ASSALAMUALAIKUM...
Allahuakbar...nak taip ni pon terketar2 jari.
biar aku ceritakan dari mula.
Jumaat lepas, ternampak post pasal satu eksiden dlm group Penduduk Sungai Petani (PSP). mcm biasa la grup ni kalau ada info apa2 mmg laju. dengar kata pemandu maut, rakannya cedera akibat kereta yg dipandu terpesorok bawah treler yg berhenti di bahu jalan. yg maut tu ahli grup PSP.
petangnya pulak scroll fb lagi nampak pasal eksiden dgn treler jugak tapi sorang PELAJAR maut dan yg lain cedera. aku ingat kejadian yg sama, eh mana satu info yg betul ni kan?
rupa2nya kedua info tu betul, dan ada 2 kemalangan di tempat yg hampir sama (highway taman sejati) sbb tu aku keliru.bila abi balik sembang2 dgn abi pasal eksiden tu. sejak satu kejadian yg menimpa kami, aku selalu cerita kat abi pasal eksiden2 yg aku tau.
malamnya, aku nampak sorang sahabat pos status yg ayahnya telah kembali ke rahmatullah. aku tak syak apa2 pon, sebab pada aku mungkin ayah dia sakit ke apa. tapi aku tak komen apa2 lagi sbb on9 pakai hp, lambat.
pagi sabtu, masa makan roti canai sambil2 baca suratkhabar. ada berita pasal eksiden tu. tunjuk kat abi lagi pasal tu.
malam tadi, kebetulan on9 pakai laptop aku pon komen ucapan takziah kat sahabat ni. lepas tu terjumpa pulak post pasal dua eksiden tu kat grup PSP. so panggil abi tengok dan baca post tu. aku tak berani tengok sangat pon, saja nak kongsi dgn abi.
pastu aku scroll balik fb, terjumpa status2 sahabat ni pasal kehilangan ayah tersayang. aku nak tau jugak ayah dia meninggal sbb sakit ke apa, sbb tak penah tengok dia post pasal ayah dia sakit pon. dalam dok pikiaq tu tetiba terjumpa post dari sahabat tu, rupan2nya ayah dan adik beliau lah yg terlibat dlm kemalangan tu sebenarnya. allahuakbar...sebak sungguh rasa.
masa tu dah dekat pukul2 pagi, abi dok tengah lena aku kejut bagitau. rupanya tu ayah sahabat aku...aku tau abi mamai dan tak paham pon. tapi aku taktau nak describe mcmana, terkejut ya rabbi.
dan tak lama lepas tu, dah setel keja (aku on9 pon sbb buat keja,sambil2) aku saja la nak tengok fb. takde niat nak scroll pon, just tergerak hati nak tengok kot2 ada notification (padahal pkl3.30 pagi notification apa nya). alangkah menggigilnya badan aku bila news feed paling atas keluaq pasal adik sahabat tadi pulak yg meninggal dunia setelah bertarung nyawa akibat dari kemalangan tu.
Allahuakbar...tak tau nak kata apa lagi dah. menitis jugak airmata.
sejak2 akhir2 ni memang banyak kes kemalangan yg aku 'tengok', maklum lah bila ada teknologi ni pantang apa2 jadi semua org kongsi. jadi asyik ter-baca/ter-tengok jela. bila cerita kat abi, dia cakap hari2 dia tengok eksiden sepanjang ulang-alik pi keja. alahai...
Allahuakbar...berat sungguh ujianMu buat sahabat itu. sungguh aku cuma penah jumpa sekali ja dengan dia, tapi tetap terasa 'rapat' sbb geng KBU. nama sebenar dia pon aku taktau, sebab tu tak boleh nak agak pasal berita tu. namun aku tau dia seorang yg kuat. tengok status dia cukup 'tenang'. aku kagum dgn dia.
adik TTM, takziah. kuatkan semangat. ujian adalah tanda Allah sayangkan kita, dan Allah tidak menguji seseorang tu di luar kemampuannya.
Al-fatihah
CRAZY FAN! :)
Sunday, January 25, 2015
Friday, January 23, 2015
REZEKI - SUSU FREE LAGI LAGI
ASSALAMUALAIKUM...
rabu lepas, saja la umi nak mop lantai. alang2 dah nak mop tu baik la mop satu umah kan. bagi anak main dalam bilik ayaq sbb dia berry banyak. so lepas cuci berry dia bagi dia main mainan dalam bilik ayaq. dan umi pon mop la satu umah laju2 sebelum dia keluaq.
elok sudah mop, tetiba posmen hon. ehhh kenal dah posmen tu. tapiiiiii takkan gift lagi kot??? dah la lantai licin, umi kelam kabut sarung jubah (sbb masih pakai baju tidur) cari tudung bagai, cari kunci umah. pastu ambek towel anak cecepat dukung dia. jalan pelan2 prgi bukak pintu. yela lantai licin kan. dah tu kalau tinggal anak dalam bilik ayaq kang dia keluaq cari umi terlentang pulak. lama abg posmen tu tunggu wuuu sory.
kelam kabut umi jadinya haa. bukan apa, kalau anak terlentang pon sakit, kalau umi terlentang, hospital la jawabnya. nauzubillah...
dah dapat parcel, nebes la kan apebena lagi la depa nak bagi ni. bila bukak terkejut ya amat, sekotak susu DUMEX MAMIL LEARNING 600g uolls! besaq tu oi! dah la susu ni antara fevret umarfaiq (sbb penah try sample).
dan memang ptg tu niat nak ajak abi pi kedai beli susu umarfaiq sbb sample friso tu dah nak abes pon. tup tup Allah kirim susu ni, bukan ke rezeki namanya tu? stok sebulan cukup kot inshaallah. yg penting jimat dah duit abi.
see, sapa kata surirumah tak boleh bantu suami??? macam2 cara boleh buat, mcm2 bentuk bantuan kita boleh bagi sebenarnya tau :))
tq DUMEX!
Thursday, January 22, 2015
DATING DENGAN OMMA~
ASSALAMUALAIKUM...
mcm biasa, masih tak move on dengan cerita basi. ni kisah tahun lepas. gituuu. 20/12/2014, sabtu. hari ni abi nak bawak anak pegi kenduri kat baling. depa pi dgn bangteh. aku tak ikut? sebab malas. tak larat. masa ni masih dok alah lagi. so dengaq 'baling' pon dah rasa jauh semacam. tak nak pi!
tekak teringin sangat nak merasa dominos pizza yg konon rm5 je tu. so kena pi kat area amanjaya mall tu haaa. alang2 nak pi sana set nak jumpa naqiah, tapi tak jadi sbb dia dah balik tualang. bosan pulak bila hero2 takdak. terusss rindu wuuuuu.
masa bosan2 lepas zohor dok on9 sensorang tu ternampak omma anith post gambaq. rupanya dia ada kat SP. terus contact dia dan set utk berjumpa. dah la 2-2 org takdak kredit hahaha! on the spot je set terus keluaq. lagipon aku ada benda nak bagi kat omma haa, dah lama tertangguh. memang nak jumpa sat ja. satu sbb aku tak larat, satu lagi aku nak balik awal. keluaq rumah pon dah pukul4 lebih haaa.
omma cakap takpe, jumpa habuan selfie jadi laaaaaaa. dan memang, kami jumpa, selfie2, pusing seround terus balik LOL. omma berhajat nak selfie dgn anak, tapi anak kan ikut abi. umi meng-gadiskan diri hari tu.
kebetulan hari tu ada vendor festival, siap ada pelamin bagai haaa. eloklahhhh selfie situ jelaaaa. sesuaiiiiii sangat!
thank you omma bagi gift kat umarfaiq. sebelum balik umi tapau la dominos tu. petang tu makan dgn anak dan abi. anak tak boleh makan pizza. makan donut yg omma bagi je. kemainnnnn jari haluih tu sebok kutip cekelat ja. siap berebut dgn abi pulak sbb abi kutip mashmelo haha!
Wednesday, January 21, 2015
JJJ - NASI KERABU NERRAH~
ASSALAMUALAIKUM...
ok dah lama tak buat segemen ni, padahal hari2 makan sedap2 ewahhh. bizi weh!
kali ni aku nak share pasal nasi kerabu. biasa la kan sesejak mengandung ni selera lain macam sikit. pantang nampak org post gambaq makanan terus rasa nak try. lagipon aku alah dengan nasi putih, so kena cari alternatif lain la kalau nak makan nasi.
suatu hari bila tgk post pasal nasi kerabu nerrah ni teringin la nak try. tapi masa tu dah lewat, pukul1.30 dah haaa. mula laaa rasa mcm malas nak keluaq. tapi bila terbaca komen sorang customer yg cakap "sedap...owner pon baik" terusss jadi semangat balik. lelaju call number yg tertera tanya ada lagi tak.
aku dok teringin nasi kerabu dengan daging bakar dan ikan goreng celup tepung. tapi masa call daging bakaq dan ikan goreng celup tepung dah habes, tapi pkl2 nanti depa akan bakaq daging lain, dlm 2.30 baru siap.aku pon terus solat dan keluaq pi beli. masa aku sampai tu tepat pukul2.30 ptg dan daging bakaq pon memang ngam2 siap. gud job bro! mcm ni baru betul, janji pukul 2.30 siap, memang betul2 siap. takdela customer frust datang jauh2.
untuk kali pertama aku bungkus nasi kerabu daging bakar. harga rm4.50 sahaja. dan ternyata owner memang sangat2 baik dan ramah, mesra pelanggan gituuu. kita nak membeli takde rasa segan2. tanya itu ini pon depa layan je. mintak tambah budu pon ok je, siap sembang2 bagai.
bila balik makan, haaaaaa memang sedap! rasa lain dari nasi kerabu yg aku besa makan. mungkin sebab tukang masak ni ori from kelantan, so mungkin la ada rasa mcm pantai timur punya nasi kerabu. bagi mak rasa pon mak cakap sedap.
budu dgn keropok depa bungkus asing, so tak payah risau keropok lemau or nasi kembang terkena budu. balik makan kat umah pon still rasa fresh lagi.
beberapa hari berikutnya aku beli lagi. kali ni lauk daging bakar dan ikan goreng celup tepung pulak. harga rm5.50 only. btw kalau kau beli lauk daging + ayam cuma rm6 sahaja.
mujurlaaa aku call dulu b4 pi beli, sebab hari tu ada tempahan so nasi kerabu dah habes. tinggal ngam2 sebungkus je utk aku. fuhhhhh!
yang menariknya bila uols beli kat sini, ada kupon tau! hebat tak??? setiap kali pembelian akan di-cop oleh owner, dan kali ke-6 pembelian akan ada diskaun sebanyak rm1.50, menarik tak???
btw depa jugak ada servis delivery tau! setiap penghantaran akan di-caj rm3 kalau tak silap, 5 bungkus ke atas free delivery.
so aku mmg sangat2 recommend kan tempat ni, nasi kerabu sedap plus servis tiptop. selain tu depa ada menu lain tau, seperti kerabu maggi, nasi ayam budu, nasi berlauk dll. utk keterangan lanjut sila hubungi number tertera ye. alamat pon ada kat dalam gambar ni haa
memang berbaloi! :)
SUSU FREE LAGI!
ASSALAMUALAIKUM...
hari tu dah cerita pasal dapat gift dari dumex mama club kan? Act hari sebelum tu masa pi umah mak ada parcel utk umi. Ntah bila sampai mak tak kabo la pulak.
Rupanya sample susu friso mum, susu utk ibu mengandung. Hewhewhew. Ada 3 paket semuanya. Suka laaa umi dapat susu baru.
Pastu ptg kemarin masa blk umah tgk abi dah balik. Dan ada parcel mcm gift atas moto abi. Ingatkan ole2 dari bos abi ke apa sbb dia baru balik oversea. Bila pi dekat tengok ada logo dumex. Yeayyy ada gift lagi ke?
tak sabaq haaa masuk bukak. Padahal dok kalut nak masak nasi kat abi hewhew. Rupa2nya sample susu dari dumex pulak. Pon sama, susu utk ibu mengandung jugak. Ada 5 paket haaa. Gila tak happy.
So umi cakap kat abi untung tau dia dapat bini mcm umi yg suka benda free. Preknen kali ni mcm tak payah beli susu dah. Cukup la tu sample2 yg ada. Umi bkn minum susu setiap hari pon hahaha :p
Bestnya lahaiii kalau hari2 posmen mai hantaq hadiah mcm ni kan? Ini tak, bukak peti ja surat bank la bil itu ini la. Stresss mak nox!
Thursday, January 15, 2015
MISI MENCARI AYAM!
ASSALAMUALAIKUM...
kemarin dah bangun awal, anak pon bangun awal. tapi umi malas nak bangun. lepas main2 dgn dia umi ajak dia tido balik wahahaha. anak yg tak ngantuk tu pon akur je, paksa diri dia tido. tapi umi lelap dulu hahaha
pukul12 kami bangun, main2 golek2 mcm biasa. tetiba rasa malas pulak nak masak. call mak, mak pon tak masak. nak ajak mak makan kat luaq, dah lewat. masa ni ikan bakaq byk yg dah sold out. terus decide nak mencari nasi ayam ketagih. (nanti aku review pasal nasi ayam ketagih ni okayyy kalau rajin leee hahaha)
terus mandikan anak, bagi kudap2 sikit sementara nak alih perhatian dia supaya tak kacau umi mandi. dah siap terus pi umah mak, tinggal anak kat mak sebab nasi ayam tu kat sungai layar, JAUH ok! bagi anak makan roti dulu sementara tunggu umi bawak balik nasi ayam ye.
sampai sana, mak aiii ramainya org! lama jugak menunggu. masa tunggu tu nampak ada menu moi jugak, tertarik lalu ter-order moi sup daging kicap utk umi hewhewhew. menarik kan nama menu tu?
elok nak balik pulak mak call soh pi ambek najwa kat sekolah. dah satu hal pulak. dah la panas lit lit, umi langsung tak jamah apa2 lagi. balik umah terkulai layu kejap. sanggup pi jauh2 tgh panas gitu semata2 nak cari apa yg dihajati wuuuuu adik oh adik!
alhamdulillah moi sedap, tapi mcm besa la umi makan separuh ja. nikmat sangat dapat makan, nak2 pulak dapat pau ayam anak, bukan dia makan habis pon hahaha
malam tadi pulak (semalam) ikut abi pegi kuliah Tuan Guru Haji Salleh kat masjid laguna merbok. lepas maghrib kami pi, solat kat umah sesiap. merempit je uolsss sebab nak cepat. senak perut umi. sakit bontot naik moto lelama. auchhh sangat!
balik, macam besa la mesti isi perut umi dulu. abi tanya nak balik ikut highway ke? (sebab highway dah dekat dgn masjid tu)
tersipu2 malu cakap taknak sebab nak makan grilled chicken kat HOTMAS. maka merempitlah kami ke sana. sambil tu sempat jugak jeling2 spring's leaf masa lalu kat jalan besaq tu. baru je nak berlagak tak payah berebut parking sbb kami naik moto. sekali tengok hotmas tak bukak. nangesssssss
abi tanya nak ke mana? nak cari chicken grilled jugak!
abi kata jom la ke spring's leaf
eh eh abi ni biaq betik. memang dlm hati dok nampak yg tu pon. tapi mahal la. tak yah laaa (padahal dalam hati melompat)
abi cakap takpeee. kan ke memang abi dah janji nak belanja umi makan kat spring's leaf. eh ye ke? bukan nanti2 ke? huhuhuhu
dalam kemalu2an maka merempitlah kami PATAH BALIK ke spring's leaf. eksaited haaa nak terjun moto. nak order honey lemon chicken.
sekali tengok kat pintu ada notis "new operation hour : 10am - 10pm"
nangesssssss! nmasa tu baru menjengah pukul 10. uaaaaaaaa
dulu tutup pukul12 ke 11 ntah. kenapa kau berubah??????
terus nanges atas moto. tengah berkobar2 nak makan kot, tetiba jadi gitu. sentap nurani umi.
abi cakap restoran mesra jaya buka, nak tak?
taknak laaaaaa hari tu kan dah makan.
ewah sayang ni mcm rosmah pulak. dah makan kedai tu tak boleh repeat dah, kena pi kedai lain
ewahhh kau b, mcm lah penah makan dgn rosmah!
abi bagi last choice, big mouth.
eh eh eh b ni kenapa memahami sangat? memang semalam dok terbayang2 big mouth, tapi sakit kepala so malas keluaq umah. tetiba abi sebut, kuch2 hota hai sgt tau!
terus setuju. lalu PATAH BALIK masuk highway, sbb big mouth dekat tmn sejati, dekat exit sp.
merempit kemain sbb big mouth ni last receive order pukul10.45 je. kami sampai dalam pukul10.10 gitu kot. fuhhh. umi cakap ni kalau grilled chicken takde jugak umi nak makan roti gardenia je, mogok. tapi esok abi kena belanja spring's leaf lah
dan setelah order, mujoq la ada jeee chicken grilled tu. alhamdulillah
dapatlah umi makan dengan bergaya. puassssss! sampai mak call tanya bila nak balik? tak larat jaga cucu dah letewww wahahaha
balik umah dgn kelegaan. tapi senak perut dan sakit bontot, penangan merempit lelama. kesian adik, cari makan punya pasal huuu.
tengkiuuuuu abi. tapi abi hutang umi spring's leaf lagi tau!!! :)
Wednesday, January 14, 2015
GIFT DARI DUMEX MAMA CLUB~
ASSALAMUALAIKUM...
tengahari kemarin masa tgh dok suapkan anak makan, tetiba dgr org hon. aku cam brader tu, dia org courier. tapiii yg peliknya aku takde shopping on9 pon. di tangan dia ada bungkusan, sah ada parcel utk aku ni.
tapi aku tak memerlukan masa yg lama utk berfikir sbb aku dah blh agak sapa pengirim yg sweet mweet ni. dulu masa susu friso gold free pon brader ni la yg hantaq. so aku syak ni mesti ada gift lagi ni! cuma aku tak bolh agak lah benda apa. dah la takde notification apa pon.
lepas sign semua lelaju aku masuk umah, tak sabaq nak tgk menatang apa laaa yg aku dapat ni haa. pegang rasa lembut2 gebu2 gituuu. anak pon kalut je diaaa tgk umi eksaited.
bila bukak, tadaaaaa! tau tak ape benda ni?
foldable pillow blanket :)
maksudnya selimut, tapi boleh lipat jadi bantal
kemainlahhh teruja umi dapat benda ni! si anak pon sebok la nak jugak. dok gaduh 2 org, "umi punya!" dia pun jawab "nyaaa...nyaaa" sambil peluk blanket tu. maksudnya dia punya. coihhh
ya ampunnn gebu oke selimut ni. jadi bantal pon sodap. abg umarfaiq jgn nak berebut dgn umi sangat. awak tu bukan suka selimut pon. kita simpan utk adik ye? biasanya umi buat lapik kalau blanket gebus mcm ni, samada lapik tilam or lapik stroller or car seat :)
tengkiuuu dumex mama club! jangan tanya mcmana aku boleh dapat. aku pon tak tau. mcmana aku jadi ahli club pon tak tau. bahahaha!
tapi yg pasti iols suka barang free!
Monday, January 12, 2015
ANUGERAH TERINDAH 2 : QUICKENING
ASSALAMUALAIKUM...
bila kita dah ada pengalaman mengandung anak pertama, mengandung kali kedua ni mula la 'tunjuk pandai' sikit. hewhewhew. i mean, dulu dah merasa mcmana baby tendang. bila baby tendang kita tau dia sihat kat dalam. so bila mengandungkan adik ni pon umi asyik dok tertunggu2 bila laa adik nak tendang? adik sihat tak? sbb dulu bila baby tendang rasa 'lega' sbb tau baby aktif kat dalam tu huhu. padahal adik baruuu lagi dah sibuk nak soh tendang bahahaha. memanglah adik dah sakan menendang sebenarnya ( tgk bila scan ) tapi of course la umi tak blh rasa lagi sbb kecik lagi kannn.
tapi hari tu masa genap 16w, masa umi tgh melakukan sesuatu tetiba adik mengeras, cekang perut umi haaa. terkejut umi! sekali tu je adik mengeras, pastu takde dah. tapi jumaat lepas (16w5d) masa tgh tgk MLM2014, kak nor tanya "kandungan kakju dah berapa bulan?" lepas umi jawab terus rasa mcm ada gerakan halus kat dalam perut. sah! adik letewww
esoknya pon beberapa kali umi terasa gerakan2 halus dlm perut. dan ada ketika, bila umi bergerak tetiba akan ada certain part kat perut yg tetiba rasa sakit. rasa perut cekang. so sekarang dah tak boleh nak bergerak ganas2 kasar. kalau nak bangun (terutama bangun dari baring) kena hati2. kalau silap teknik nanti adik marah dan umi sakit huhuhu.
alhamdulillah. harap lepas ni lebih banyak signs dari adik. x sabaq nak tunjuk kat abg umarfaiq yg umi ada magic kat perut =p
Friday, January 9, 2015
MY 2014
ASSALAMUALAIKUM...
highlights my 2014 - act takde apa sangat pon. tapi rasa mcm setiap bulan lain caranya.
nothing special. asalnya memang dah request kat abi nak pi jalan2 sbb nak hilangkan 'penat' bulan disember. tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. anak ikan kami kan kena langgar, masih kat bengkel. patah kaki la nak pi jenjalan pon. lagipon tak jumpa tarikh sesuai. mujoq sempat jugak abi bawak kami jalan2 ke penang. jadi laaa habuan lepas gian. at least bersama keluarga, rasa best jeee :)
agak berbeza sebab bulan ni aku mula start berbisnes! amazing kan? seorang yg TAK SUKA bisnes tetiba buat bisnes. sekali mula bisnes, rupanya seronok berniaga ni. patutlah ramai org sekarang lagi suka berbisnes berbanding makan gaji. dan yg dah bergaji pon berbisnes utk side income. memang best berbisnes ni. abi la manusia paling seronok sekali sbb aku dah mula suka berniaga. sbb dulu asal dia cakap nak buat bisnes ja aku tak minat nak dengar bahahaha! oh ya act bukan la aku buat bisnes juta2 pon. cuma jadi agent jual rainbow cookies dan jual pre loved novel je. tapi pengalaman tu yg best. ntah. tak tau nak explain mcmana. seronok sgt berkomunikasi dgn pelanggan. gituuuu
MAC
plan nak bercuti dari bulan 12 lagi, bulan ni baru tercapai. lokasi yg dipilih, cameron highlands. agak teruja sbb ni 1st tym nak bawak anak ke sana. dan nebesss sbb ni 1st tym nak travel dgn keluarga kecil kami. selalu travel dgn family, tapi kali ni saja nak try berdikari kekdahnya bahaha.siap tanya lagi "b berani ke ni nak bercuti bertiga?" heran abi kenapa bini dia tanya soalan macam tu haha!
alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. kami pi 2 hari 1 malam ja sbb abi takmau kacau cuti tahunan hukhukhuk. apa pon kepuasan tu yg penting. tq abi!!! dan bulan ni urusan rumah kami selesai. alhamdulillah!!! :)
APRIL
bulan paling nebesss sbb birthday 1st anak kan. ntah pape umi eksaited semacam. dan bulan ni jugak kami amat2 sibuk sbb nak setelkan urusan masuk rumah. memang banyak pakai duit dan tenaga. mujoq laaa ramai yg membantu, syukur alhamdulillah. boleh kata hari2 kami ada je benda nak kena buat, weekend pulak mmg all out mengecat mengemas bagai. penat sesangat.
tak sempat nak sambut birthday anak kat umah baru lagi so celebrate dulu kecil2an. dalam penat dalam sibuk uruskan rumah, tetap curi masa utk birthday anak. sebak, dah setahun anak umi. cepat sungguh masa berlalu
MEI
Alhamdulillah urusan rumah mencapai target nak siap sebelum kenduri. even tak lengkap sepenuhnya, at least boleh buat kenduri jadilah. 3/5/2014 buat kenduri doa selamat masuk umah dan birthday anak sekali. majlis berjalan lancar dan meriah.
maka selepas itu bermulalah episod kehidupan baru kami bertiga :)
dan bulan ni jugak mak dapat sorang lagi cucu lelaki, Muhammad Faris Hakim. yeayyy umarfaiq dah dpt adik hehehe!
JUN
masih lagi cuba menyesuaikan diri di umah sendiri merangkumi semua aspek. cubaan nak fix jadual sendiri, bila nak masak nak suap anak nak kemas umah. semua kena cuba biasakan. di samping tu cuba biasakan aktiviti2 yg berpatutan. contoh ptg2 kami main badminton depan rumah, anak main backhoe dia. kekadang main kat taman. mcm2 lah buat nak dekatkan kasih sayang. gituuu. jugak kena biasakan nak detect apa masalah rumah tu, environment dll.
bulan ni 1st tym abi potong rambut anak. uwaaaaaaaa buruk! bulan ni jugak 1st tym join dinner office abi. umi suka sbb dapat makan sedap jeeee =p
JULAI
ramadhan. konon ramadhan kali ni dapat la merasa berpuasa sebagai keluarga. non hado. sbb start dari awal ramadhan rumah kami dlm proses nak buat kabinet dapur. kabinet bodo2 ja sbb nanti in case nak renovate dapur takde la sayang sgt nak roboh kabinet tu huhuhu. act sinki kami tersumbat. sebulan jugak dok basuh pinggan dlm bilik ayaq. tu yg abi decide buat kabinet. tukang tu buat dari awal ramadhan sampai nak raya baru siap T___T
so sepanjang bulan ramadhan hari2 aku pi umah mak. berbuka kat sana, kadang2 rasa nak berbuka dgn suami, kami tapau kat bazaar dan berbuka kat umah sendiri. simple life huhu
OGOS
raya kali ni paling sempurna untuk aku. setiap hari beraya sakan. jenuh atoq rumah nak beraya, jumpa ramai kawan, sedara, alhamdulillah puas hati. besday aku tahun ni pon, perfect! siap buat makan2 lagi haaa. nak lawan anak letewww.
hujung bulan kami ke bota, perak mengikuti rombongan pengantin cousin abi. ni 1st tym jejak kaki ke bota, teruja lain mcm. abi cakap nak pegi kenduri sehari je pon, tapi aku punya preparation mcm nak pi mekah wkwkwkwk.
SEPTEMBER
abg masuk umah baru. alhamdulillah. sama2 dah ada umah sendiri hekhek. tapi jauh di sudut hati aku agak sedih jugak. sbb dah terbiasa dgn umah sewa abg kat penaga. byk kenangan aku kat penaga tu. dulu bosan2 taktau nak buat apa, pi tido umah abang. lepak dgn erin sampai lewat malam pastu takut nak balik sp, tido umah abg. dah mcm hotel dah umah tu. huhuhu
bulan ni jugak trip dgn family abi ke cameron highlands. eh cameron lagi? yes, my favourite place u know! i love cameron so much hewhewhew. and love family trip hehehe.
OKTOBER
raya haji, ok la dapat balik kampung. huhu. kat merbok pon buat kenduri akikah uwais. cuti bersambung so rasa mcm abi cuti lama. suka. huhu.
ehem ehem ehem bulan ni dah dapat berita gembira. syukur atas nikmat kurniaan Allah. syukur masih diberi rezeki :)
sempena cuti deepavali kami anjurkan bbq kat umah kami. unplanned but success. bbq kita2 ajeee
bulan ni jugak lahir sorang lagi sepupu umarfaiq kat merbok. muhammad bin amir anuar. hensem nauuu baby ni weh! boy lagi kawan umarfaiq haaa. bila nak dpt kawan pompuan pulak ni haha
NOVEMBER
bermulalah episod alahan yg teruk. sampai semua terabai. anak, suami, masing2 berdikari. hari2 memang duduk umah mak sbb aku langsung tak mampu makan, apatah lagi nak makan. keja baring ja. rasa mcm lambat sangat masa berlalu. boleh kata setiap masa rasa tak sihat. dugaan sungguh bulan ni.
di samping tu curi2 masa jugak tolong2 utk walimah alina, anak mengasuh mak yg sulung.
DISEMBER
bulan paaaaaling best! kalau tahun lepas disember bulan paling kalut paling penat paling stress, alhamdulillah tahun ni best! boleh kata kerap gi jalan2 dgn abi. kalau tahun lepas cuti abi habes sampai kena ambek unpaid leave, tahun ni cuti lebih sampai kena perabeh cuti pulak. dah la cuti umum pon mmg banyak. so abi banyak masa dgn kami.
dah la abi cuti, bawak pulak kami jalan2, pastu belanja shopping pulak auw auw auw kan ke bahagia tu bahahaha. umi laaa manusia paling bahagia hakhakhak. tu pon kalau ikut family metua ada trip pegi perlis, tapi memandangkan umi tak berapa larat nak jalan jauh so terpaksa tak ikut. aaaa jeles la jugak.
alhamdulillah penutup 2014 yg indah :)
so far, my 2014 alhamdulillah went well. takde apa yg nak dikesalkan takde yg nak disedihkan. rasa mcm takde langsung benda tak best. syukur sangat2. moga2 tahun2 mendatang jugak berjalan lancar
=)
Thursday, January 8, 2015
MY 2015
ASSALAMUALAIKUM...
baru nak cerita pasal 2015? org dah move on aku baru terhegeh2 nak fefeeling tahun baru hekhekhek.
nampaknya 2015 masih kekal dgn entry basi je niiii bahahahaha!
alhamdulillah kita dah melangkah ke 2015. mcm tak percaya. rasa mcm baru je masuk 2014. sungguh. aku siap belek balik entry aku masa disember 2013 dan awal 2014, rasa mcm baru jeee semua tu berlaku. padahal dah setahun pon. cepat sungguh masa berlalu. kaki makin dekat dgn kubur. ehemm.
syukur atas segala nikmat yg Allah berikan sepanjang hidup ni.
2012, aku mulakan tahun baru yg indah dgn pertunangan. tgh tahun, menikah. 2013, kehidupan berubah 200% dgn kehadiran mujahid kami. ternyata hidup kami berubah dan berbeza, tapi yg pasti lebih indah. 2014, alhamdulillah masih indah seperti dulu malah makin indah sbb dah ada rumah sendiri. syukur ya Allah. maka kehidupan berbeza jugak sbb dah mula bina hidup berkeluarga sendiri, terasa kelainannya berbanding dulu. rasa mcm pengantin baru, dan rasa apa erti "kehidupan keluarga" tu.
dan inshaallah, 2015 bakal berlainan jugak kerana bakal menyambut seorang lagi umat Muhammad. ya, alhamdulillah, umarfaiq akan menjadi abang inshaallah. see? perancangan Allah adalah sebaik2nya. setiap tahun ada saja rencana Dia utk kami. setiap tahun ada cerita tersendiri. dari single, berdua, bertiga dan inshaallah lepas ni berempat.
moga segala urusan dipermudahkan. bertambahnya zuriat bermakna bertambahnya amanah. moga terus diletakkan keluarga kami dalam rahmatNYA.
Subscribe to:
Posts (Atom)







































