofa, memang dari dulu abi dah bagitau yg dia akan beli sofa yg mahal (sikit je) yg betul2 selesa. bajet dalam 3k. wak lu! umi yg kedekut ni, haruslah tak setuju. gila apa sofa sampai riban2, nak letak punggung je pon! abi cakap sbb nak cover abi tak mau beli tv (sbb tv tak baik utk kesihatan). memanglah nak ganti tv, tapi pada umi tak perlu la nak beli yg riban2. asalkan sedap duduk pon dah cukup la bagi umi. baziaq hoiii sofa aje dah riban2, tak kuasa aku!
so sebelum beli tu dok bincang2 jgk la. mcm biasa abi tunjuk yg riban2 la. dia kata sedap duduk la cantik la selesa la elegan la bagai. ewah pandai jugak laki aku ni ye. semua set sofa yg abi berkenan tu boleh kata high taste jugak. bravo abi bravo! kalau ikut umi pulak, asalkan kata BOLEH DUDUK sudah. sbb umi target utk bagi nampak ADA je, at least tetamu mai tak duduk atas lantai. kalau ada yg rm300 pon umi tak kesahhhh senah!
abi pulak taknakkk, cakap keras la tak sedap duduk la. adoi. umi cakap tak padan kot sofa riban2 dgn rumah kita ni. nak sofa mahal2 tunggu pencen nanti laaa. dah renovate rumah lawa2, anak2 pon dah besar tak boleh sepah2, baru la letak sofa lawa2.
takde kata putus jugak dok bincang2 pon. tapi dah tetapkan bajet bawah 2k. ok la tu. tapi jauh di sudut hati umi tetap nak yg murah. HAHAHA.
akhirnya dah puas abi survey, hampir semua kedai dlm SP ni abi dah pusing, jumaat 16 January lalu abi sms suruh siap2, ptg tu abi balik keja terusss nak pi kedai perabot kat sungai lalang. esoknya baru bwak umi pi test segala sofa kat kedai dekat2 yg abi dah pegi. alahaiii semangat betul laki aku ni. umi pon akur jela. pkl6.30 abi sampai umi dah siap semua. anak pon dah siap. suka la dia, bangun je tido terus mandi siap lawa2 pi jalan2.
kami terus ke kedai apa ntah kat sungai lalang. nampak mcm mahal2 je. ada la satu set tu umi berkenan, duduk memang rasa taknak bangun la. tapi harga rm6K, KAHKAHKAH. menangesss tengok! umi berkenan yg rm800 je, sofa L-shape kecik je, tapi kaler pepel kiut nak gila. abi mcm, hmmm ok. abi pulak berkenan set L-shape jgk tapi besar, rm1900 kot tak silap. tapi mcm tak sesuai je letak kat umah, rasa mcm sesuai letak kat lobi hotel je hahaha. tapi memang cantik la. cuma nya material fabrik. abi tanya kalau nak balut kulit charge brapa, org tu cakap takde charge. ok abi berkenan. tapi tak terus beli la, sbb nak survey kedai lain lagi.
alamakkk, umi sakit perut pulak. cirit birit tak hilang lagi la ni. nanti umi sambung. bye!






5 comments:
sungguh high taste seorang abi umar. tapi dia mesti pesen alah membeli menang memakai ni
umah kak xda sofa lg...sempit la klau da sofa.Aqil xleh nk lari2 main
better beli yg mahai sikit tapi tahan lama ... dr segi kualiti kusyen nye ..kualiti rangkanya dan kulit yg tahan lasak ..klu beli murah tak smapai brape tahun dah kena beli barui sbb dah rosak
Assalam jusiza,
salam perkenalan yer :)
nanti reveal naaaaa ghoper sofa uols :)
he3
pa pun kalo sudi jemputla singgah & join blog akak pulak yer :)
nk tgk sofaaaaaaaaaa
Post a Comment